Friday, February 23, 2024

Peristiwa Serangan 7 Oktober 2023 – Fahami Perjuangan Hamas

 


Serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 merupakan rentetan daripada genap 50 tahun Perang Ramadhan di kalangan umat Islam ataupun Perang Yom Kippur di kalangan orang Yahudi di mana perang ini meletus pada 6 – 25 Oktober 1973. Pada 7 Oktober 2023 apabila Hamas melancarkan serangan ke atas 8 bandar Israel iaitu Ashkelon, Sderot, Beeri, Ofakim, Tel Aviz, Negev, Ashdod, dan Al-Furqan. Paling dalam kawasan Israel yang berjaya ditembusi oleh pejuang Hamas ialah bandar Ofakim iaitu 40 km ke dalam wilayah pendudukan haram Israel.

Bagi tempoh 50 tahun antara tahun 1973 dan 2023, bukannya tempoh vakum yang tiada perang antara penduduk Palestin dan Israel. Peperangan dan kebangkitan masih berlaku dalam tempoh ini. Peperangan ini merupakan perjuangan penduduk Palestin yang ingin merampas semula tanah air mereka daripada penjajah Israel.

Yasser Arafat yang memimpin Palestine Liberation Orgnisation (PLO) ketika itu, melihat Israel bertambah kuat dari masa ke semasa setelah negara-negara Arab kalah dalam Perang Yom Kippur 1973. Sebaliknya Palestin pula bertambah lemah kerana tiada negara-negara Arab yang menghulurkan bantuan sepertimana dalam perang 1967 dan 1973. Amat menyedihkan Yasser Arafat hanya membangkitkan semangat penduduk Palestin melalui intifada berbekalkan dengan batu-bata dan lastik sahaja untuk berdepan dengan Israel bagi menuntut kemerdekaan kerana mereka sendiri tiada persenjataan bermula pada tahun 1987.

Antara tahun 1987 dan 1993 ini penduduk Palestin tidak mendapat apa-apa daripada perjuangan mereka melalui intifada yang dilancarkan. Intifada ini berterusan sehinggalah termeterainya Perjanjian Oslo 1993. Perjanjian ini membawa kepada terbentuknya 2 buah negara yang merdeka iaitu Palestin dan Israel kerana orang Palestin sendiri tahu mereka tidak mampu untuk mendapatkan tanah air mereka sebelum tahun 1948. Penduduk Palestin bersetuju dengan wilayah Gaza dan Tebing Barat yang terletaknya Baitulmaqdis merupakan milik negara Palestin manakala wilayah yang telah diduduki oleh Israel ketika itu pada tahun 1993 adalah milik negara Israel yang merdeka.

Walaupun PLO mewakili pejuang Palestin yang tinggal di Tebing Barat dan Gaza, para pejuang Islam di Gaza tidak bersetuju dengan PLO kerana perjanjian ini sebenarnya mengiktiraf penubuhan negara haram Israel. Bagi Yasser Arafat, beliau berpendapat jalan peperangan bukanlah jalan sesuai untuk mendapatkan sebuah negara Palestin yang merdeka kerana penduduk Palestin tidak mendapat mana-mana sokongan  negara Arab yang lain selepas tahun 1973 tetapi dengan mengambil keputusan yang praktikal dengan mengiktiraf penubuhan negara Israel dan dalam masa yang sama wujudnya negara Palestin yang merdeka.


Tinggal Kenangan: Perjanjian Oslo 1993 Menyerlahkan Sikap Hipokrasi Israel dalam Perjanjian Damai

Manakala Sheikh Ahmad Yassid, Abdul Aziz al-Rantisi, dan Khalid Mershal yang merupakan figura utama di Gaza tidak bersetuju dengan tindakan Yasser Arafat ini. Mereka berpandangan tidak mengapa sekiranya mereka tidak mendapat tanah air tetapi syahid untuk agama. Mereka pun tahu bahawa Perjanjian Oslo 1993 yang dimeterai ini tidak akan dipatuhi oleh Israel. Maka sejak dari itu tertubuhlah Hamas yang merupakan serpihan daripada Parti PLO sebagai sebuah organisasi ketenteraan pada tahun 1997. Walau bagaimanapun, Hamas didaftarkan sebagai parti politik dan memenangi pilihanraya pada tahun 2007.  Sehingga hari ini, Parti Hamas menguasai wilayah Gaza di mana Perdana Menterinya adalah Ismail Haniyeh manakala Parti Fattah menguasai wilayah Tebing Barat di mana Perdana Menterinya ialah Mahmoud Abbas.

Malangnya, Hamas dikategorikan sebagai pertubuhan pengganas antara 22 organisasi pengganas dunia walhal organisasi ini sebenarnya ingin mendapatkan kemerdekaan tanah airnya sendiri. Sudah tentu label pengganas ini diletakkan oleh Israel dan sekutunya. Apa lebih malang lagi mana-mana negara, NGO ataupun individu yang menyalurkan bantuan kewangan kepada Hamas ini akan dilabelkan sebagai pengganas! Mereka ini boleh ditangkap. Malangnya umat Islam pada hari ini kerana nasib mereka ditentukan oleh musuh-musuh Islam!

Oleh itu, bolehlah kita faham bahawa umat Islam tidak boleh memberi sumbangan kewangan kepada Hamas untuk membangunkan teknologi senjatanya sendiri. NGO-NGO yang membantu nasib umat Islam di Palestin hanya terbatas untuk membina sekolah-sekolah ataupun pusat-pusat kesihatan sahaja di Palestin. Ini pun belum tentu kekal lama kerana bila-bila masa sahaja bangunan-bangunan ini akan dibom oleh rejim Israel. Sepatutnya pertahanan wilayah Palestin perlu dibangunkan terlebih dahulu dengan membangunkan teknologi-teknologi persenjataan agar kemudahan-kemudahan yang dibina ini boleh lebih lama digunakan oleh penduduk Palestin apabila pertahanan negara diperkuatkan. Sudah tentu apabila Israel sahaja yang boleh membangunkan senjatanya dengan disokong oleh Amerika Syarikat tidak pula dipanggil sebagai pengganas. Ini yang dikatakan sebagai ‘Haram Jadah’.

Mana-mana NGO ataupun pihak yang dikesan menyalurkan dana kepada Hamas dan dikesan oleh pihak Israel Defence Force (IDF) ataupun oleh pihak lain akan dicop sebagai pengganas. Kesannya, perniagaan boleh jatuh, passport akan disekat, dan bila-bila masa sahaja boleh ditangkap. Ini menyekat perjuangan Hamas untuk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya sendiri.

Intifada ke-2 yang meletus antara tahun 2000 sehingga 2005 adalah kesan daripada Perjanjian Oslo 1993 yang tidak dipatuhi oleh Israel. Israel terus meluaskan pengaruhnya dengan merampas tanah-tanah orang Islam di wilayah Tebing Barat selepas perjanjian ini ditandatangani. Manakala Intifada ke-3 pula meletus lagi pada tahun 2008-2009. Pengajaran daripada intifada yang meletus ini bagi Hamas ialah ia hanya mengorbankan lebih ramai penduduk Palestin di peluru musuh.

Setelah itu, Hamas menubuhkan briged tenteranya sendiri yang dikenali sebagai Briged al-Qassam. Briged al-Qassam mula membina roketnya sendiri setelah melihat perjuangan membaling batu kepada orang-orang Israel ini adalah tidak berjaya. Tindak balas Briged al-Qassam dengan menyerang ke atas wilayah Israel ini adalah kesan daripada nasib orang-orang Islam yang ditindas di Tebing Barat yang tidak dilindungi oleh mana-mana angkatan tenteranya sendiri.

Secara mudahnya, Hamas akan bertindak apabila orang-orang Islam di Tebing Barat ditindas oleh Israel. Kadang-kadang kita juga akan terfikir mengapa Hamas cuba melancarkan serangan ke atas penduduk Israel walhal dianya sendiri tidak kuat untuk berhadapan dengan Israel. Sebenarnya, Israel lebih bertindak biadap dengan orang Islam contohnya menyerang orang Islam yang beribadat di Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadhan walhal orang-orang bukan Islam dilarang masuk di perkarangan tempat suci ini. Apabila orang-orang Islam diganggu di sini, ketika inilah Hamas cuba bertindak balas dengan menyerang balik orang-orang Yahudi.

Sebenarnya, dalam Islam itu sendiri terdapat tokoh pembaharuan dalam agama yang akan muncul setiap 100 tahun. Ada pendapat kali terakhir ialah pada tahun 1917, 1924, ataupun 1927 yang muncul daripada Daulah Uthmaniyah. Tetapi saya juga ada pernah mendengar bahawa Imam as-Syahid Hassan al-Banna merupakan tokoh pembaharuan dalam Islam pada abad ke-20. Atas perkiraan, Sheikh Ahmad Yassin berpendapat orang-orang Islam boleh berperang dengan Israel kerana perdamaian melalui jalan perundingan adalah mustahil dengan Israel.

Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John. F. Kennedy, “Jangan biar orang Yahudi menguasai industri perfileman dan media massa di Amerikat Syarikat. Jika tidak, bangsa Amerika Syarikat akan dijajah oleh bangsa Yahudi.” Kata-kata ini benar terjadi apabila serangan Hamas dilancarkan pada 7 Oktober 2023, naratif dicipta bahawa Israel menjadi mangsa kekejaman Hamas walhal segala kekejaman Israel ke atas orang awam Palestin kebanyakannya ditutup. Kebanyakan media-media Barat pula pelabur-pelabur utamanya adalah orang Yahudi.

Hamas memilih untuk melancarkan serangan pada 7 Oktober 2023 kerana ini adalah bertepatan dengan hari Sabtu di mana titik kelemahan orang Yahudi adalah pada hari Sabtu di mana mereka menyambut festival pada hari ini. Agen perisikan Israel iaitu Mossad sekalipun tidak dapat menghidu serangan akan dilancarkan pada 7 Oktober 2023 oleh Hamas.

Harus diingat bahawa pejuang-pejuang Hamas ini berjuang atas dasar tawakal dan bukannya atas dasar logik. Jika berfikir secara logik, sudah tentu mereka akan kalah berdepan dengan Israel secara terang-terangan. Hamas hanya berjaya membunuh seramai 700 orang Israel yang kebanyakannya adalah tentera. Sehingga sekarang, seramai 29,000 penduduk Palestin yang syahid dibom oleh tentera Israel. Para pejuang Hamas ini berperang atas dasar tawakal untuk merampas semula tanah air mereka di samping mereka ditindas selama berpuluh-puluh tahun oleh Israel. Mereka tiada jalan lain selain daripada berperang kerana jalan untuk mendapat keadilan telah gagal sama sekali.

Perang akan mungkin berpanjangan lagi walaupun bulan Ramadhan menjelma tidak lama lagi. Para strategis Hamas sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri dalam usaha untuk menentang Israel yang dibantu oleh sekutu rapatnya iaitu Amerika Syarikat.

Wallhua’lam.             

https://wankamarul701.blogspot.com

No comments: