Situasi wabak Covid-19 sekarang tiada menunjukkan ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Angka-angka menunjukkan bilangan pesakit akibat virus ini terus meningkat saban hari sama ada di dalam ataupun di luar negara.
Kita sebagai orang beriman bahawa wabak
yang melanda di seluruh dunia ini merupakan ujian daripada Allah s.w.t. Kepada
orang-orang bukan Islam ianya sudah tentu menjadi malapetaka kepada mereka.
Gelombang ketiga Covid-19 ini tercetus
akibat pihak pemerintah yang tamak kuasa dan sering bermain politik pada setiap
hari. Hasilnya ialah kesihatan dan nyawa rakyat yang menjadi taruhan. Gelombang
ketiga ini tercetus akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan
baru-baru ini. Jika PRN ini tidak diadakan, wabak gelombang ketiga ini sudah
tentu tidak terjadi. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Kalau dah jadi bubur,
telan sahajalah bubur tersebut.
Kantung kerajaan sekarang mungkin sudah
kering-kontang sekarang kerana banyak yang telah digunakan bagi membantu rakyat
ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula dilaksanakan dahulu.
Sebanyak RM295 bilion telah disuntik oleh kerajaan bagi membantu golongan B40
dahulu. Ini belum ditambah lagi hasil kerajaan yang hilang sebanyak RM2 bilion
sehari ketika PKP dahulu. Jika 3 bulan setengah para peniaga tidak boleh
menjalankan perniagaan mereka, ini bermakna kerajaan telah kehilangan sebanyak
RM150 bilion hasil perbendaharaan dahulu.
Namun, usaha ini hanya sia-sia sahaja
kerana gelombang ketiga pula datang setelah PRN Sabah diadakan. Mahu tidak mahu,
kawasan yang zon merah sahaja yang dikenakan PKP mengikut tema yang tersendiri
sama ada bersasar ataupun diperketatkan. Mengikut kesesuaian tempat
masing-masing.
Jika kita melihat dari satu sudut, wabak
ini mempunyai hikmah yang tersendiri. Wabak ini muncul di tengah-tengah zaman
dunia serba moden dan canggih. Jika murid-murid tidak dapat ke sekolah kerana
dibimbangi akan wabak ini terus merebak di kalangan mereka, mereka boleh belajar
sahaja di atas talian (online). Begitu juga mahasiswa ataupun mahasiswi di universiti,
mereka boleh belajar secara online sahaja. Malah, menjawab peperiksaan pun boleh
dibuat secara online.
Tidak terhad kepada pembelajaran online
sahaja, rakyat juga boleh membeli makanan ataupun apa-apa keperluan mereka
secara online. Barang-barang ini akan dihantar di hadapan pintu rumah mereka. Membayar
secara tanpa duit fizikal pun barang boleh sampai di pintu rumah tatkala wabak
Covid-19 sedang melanda.
Apapun sekarang pemantauan kerajaan
sekarang sudah semakin kurang sekarang ketika gelombang ketiga Covid-19 sedang
tercetus. Sudah tentu golongan bekerja sendiri akan tersepit jika kerajaan
terlalu bertegas untuk menangani penularan Covid-19. Penularan Covid-19
sekarang terletak pada diri kita masing-masing. Pemantauan kerajaan tidaklah seketat
PKP mula-mula dikenakan dahulu.
Sebagai orang yang beriman kita haruslah
yakin bahawa wabak Covid-19 ini akan berakhir suatu hari nanti kerana salah
satu tanda kewujudan Tuhan ialah setiap sesuatu ada awal dan akhirnya.
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment