Wednesday, March 2, 2016

Pembangkang Usah Terpedaya dengan Langkah Dr. Mahathir


Dua tiga hari ini, Lim Kit Siang mengakui bahawa beliau ada bertemu dengan Dr. Mahathir untuk membincangkan isu-isu nasional selepas Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
 
Tetapi, kita harus ingat bahawa Dr. Mahathir sanggup menggunakan pentas pembangkang untuk menyelamatkan UMNO.
 
Bak kata Chegubad, Dr. Mahathir menggunakan pentas pembangkang suatu ketika dahulu untuk menurunkan Abdullah daripada kerusi Perdana Menteri dan bukannya untuk menyokong pembangkang. Ternyata, Abdullah meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri dan kemudian Dr. Mahathir mendaftar semula ahli UMNO selepas itu.
 
Wayang Dr. Mahathir bermula lagi apabila mengisytiharkan keluar daripada UMNO kerana tidak setuju dengan cara pemerintahan Mohd. Najib.
 
Ada baiknya pembangkang tidak bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang kononnya ingin menyelesaikan isu-isu nasional. Hakikatnya, isu-isu nasional ini berpunca daripada pemimpin UMNO yang lemah. Bagi Dr. Mahathir pemimpin yang harus ditukarkan dan bukannya isu-isu nasional yang diutamakan. Apabila pemimpin yang lemah ditukar, secara automatiknya isu-isu nasional ini akan selesai.
 
Secara tidak langsung pembangkang yang bekerja dengan Dr. Mahathir sebenarnya adalah bekerjasama untuk memulihkan dan menguatkan semula UMNO.
 
Seperti biasa, selepas matlamat Dr. Mahathir tercapai, maka pembangkang ditinggalkan semula dan masuk semula dalam barisan kepimpinan UMNO. Maka pembangkang mencari semula isu-isu lain untuk memburukkan kerajaan bagi memenangi PRU seterusnya. Itulah nasib pembangkang.
 

No comments: