Sebelum PRU-14, boleh dikatakan bahawa
semua rakyat Malaysia berharap agar Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun
Dr. Mahathir Mohammad dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
dipimpin oleh Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak. Dengan tertubuhnya kerajaan
baharu di bawah pimpinan PH, ramai berharap agar kerajaan baharu ini adalah
lebih baik daripada kerajaan BN yang telah dianggap sebagai kerajaan
kleptokrasi.
Namun, harapan tinggal harapan dan janji
tinggal janji. Rakyat Malaysia yang mengharapkan agar kerajaan PH yang
menggantikan kerajaan BN sebelum ini dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka
agar lebih baik rupa-rupanya menjadi sebaliknya. Ekonomi sekarang terus merudum
dan kos sara hidup terus naik dari semasa ke semasa. Orang miskin pula dihina oleh
Perdana Menteri dengan menyatakan bahawa orang miskin adalah malas berusaha dan
mereka sebenarnya mempunyai banyak masa untuk berusaha.
Lagak pemimpin-pemimpin PH terutamanya yang
telah menjadi menteri dilihat kuat bermain wayang politik daripada membuat
kerja-kerja mereka untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Kenyataan-kenyataan para
menteri PH terutamanya di media sosial pula menunjukkan tahap daya intelek
mereka yang masih rendah yang seolah-olah mereka ini masih pembangkang.
Ditambah pula mereka membuat perkara-perkara yang sepatutnya yang dilihat
sebagai isu remeh-temeh seperti membuat perasmian lif dan yang terbaru ialah merasmikan
lampu isyarat baharu yang belum pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin BN
sebelum ini.
Bagi saya, ianya boleh dimaafkan sekiranya
kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu untuk menunaikan janji-janji mereka dalam
manifesto pilihanraya. Akan tetapi, pemimpin-pemimpin bukan Islam terutamanya
kerap memainkan isu-isu perkauman yang kadang-kala menimbulkan kemarahan
orang-orang Melayu. Sentimen agama dan kaum dimain-mainkan setelah orang-orang bukan
Melayu ini memegang tampuk kuasa. Sentimen yang kononnya orang-orang DAP ini
bukan anti-Melayu atau anti-Islam sebenarnya hanyalah sekadar topeng untuk
memancing undi orang-orang Melayu sebelum PRU. Akan tetapi, setelah mereka
berkuasa, habis kepala orang-orang Melayu dipijak oleh mereka. Nah, inilah
keparat orang DAP!
Hari ini rakyat Malaysia pun masih dalam
ketidakketahuan yakni siapakah sebenarnya yang membuat keputusan hala tuju
ekonomi negara? Adakah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Kewangan, Pejabat
Perdana Menteri, ataupun bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)?
Sebelum PRU-14 atau sebelum tahun 2018,
sekiranya ada mana-mana PRK diadakan di mana-mana kawasan parlimen sama ada disebabkan
kematian seseorang penyandang atau sebab-sebab lain, maka sudah tentu
kemenangan ini akan berpihak kepada pembangkang ketika BN masih berkuasa ketika
ini. Fikiran masyarakat ketika ini ialah BN adalah parti rasuah dan
pemimpin-pemimpin mereka pun makan rasuah dan oleh itu mereka mesti
ditumbangkan walaupun dalam PRK.
Ketika ini, para pemimpin pembangkang
mendapat laba yang besar hasil daripada kelemahan para pemimpin BN sendiri yang
kuat makan rasuah. Trend ini berterusan sehinggalah menjelang PRU-14 apabila
kerajaan BN yang didominasi oleh orang-orang Melayu tersungkur jatuh setelah mandatnya
ditarik oleh rakyat melalui peti undi pada 9 Mei 2018.
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,
harapan hanyalah tinggal harapan kepada kerajaan baharu ini yang kononnya dapat
memperbaiki taraf hidup rakyat. Kelemahan kepimpinan kerajaan PH pula memberi
laba yang besar pula kepada parti politik BN dalam empat PRK terakhir ini di
mana BN telah memenangi bagi PRK Rantau, Cameron Highlands, Semenyih, dan
terbaru sekali ialah Tanjung Piai di mana BN memenangi majoriti 15,086 undi.
Jika kita melihat trend empat PRK terakhir
ini, ianya bukan disebabkan oleh kekuatan BN sendiri yang mana rata-rata
pemimpinnya sendiri masih terpalit dengan perbicaraan isu-isu rasuah yang masih
berlangsung di mahkamah. Hakikat yang perlu kita terima ialah kemenangan BN ini
sebenarnya ialah kemarahan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan yang gagal
menjaga kebajikan dan kesejateraan mereka ke arah yang lebih. Dan yang pasti
ialah bukannya BN sebenarnya yang kuat!
Jika keadaan atau trend ini terus berlaku,
apakah yang kita masih harapkan kepada pemimpin-pemimpin parti politik pada
hari ini baik di pihak pembangkang ataupun pihak kerajaan? Andaikata BN boleh
memenangi PRU-15 akan datang sekalipun, mungkinkah para pemimpin BN ini boleh
menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat lebih baik daripada hari ini? Dan yang
lebih penting lagi, adakah para pemimpin BN ini terjamin daripada amalan makan
rasuah selepas PRU-15 andaikata mereka berkuasa semula setelah tersungkur dalam
PRU-14 yang lalu? Jika BN memenangi semula pilihanraya akan datang dan gagal
menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, adakah kita sebagai rakyat Malaysia
akan menyokong Pakatan Harapan semula untuk PRU-16 pula? Sekiranya keadaan ini
terus berlaku, hala tuju masyarakat ataupun negara kita tidak ke mana kerana
sering dimomok dengan politik yang tidak berkesudahan.
Bak kata Saidina Ali Abi Talib, “Sekiranya
hari ini lebih baik dari hari semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya
hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya
hari ini lebih buruk dari semalam, maka celakah orang itu.”
Di manakah hala tuju dan kedudukan kita
sebagai rakyat Malaysia sebenarnya?
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment