Thursday, March 17, 2016

Seni dan Nyanyian Memajukan Ekonomi Orang Melayu?


Adakah seni dan nyanyian memajukan ekonomi orang melayu?
 
Adakah kita sedar bahawa di sebalik program-program realiti seperti AF, Mentor, dan sebagainya, ianya sebenarnya mewujudkan jutawan segera di kalangan orang-orang melayu. Menang juara Mentor pun sudah dapat RM100,000. Ini belum mengambil kira syarikat-syarikat rakaman yang ingin melamar mereka untuk menyanyi selepas ini.
 
Orang-orang melayu ini adalah masyarakat yang berlatarbelakangkan seni-seni tarian atau sastera. Walaupun zaman berubah, namun perkara-perkara ini dimodenkan sesuai dengan citarasa semasa.
 
Contohnya ialah cerita-cerita seram atau filem-filem mistik yang penuh dengan unsur tahyul ini sebenarnya membawa pulangan besar kepada industry filem. Masyarakat melayu sebenarnya adalah sinonim dengan unsur-unsur tahyul sejak dahulu lagi sehingga hari ini.
 
Begitu juga dengan sastera. Apabila menyebut sastera, ia adalah tergolong dalam kumpulan seni. Pada hari ini, banyak syarikat penerbitan yang kaya-raya hasil jualan buku-buku mereka. Pendek kata, industry penerbitan buku-buku, majalah-majalah, dan akhbar-akhbar sebenarnya memajukan ekonomi orang melayu.
 
Walaupun begitu, rangkaian ekonomi melayu dalam bidang-bidang teknikal masih belum boleh dibanggakan lagi. Umpamanya ialah bidang-bidang spare part, hardware, membaiki kereta, dan sebagainya masih rendah. Walaupun banyak institusi-institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan namun penguasaannya masih rendah. Ini dapat dilihat deretan kedai-kedai di tepi-tepi jalan masih dipegang oleh non-melayu.
 
Namun, budaya tradisional melayu sebenarnya menjadi nadi dan tulang belakang ekonomi orang melayu sebenarnya. Tidak ketinggalan bidang pertanian juga adalah lapangan ekonomi masyarakat melayu. Walaupun zaman terus berubah tetapi hasrat dan penawaran kepada bidang-bidang ini masih berterusan.

No comments: