Tuesday, September 30, 2014

Force Saving untuk Menunaikan Haji dengan Takaful Ikhlas

Apabila usia semakin bertambah, maka perancangan kewangan pun perlu makin berkembang. Bukannya semakin mengecut kerana disebabkan untuk membayar beban hutang tiap-tiap bulan. Poket pun mesti bertambah tebal apabila usia makin bertambah.

Semalam saya berjumpa dengan agen insurans. Mulanya bercadang untuk membuka akaun Tabung Haji dan mendaftar haji sahaja. Namun begitu, agen insurans tersebut memperkenalkan skim simpanan Haji oleh Takaful Ikhlas. Melalui skim ini, kita akan membuat potongan gaji hanya RM100 sebulan ke dalam akaun takaful kita dan bukannya akaun Tabung Haji.
Saya tertarik dengan skim ini kerana ia sebenarnya melatih untuk kita menyimpan untuk menunaikan haji pada masa hadapan dengan cara ‘Force Saving’. Dengan kata lain, mahu tidak mahu, duit ada atau tiada, duit kita tetap akan disimpan dalam akaun takaful ini melalui potongan gaji pada setiap bulan.
Sebenarnya, cara ini paling ampuh untuk kita menyimpan. Prinsip saya untuk menambah dan meneguhkan simpanan saya ialah ‘duit di depan mata tidak akan dapat disimpan’. Ya, memang benar bahawa anda boleh mengatakan bahawa apa salahnya jika potong terus duit setiap bulan dalam akaun Tabung Haji. Baik. Anda benar bahawa anda boleh menyimpan dalam akaun Tabung Haji setiap bulan. Akan tetapi, adakah boleh menjamin duit dalam akaun Tabung Haji tersebut tidak akan terusik selama 20 tahun sehinggalah untuk menunaikan haji kelak? Jawapannya mudah sahaja. Anda tidak akan mampu daripada menahan tangan anda daripada mengambil wang tersebut dalam Tabung Haji. Benar bukan?
Melalui akaun Takaful Ikhlas ini, kita akan menyimpan selama 20 tahun. Maknanya selepas 20 tahun, kita dibenarkan mengambil wang simpanan ini. Ini bermakna simpanan kita berjumlah RM24,000 berserta dividen dengan jumlah keseluruhan ialah RM30,000 pada 20 tahun akan datang. Hebat bukan? Ini adalah kelebihan force saving melalui takaful.
Namun begitu, jika keadaan mendesak, anda boleh mengambil wang simpanan takaful ini selepas 5 tahun. Jika 5 tahun sekalipun, simpanan anda pun sudah mencecah RM6,000. Apa lagi anda mahu dan harapkan jika kelebihan ini yang diperolehi daripada Takaful Ikhlas? Ini belum lagi mengambil kira perlindungan sehingga RM10,000.
Apa yang menyedihkan ialah ramai lagi tidak mahu untuk menabung mulai sekarang. Alasannya adalah tidak cukup duit untuk membuat caruman setiap bulan. Adakah anda tidak mahu untuk berkorban sedikit pada hari ini untuk mendapat ganjaran yang besar pada masa hadapan? Tepuk dada tanya selera. Wallhua’lam.

No comments: