Monday, March 7, 2016

Kenapa Takut Sumbang Bantuan Ketenteraan?

Jika kita melihat bantuan atau misi kemanuasiaan di negara-negara umat Islam di Timur Tengah khususnya seperti Palestin, Syria, Jordan, dan sebagainya bantuan yang dihulurkan adalah bersifat keperluan-keperluan asas sahaja seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan sebagainya. Tidak lebih daripada itu.

Namun, sedar atau tidak sedar adakah kita perasan bahawa bantuan ketenteraan untuk negara-negara yang bergolak dengan peperangan ini langsung tidak diberikan? Adakah kita takut dilabelkan sebagai pengganas oleh masyarakat antarabangsa?

Teringat suatu ketika dahulu Kuala Lumpur menafikan memberikan bantuan senjata kepada pejuang-pejuang Palestin. Jika betul sekali sekalipun, adakah kita takut untuk mengakui bentuk bantuan ketenteraan ini?

Jika dilihat negara-negara yang bergolak ini, sudah tentu mereka memerlukan bantuan atau perlindungan ketenteraan untuk menghadapi ancaman-ancaman senjata berat untuk melindungi diri mereka. Jika tiada perlindungan ketenteraan, sudah tentu pihak musuh akan terus-menerus menyerang umat Islam kerana mereka tahu bahawa masyarakat Islam ini adalah terdedah kepada serangan.

Tidak dinafikan terdapat tentera-tentera pengaman dari Malaysia yang dihantar ke luar negara di bawah panji-panji PBB. Namun, mereka dihantar bukanlah untuk berperang dalam erti kata sebenarnya sampai berjuang sehingga mati syahid.

Mengapa kita ingin melabelkan orang-orang Islam dari Malaysia yang mati terbunuh di Syria sebagai pengganas? Bukankah mereka menginfaqkan diri mereka untuk menolong saudara seagama mereka di sana?

Alangkah baik dan indahnya apabila setiap negara umat Islam menghantar bantuan ketenteraan kepada negara-negara Islam yang bergolak. Usah takut dilabel pengganas kerana inilah bantuan yang hakiki berbanding memberi sumbangan dalam bentuk keperluan asas sahaja.

Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.my

No comments: