Wednesday, January 14, 2015

Banyak Cara Nak Jadi Jutawan!


Tidak dinafikan bahawa banyak lambakan buku-buku di pasaran yang menceritakan pengalaman penulis-penulis buku untuk menjadi kaya ataupun untuk menjadi jutawan.

Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan hartanah.

Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan menulis buku.

Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan pasaran saham.

Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan pemasaran internet.

Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan menjual insurans.

dan lain-lain lagi...

Menjadi jutawan tidak hanya terbatas dengan cara tertentu sahaja. Ia mempunyai 1,001 cara untuk seseorang itu untuk menjadi jutawan. Anda boleh mengembangkan bakat atau kemahiran yang anda miliki untuk menjadi jutawan.

Syaratnya ialah anda perlu FOKUS kepada satu-satu perkara sahaja. Dan elakkan membuat pelbagai perkara dalam sesuatu masa kerana anda hanya mempunyai 2 tangan dan 2 kaki dan 24 jam sahaja sehari.

Oleh itu, buat perancangan anda sekarang! Tanyalah diri anda soalan berikut :

“Agak-agaknya apakah kemahiran yang aku miliki untuk membuat diri aku menjadi seorang jutawan?”


http://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, January 13, 2015

Menghabiskan Bacaan Buku BSAD Hanya Satu Malam!


Seorang sahabat satu pejabat dengan saya telah memberitahu kepada saya bahawa beliau telah menghabiskan bacaan buku Biar Sedikit, Asal Diberkati (BSAD) hanya satu malam! Tahniah saya ucapkan kepada rakan saya tersebut.

Apa yang menarik bagi beliau ialah gaya penulisan buku tersebut merupakan gaya komunikasi 2 hala antara penulis dan pembaca serta ianya tidaklah terlalu statik berupa corak buku-buku ilmiah.

Menurut beliau lagi, buku BSAD merupakan buku asas yang perlu dibaca terlebih dahulu sebelum membaca buku-buku kewangan yang lebih ‘advanced’ seperti buku-buku kewangan tulisan Robert T. Kiyosaki kerana buku ini menerangkan prinsip-prinsip asas pengurusan kewangan.

Saya amat bersyukur dan amat berbangga jika rakan-rakan saya dapat menghabiskan bacaan buku BSAD dari awal sehingga akhir yang mempunyai 201 mukasurat. Saya bimbang jika rakan-rakan saya hanya membeli buku saya hanya sekadar untuk mengambil hati saya sahaja dan langsung tidak membaca buku tulisan saya.

Bagi anda yang masih belum memiliki buku BSAD, boleh dapatkan buku ini di rangkaian kedai-kedai buku MPH atau boleh mendapatkan secara belian online dengan menghubungi saya di email :

wan_kamarul@usa.com

Terima kasih.



Buku BSAD Telah Menembusi Bumi Kenyalang!


Alhamdullilah, buku BSAD tulisan saya telah mendapat sambutan daripada rakan-rakan satu organisasi saya yang berada di Sarawak. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada sokongan anda!

Bagi anda yang masih belum memiliki buku BSAD, boleh dapatkan buku ini di rangkaian kedai-kedai buku MPH atau boleh mendapatkan secara belian online dengan menghubungi saya di email :

wan_kamarul@usa.com

Terima kasih. 

Monday, January 5, 2015

Apabila Rabiatul Adawiyah Yakin dengan Surah al-An’am ayat ke-160

Nama Rabiatul Adawiyah sudah pasti dikenali oleh kita dalam sejarah sebagai seorang kekasih Allah s.w.t. yang terkenal.

Diceritakan bahawa beliau didatangi dua tetamu dan ketika itu beliau menghidangkan 2 keping roti kepada tetamu tersebut. Tidak semena-mena datang seorang peminta sedekah yang kelaparan kerana lama tidak menjamah makanan. Lalu, Rabiatul Adawiyah mengambil 2 keping roti yang dihidangkan kepada tetamu dan diberikan kepada peminta sedekah tersebut.
Ini kerana beliau yakin bahawa setiap 1 kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan 10 kebaikan oleh Allah s.w.t.
Tidak lama selepas itu datang pesuruh raja yang menghantar kepada roti kepada Rabiatul Adawiyah sebanyak 18 keping roti walhal pada asalnya raja tersebut menyuruh khadamnya menghantar 20 keping roti kerana 2 keping roti tersebut telah diambil oleh khadam tersebut.
Setelah khadam tersebut tiba kepada Rabiatul Adawiyah, beliau mendapati bahawa hanya 18 keping roti dihantar kepadanya.    Lalu Rabiatul Adawiyah menyuruh khadam tersebut pulang kepada rajanya kerana beliau yakin bahawa beliau akan mendapat 20 keping roti.
Raja tersebut marah kepada khadamnya apabila Rabiatul Adawiyah menyuruh memulangkan kepadanya 18 keping roti lalu raja tersebut memaksa khadam tersebut mengaku kerana telah mengambil 2 keping roti raja tersebut. Kemudian, khadam raja tersebut dihukum dengan menghantar semula 20 keping roti kepada Rabiatul Adawiyah.
Rabiatul Adawiyah tidak mahu menerima 18 keping roti tersebut pada awalnya kerana beliau yakin bahawa setiap satu kebaikan yang dibuat akan dibalas oleh Allah s.w.t. sebanyak 10 kebaikan. Sesungguhnya janji Allah s.w.t. ini sudah tertera di dalam ayat ke-160 Surah al-An’am seperti berikut :
“Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" Surah al-Anam (160)
Pengajaran utama daripada kisah ini ialah Allah s.w.t. melipatgandakan amalan sedekah kita. Allah s.w.t. memberi rezeki kepada seseorang melalui tangan hamba-hambaNya. Contohnya ialah balasan sedekah Rabiatul Adawiyah oleh Allah s.w.t. adalah melalui seorang Raja.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM1,000,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM100,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM100,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM10,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM10,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM1,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM1,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM100.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM100 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM10.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM10 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM1.
Di manakah pilihan kita semua?
Wallhua’lam.

Saturday, January 3, 2015

Tahun 2015 : Tambahkan Lagi 2 Rakaat Solat Dhuha


Selamat menyambut tahun baru 2015 diucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini. Semoga anda terus dapat memanfaatkan dan mengamalkan ilmu-ilmu atau tip-tip yang berada di dalam blog ini.

Mari kita renungi kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib seperti berikut :

“Jika hari ini adalah lebih baik daripada semalam maka berbahagialah orang itu. Jika hari ini sama dengan hari semalam maka sia-sialah orang itu. Jika hari ini lebih buruk daripada semalam maka celakalah orang itu.”

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah mengenai solat dhuha kita iaitu ubat mujarab kita untuk sentiasa dimurahkan rezeki.

Apakah anda semua sudah mengamalkan solat dhuha setiap hari? Jika belum, amalkan mulai sekarang bermula tahun baru ini.

Jika anda sudah amalkan solat dhuha, tambahkan lagi 2 rakaat solat dhuha pada tahun ini. Bilangan solat sunat dhuha yang paling afdal dilakukan ialah sebanyak 8 rakaat. Oleh itu, tingkatkan lagi amalan solat sebanyak 2 rakaat setiap tahun sehingga anda dapat mengamalkan solat dhuha sebanyak 8 rakaat setiap hari.

Jika anda belum amalkan solat dhuha, amalka solat dhuha sebanyak 2 rakaat dahulu mulai tahun ini.

Jika anda amalkan solat dhuha 2 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Jika anda amalkan solat dhuha 4 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 6 rakaat setiap hari.

Jika anda amalkan solat dhuha 6 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari.

Jika anda sudah mengamalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari, teruskan amalan anda setiap hari.

Pintu rezeki sentiasa terbuka kepada kita semua dengan solat dhuha. Jika makin banyak amalan solat dhuha, Insya-Allah makin berganda-ganda rezeki yang datang kepada kita dengan rahmatNya. Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.com

Wednesday, December 31, 2014

Bedah Buku BSAD : Apakah Bakat Terpendam Anda?


Maklum balas yang diterima daripada pembaca buku Biar Sedikit Asal Diberkati (BSAD) ialah apakah bakat yang dimiliki oleh mereka? Kadang-kadang kita sendiri pun tidak tahu apakah bakat yang kita miliki yang kita boleh gunakan dan sekaligus boleh digunakan sebagai pendapatan sampingan kita.

Kita harus percaya setiap orang dilahirkan di dunia ini mempunyai bakat atau kemahiran masing-masing untuk meneruskan kehidupan mereka. Tanpa bakat atau kemahiran, mustahil seseorang itu boleh meneruskan kehidupan mereka di dunia ini.

Sebagai sebuah organisasi yang membantu keluarga miskin dan berpendapatan rendah, organisasi saya percaya bahawa setiap keluarga miskin mahupun berpendapatan rendah ini mempunyai kemahiran tertentu yang perlu digarapkan dan digunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pembiayaan yang diberikan bukanlah secara percuma tetapi pembiayaan yang diberikan ini diharap dapat dijana oleh mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Contohnya ialah mereka mempunyai kemahiran menjahit tetapi tidak mempunyai modal untuk membuat bisnes menjahit. Oleh itu, pembiayaan disalurkan kepada mereka untuk membuat bisnes menjahit.

Baiklah, cuba anda renungi diri anda. Apakah kemahiran yang anda miliki? Mungkin anda mempunyai kemahiran-kemahiran berikut :

1. Menulis
2. Mengajar tuisyen
3. Membuat seminar
4. Menjual untuk membuat direct-selling
5. Lain-lain

Anda boleh cuba-cuba perkara-perkara di atas berdasarkan kepada minat dan kemahiran anda. Fokuslah dalam membuat sesuatu. Jangan buat kerja hangat-hangat tahi ayam dalam menjana pendapatan sampingan anda. Jika tidak membuahkan hasil, anda boleh mencuba perkara-perkara yang lain.

Jika anda berminat untuk membuat bisnes kek. Anda perlulah fokuskan untuk membuat kek sahaja. Banyak lambakan kursus-kursus yang dianjurkan di luar sana yang disediakan untuk orang-orang yang ingin belajar. Anda bolehlah mengasah bakat anda dengan menghadiri kursus-kursus ini.

Apa yang penting ialah anda janganlah cuba untuk membuat semua perkara dalam satu-satu masa kerana keupayaan kita adalah terhad. Ada 2 kaki, 2 tangan, dan 24 jam sehari. Fokus satu-satu perkara terlebih dahulu kemudian baru boleh beralih kepada yang lain setelah ianya berjaya. Insya-Allah.

http://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, December 27, 2014

Khatam al-Quran Sebanyak 316 Kali...


Subhanallah. Terkejut saya apabila ustaz yang menyampaikan tazkirah pagi di pejabat saya semalam menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah s.w.t. yang dikenalinya telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 316 kali seumur hidupnya.

Apa yang menariknya ialah ustaz tersebut telah mengkafankan jenezah tersebut dan beliau mendapati wajah mayat tersebut tersenyum sewaktu dikafankan. 

Apakah rahsia hamba Allah s.w.t. sehingga berjaya mengkhatamkan al-Quran sebanyak 316 kali? Usahanya ialah istiqamah sahaja. Hamba Allah s.w.t. tersebut akan berada di masjid pada jam 5.00 pagi setiap hari untuk membaca al-Quran. Alangkah hebatnya hamba Allah s.w.t. ini. 

http://wankamarul701.blogpspot.com