Di dalam ilmu matematik, hukumnya tidak
akan bertentangan antara satu sama lain dan tidak ada 2 kebenaran dalam
satu-satu masa. Berbeza pula dalam sudut ilmu fekah, kerana hukumnya
berbeza-beza dan boleh terdapat lebih daripada satu kebenara dalam satu-satu
masa.
Sepertimana yang kita ketahui, di dalam
Islam terdapat empat mazhab utama iaitu mazhab Shafie, Hanafi, Hambali, dan
Maliki. Mereka mempunyai pendapat yang berlainan dalam menetapkan sesuatu hukum
fekah. Dengan sebab perbezaan pendapat ini, maka timbullah istilah ijma’,
jumhur, dan khilaf.
Apakah perbezaan antara ijma’, jumhur, dan
khilaf ini sebenarnya?
Baiklah jika sesuatu hukum yang dikeluarkan
itu adalah ijma’ ulama’, maka keempat-empat mazhab ini bersetuju dengan sesuatu
hukum tersebut. Contohnya ialah jika seseorang itu bercerai dengan talak tiga
dengan isterinya, maka keempat-empat mazhab ini bersetuju bahawa perceraian ini
tidak boleh dirujuk balik.
Bagaimana pula dengan jumhur ulama’? Jumhur
ulama’ bermaksud daripada keempat-empat mazhab ini, 1 mazhab sahaja tidak
bersetuju dengan sesuatu hukum manakala 3 mazhab lagi bersetuju dengan hukum
tersebut.
Manakala khilaf pula, ialah 2 mazhab
bersetuju dengan sesuatu hukum manakala 2 mazhab lagi tidak bersetuju dengan
hukum tersebut.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment