Friday, December 6, 2013

Cuit-cuit : Antara Aspan Alias dan Dr. Mahathir

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Saya selalu juga mengikuti perkembangan politik dengan membaca blog-blog politik. Saya tidak membaca blog-blog politik yang tidak beretika iaitu blog yang memaki hamun, caci-maki, dan sebagainya. Bagi saya sekiranya kita ingin berblog - sama ada kita penyokong kerajaan atau pembangkang, kita perlu menjaga adab penulisan kita kerana penulisan kita melambangkan akhlak kita. Benar bukan?

Saya teruja untuk menulis untuk entri pada kali ini mengenai blog Aspan Alias dan juga blog Tun Dr. Mahathir. Aspan Alias merupakan seorang penulis tegar blog yang boleh dikatakan setiap hari dia mengkritik kerajaan manakala Dr. Mahathir ialah seorang bekas Perdana Menteri yang sering mengkritik kerajaan atau pembangkang sekiranya ada perkara-perkara yang berlaku dan perlu diperbaiki.

Apa yang menarik ialah Aspan Alias sering mengkritik Dr. Mahathir. Aspan Alias sangat rajin dalam menulis blog. Kadang-kadang ia boleh merubah paradigma masyarakat mengenai tanggapan ke atas kerajaan atau pemimpin sekarang khususnya Dr. Mahathir. Saya cuba search di google dengan menaip  ‘aspan alias mahathir’. Hasilnya adalah seperti berikut :
 

 
Daripada hasil carian di atas dapat kita baca banyak artikel-artikel yang ditulis oleh Aspan Alias yang mengkritik Dr. Mahathir secara langsung. Antaranya yang boleh kita lihat ialah ‘Mahathir dan Anwar Patut Duduk Serumah’, ‘Jangan Tak Tahu Negara Ini Mahathir yang punya’, ‘Mahathir baru terjumpa pemimpin yang smart’, ‘Mahathir sentiasa memilih timbalan yang salah’, dan lain-lain lagi.

Apabila saya melayari blog Dr. Mahathir iaitu di chedet.cc dan menaip Lim Kit Siang di ruangan search (blog Aspan Alias tiada ruangan search sendiri), hasilnya adalah seperti berikut :
 

 
Dapat dilihat bahawa Dr. Mahathir ada menyebut pemimpin-pemimpin tertentu dalam blog beliau. Akan tetapi apabila saya menaip ‘aspan alias’, hasilnya adalah seperti berikut :
 
 
Terpampang tertulis “Your search for “aspan alias" did not match any entries". Lawak bukan? Walaupun Aspan Alias sibuk menyibuk tepi kain Dr. Mahathir tetapi Dr. Mahathir langsung tidak pernah menyebut mengenai Aspan Alias. Ada kemungkinan-kemungkinan bahawa Dr. Mahathir tidak kenal Aspan Alias, Dr. Mahathir tidak berminat dengan tulisan Aspan Alias walaupun sering ‘membelasah’ Dr. Mahathir, ataupun Dr. Mahathir menganggap blog Aspan Alias mungkin blog murahan dan sebagainya.

Mungkin Aspan Alias jangan menyibuk untuk mengkritik orang lain walhal orang yang dikritiknya (Dr. Mahathir) langsung tidak mempedulikan beliau. Oleh itu, cermin-cermin diri dulu wahai Tuan Aspan Alias.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

4 comments:

MI_roslinda said...

penulis blog ni pandai ciplak karya org jer... copy and paste. bace blog orang lain dan ulas serta petik..hehe. kamarul..kamarul

wankamarul701 said...

salah satu mmenjadi penulis adalah buat ulasan... selagi mana penulisan meletak sumber rujukan selagi tu tidak dinamakan ciplak..

ok lagi dari org tu dari duk kutuk2 org..ha3

Anonymous said...

Apa la kau ni.. memang la mungkin Mahathir tak kenai aspan alias sbb dia bukan public figure.. aku kutuk Mahathir pun dia takkan kenal aku... kalau hang sokong Mahathir pun ada ka Mahathir kenai hang?

wankamarul701 said...

Ini siapa? Boleh bg tau nama? Sebab x kenal..