Wednesday, September 17, 2014

Beristighfar 150 Kali Sehari

Kita dianjurkan beristighfar kerana dengan istighfar itu dapat menghapuskan semua dosa-dosa kita. Dosa-dosa kita ini sebenarnya menyebabkan rezeki kita adalah terhalang untuk datang kepada diri kita. Oleh itu, kita perlulah beristighfar supaya dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah s.w.t. dan sekaligus kita dimurahkan rezeki oleh-Nya.
 
Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukai sesuatu amalan yang sedikit tetapi diamalkan sepanjang masa berbanding sesuatu amalan yang dilakukan secara banyak tetapi sekali sahaja. Oleh itu, saya sebenarnya sengaja meletakkan beristighfar 150 kali sehari iaitu kita beristighfar 30 kali setiap kali waktu selepas solat fardhu. Kita akan menunaikan solat fardhu 5 kali sehari. Dengan itu, kita akan beristighfar sekurang-kurangnya 150 kali sehari.
 
Dalam kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, karangan Syeikh Habib Abdullah Hadad. Beliau menyebut salah satu sabda Rasulullah SAW tentang keutamaan zikir ini, sabdanya ialah:

"Siapa yang membiasakan dirinya beristighfar, niscaya Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan akan melepaskannya dari segala kesukaran, dan akan memberinya rezeki tanpa bisa dikira."

Sabdanya lagi,

"Siapa yang mengucapkan astaghfirullah setiap hari 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa. Alangkah kecewanya lelaki atau perempuan yang membuat dosa pada sehari semalam lebih dari 700 dosa."
 
Dengan mengamalkan istifghfar setiap hari, diharap agar dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya sentiasa. Insya-Allah.

 
http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: