Sejarah tidak pernah membohongi kita. Kalau sejarah itu bohong, maknanya kita sendiri tidak mahu mengkaji sejarah.
Robert Kuok sekali lagi dinobatkan orang terkaya di Malaysia pada tahun 2015 dengan hartanya adalah 10 bilion dollar.
Jangan lupa bahawa moyang Robert Kuok adalah Kuok Keng Kang yang berhijrah dari Fujian, China ke Tanah Melayu pada tahun 1909. Harus diingat bahawa moyang Kuok ini adalah berjaya kerana bantuan masyarakat melayu. Ini ditulis dalam buku The Reluctant Politician : Tun Dr Ismail and His Time. Antaranya ditulis begini :
"Ketua keluarganya ialah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke Johor Bharu. Yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat melayu. Menjelang 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah."
Di sini pun kita dapat lihat betapa mewahnya keluarga Kuok kerana telah berjaya memiliki kereta mewah pada era 1920-an. Itupun Jepun belum menawan lagi Tanah Melayu.
Kuok Keng Kang ini mula berniaga beras, gula, dan tepung gandum di Johor Bharu dengan pertolongan pembesar melayu. Menurut akhbar The Star, pembesar melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang daripada penagihan candu (Rujuk A Kadir Jasin, Kunta Kinte Original).
Orang-orang cina terkaya di Malaysia ini jangan lupa bahawa masyarakat melayu ini serta kerajaan melayu inilah yang 'menolong' mereka kaya-raya. Orang-orang melayu pula usahlah dengki dengan orang-orang melayu yang mungkin tersenarai 40 terkaya di malaysia dengan menganggap mereka ini naik kerana 'kabel'.
No comments:
Post a Comment