Sudah lama saya ingin menulis artikel ini.
Dek kerana masa terlalu suntuk – perlu dikorbankan untuk bekerja dan menumpukan
pelajaran maka idea ini tinggal idea. Kadang-kadang idea banyak tetapi tiada
masa untuk menulis. Kadang-kadang ada banyak masa terluang tetapi tiada idea
pula untuk menulis. Cerita ini sudah berlaku pada tahun 2011 iaitu ketika bulan
puasa. Waktu itu saya ingin pergi mencuci kereta selepas servis kereta.
Dekat-dekat ingin berbuka puasa ketika itu.
Ketika saya sampai di kedai basuh kereta
tersebut kebetulan saya melihat seorang perempuan melayu bergaduh dengan tukang
cuci Bangladesh. Lama juga. Tidak lama selepas itu wanita tersebut datang
kepada saya seolah-olah dia tahu apa yang saya ingin ketahui apa yang telah
berlaku. Ujarnya, “Beginilah dik, orang kita ini baik sangat sampai dipijak
oleh orang lain.” “Mengapa? Apa yang berlaku sebenarnya?” Balas saya. Cerita
wanita tersebut, “Pada mulanya polish kereta akak ni RM100 sahaja pada mulanya,
selepas selesai polish kereta pekerja Bangla ini minta RM400.” “Mak oii...
Mahalnya.” Ujar saya semula. Selepas itu, wanita tersebut minta resit untuk
dibuat laporan polis selepas bertekak beberapa ketika dengan Bangla tesebut.
Apa yang berlaku selepas hari itu saya pun tidak ketahui lagi.
Begitulah nasib orang melayu apabila terlalu
memberi muka kepada pendatang asing. Pendatang asing memang Malaysia ini
sebagai rahmat buat mereka walaupun bekerja sebagai tukang sapu. Lihat sahaja
Bangla mereka sanggup tinggal di dalam bilik kecil beramai-ramai semata-mata
mencari rezeki di Malaysia. Jika dahulu mereka bekerja sebagai pencuci kereta
atau di stesen minyak sahaja. Kini ada yang sudah membuka kedai jahit dan
berniaga makanan. Apa yang belum dilihat pada hari ini ialah tiada lagi Bangla
yang bekerja di bengkel membaiki motorsikal ataupun kereta. Tidak mustahil
suatu hari nanti mereka boleh membina rantaian perniagaan mereka sendiri di
Malaysia pada suatu hari nanti.
Jika bernasib baik, mereka boleh berkahwin
dengan wanita melayu tempatan. Teringat lagi saya berjumpa dengan pelanggan
saya yang berkahwin dengan orang Bangladesh apabila melihat salinan passport
suaminya adalah orang Bangladesh. Apabila melihat dua orang anak lelakinya
memang ada iras-iras orang Bangladesh. Sekadar bergurau. Apa yang menarik
tentang orang Bangla ialah mereka fasih berbahasa melayu walaupun baru 3 bulan
tinggal di Malaysia. Orang kata otak Bangla ini cepat ‘pick up’.
Apabila disebut negara Bangladesh, ia sinonim
dengan institusi mikrokredit di tempat saya bekerja sekarang di mana skim
mikrokredit ini diadaptasi daripada skim mikrokredit di Bangladesh yang
dikenali sebagai Bank Grameen. Sudah menjadi rutin tahunan apabila beberapa
pegawai atau pihak pengurusan akan membuat lawatan ke sana melihat sejauh mana
pelaksanaan sistem mikrokredit di sana. Apabila mereka pulang, mereka
menceritakan bahawa, “Kalau orang melayu tinggal di sana, memang tidak boleh
hidup.” Apa yang ingin diceritakan bahawa keadaan di sana benar-benar sukar
peluang untuk mencari rezeki. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Malaysia ini
menjadi tempat Bangla mencari rezeki walaupun sebagai pencuci kereta pada
mulanya.
Apa yang akan terjadi kepada orang Bangla
sekiranya mereka terus rajin berusaha bekerja di Malaysia? Mungkinkah mereka
akan pulang ke negara mereka semula selepas bekerja sebagai pencuci kereta atau
mereka terus menjadi penduduk tetap di negara ini? Saya bimbang sekiranya orang
melayu pula bekerja sebagai pemandu Bangla setelah mereka bekerja sebagai
pencuci kereta mereka pada mulanya di negara ini.
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment