1.
Terdapat perbezaan antara mazhab Shafie dengan mazhab Maliki, Hambali, dan
Hanafi mengenai bacaan al-Fatihah apabila solat berjemaah.
2.
Mengikut mazhab Shafie seseorang makmun itu wajib membaca al-Fatihah apabila
imam selesai membaca al-Fatihah. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu :
“Tidak ada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran
(yakni surah al-Fatihah)” Riwayat Imam Muslim
3.
Manakala bagi mazhab Maliki, Hambali, dan Hanafi seseorang makmun adalah tidak
perlu membaca al-Fatihah apabila solat berjemaah dan apabila dia membaca
al-Fatihah ia akan dikira sebagai makruh. Ini adalah berdasarkan kepada firman
Allah s.w.t. dalam Surah al-A’raf ayat 204 yang berbunyi:
“Dan
apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” al-A’raf
: 204
Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa seseorang
itu perlu mendengar dan memahami apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan. Atas
dasar ini, seseorang makmun itu perlu mendengar dan menghayati surah-surah yang
dibaca oleh imam apabila imam selesai membaca surah al-Fatihah. Bacaan
al-Fatihah adalah ditanggung oleh imam mengikut mazhab Maliki, Hambali, dan
Hanafi.
4. Begitulah perbezaan antara mazhab Shafie dengan
ketiga-tiga mazhab yang lain. Ini adalah penting bagi kepada kita sebagai
pengetahuan am kepada kita apabila bertemu atau berjumpa dengan umat Islam lain
dari seluruh dunia khususnya sewaktu menunaikan ibadat haji kerana kita akan
pelbagai ramai manusia dalam melakukan sesesuatu ibadat. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment