Sunday, October 25, 2020

Alhamdulillah, Penantian 12 Tahun Berakhir - Berjaya Menamatkan Master Sejarah Malaysia di Universiti Malaya!

Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) di Universiti Malaya setelah 3 tahun menelaah ilmu di menara gading ini iaitu dari tahun 2017 - 2020. Sebenarnya, ini percubaan kali kedua saya untuk mendapatkan Ijazah Sarjana saya setelah percubaan kali pertama saya gagal pada tahun 2012 - 2014 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 12 tahun ini adalah mengambil kira selepas saya mendapat ijazah pertama saya pada tahun 2007. 

Jika anda mengikuti perkembangan blog saya ini, saya telah menceritakan sebelum ini bahawa saya mengambil mod campuran (mixed mode) bagi kursus ijazah sarjana ini. Secara rasminya saya berjaya menamatkan pembelajaran saya selama 5 semester iaitu 2 semester untuk kelas dan 3 semester adalah untuk menyiapkan tesis.

Secara umumnya, kandungan tesis yang perlu disiapkan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 bab. Bab pertama dan terakhir ialah pendahuluan dan kesimpulan. Manakala 3 bab lagi adalah penemuan terbaru tesis atau kajian kita. Paling maksimum bilangan bab tesis adalah sebanyak 6 bab jika kajian anda mempunyai skop yang lebih luas untuk diperbincangkan. 

Tajuk tesis untuk Sejarah Malaysia ini adalah luas. Bergantung kepada kita semua selagi mana ianya berkisar mengenai Sejarah Malaysia. Contohnya kemerdekaan Tanah Melayu, tokoh-tokoh, komunis, darurat, dan sebagainya dengan syarat kajian kita itu masih belum dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Sebab itu dalam tesis kita nanti kita perlu menulis sorotan literatur (literature review) iaitu kajian-kajian yang telah dibuat sebelum ini dan apakah kajian yang ingin kita buat. 


Tesis saya pula adalah bertajuk 'Isu Kerakyatan Dari Persekutuan Tanah Melayu Sehingga Penubuhan Malaysia, 1957 - 1963'. Temanya ialah isu kerakyatan. Pengalaman saya sendiri saya perlu ke Arkib Negara untuk mencari bahan-bahan tesis saya untuk penyelidikan ini. Selain itu, saya juga turut membuat temuduga bersama dengan pensyarah-pensyarah yang mempunyai pengkhususan dalam bidang kerakyatan. Banyak juga pengalaman yang saya timba sepanjang menyiapkan tesis ini. 

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapatkan sagunya. Kiranya sewaktu saya membuat tesis ini merupakan waktu 'struggle' saya untuk menamatkan kursus ijazah sarjana ini. Boleh dikatakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad saya akan pergi ke perpustakaan di kampus ini untuk menyiapkan tesis ini. Ditambah pula saya bekerja pada hari Isnin sehingga Jumaat. Agak mencabar jugalah bagi orang macam saya untuk menamatkan Ijazah Sarjana secara part-time.

Dan yang paling utama sekali ialah saya orang yang mula-mula membentangkan tesis saya bagi kelas saya untuk kali ini. 

Saya bukan ingin menakutkan anda. Rata-ratanya para pelajar mod campuran ini tidak berjaya menamatkan kursus ini kerana mereka tidak berjaya untuk menyiapkan tesis dalam tempoh yang ditetapkan. Syarat untuk menamatkan kursus Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) adalah selama 10 semester termasuk 2 semester untuk kelas (5 kursus untuk 2 semester). Para pelajar kursus ini kebiasaannya tidak boleh independent untuk membuat tesis secara keseorangan dan akhirnya mereka akan terbantut untuk menyiapkan tesis. Akhirnya terpaksa digugurkan oleh pihak universiti kerana tidak berjaya menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Berbanding dengan kelas, para pelajar boleh membuat assignment dengan kawan-kawan dan menjawab peperiksaan dengan baik setiap hujung semester.

Baiklah, setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini. Mudah-mudahan sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Malaysia rajin-rajinkanlah untuk mendaftarkan diri anda di Universiti Malaya dan bertandan ke sini untuk menimba ilmu. Kita jumpa di puncak kejayaan! 

Allhuakbar!

Wallhua'lam.

10 comments:

Anonymous said...

Tahniah tuan..sebab saya terbaca blog tuan la saya berani utk daftar dlm kursus yg sama di UM..saya berharap dpt menghabiskan pengajian saya seperti tuan...sekali lagi tahniah dan selamat maju jaya...(p/s: sambunglah PhD plak mana tau lagi 5-6 tahun bilik tuan ada di Jabatan sejarah)😂👍👍👍⭐

Rafique said...

Assalamualaikum saudara. Tahniah kerana berjaya habiskan Ijazah Sarjana Sastera. Nak mintak pendapat saudara. Saya sebenarnya berminat nak sambung dalam bidang yang sama. Sebelum ini saya belajar Ijazah Sarjana Muda Undang Undang di UIA. Boleh ke kalau saya mahu ambil bidang ini di UM? Ada syarat2 tertentu ke?

wankamarul701 said...

Wassalam. Terima kasih.

Untuk makluman Tuan Rafique, Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) di Universiti Malaya adalah terbuka kepada mana-mana pelajar Ijazah Sarjana Muda tanpa mengira latar belakang kursus. Oleh itu, saudara boleh memohon.

Anonymous said...

Salam, course sejarah ni diajar dlm bm ke bi? Sebab saya survey tu macam dalam bi

wankamarul701 said...

Bergantung kepada pensyarah yang ajar. Ada ajar dalam BM dan ada dalam BI. T kasih.

Anonymous said...

Salam tuan bagaimana dwngan harga yuran pulak. Adakah terlalu tinggi atau biasa biasa sahaja?

wankamarul701 said...

Wassalam. Boleh rujuk website Universiti Malaya.

Anonymous said...

Ronald

Ronald said...

Walaupun saya cuma seorang buruh kasar dan tiada title education.. saya suka membaca tulisan tuan.. saya juga suka menimba ilmu secara independent bebas.. dlm bidang Agama seperti Theology, Kristology, Anthropology dan History utk mencari kebenaran ttg konsep Ketuhanan.. sekarang saya belajar secara percuma di Google.. saya baca 3 Kitab dari pihak Islam ☪️ Al-Quran, Kristian Bible dan Yahudi 🇮🇱 Kitab Tanakh.. saya juga berkata dgn org Atheist ⚛️ dan para pengkritik Islam ☪️.. kerana kebenaran itu harus diuji.. akhirnya.. Alhamdulillah 🤲 dgn izin Allah.. walaupun saya memegang title Kristian SDA.. namun saya beriman kpd Kitab Al-Quran adalah firman Tuhan.. Alhamdulillah.. hasil kajian bebas itu hidayah petunjuk saya dapatkan.. walaupun sebagai seorang buruh kasar serta penat bekerja membanting tulang.. saya tetap mencuri masa utk ilmu agama.. Alhamdulillah 🤲 Allah memberi saya hidayah.. Kerana SETIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN..

wankamarul701 said...

Alhamdulillah Tuan Ronald. Semoga urusan Tuan dipermudahkan dalam mencari kebenaran. Insya-Allah.