Friday, February 16, 2024

Mengapa Mesir Tidak Membantu Palestin?

 


Sejak perang Hamas – Israel meletus pada 7 Oktober 2023 lepas, Mesir dilihat berdiam diri daripada untuk membantu Hamas dan Palestin daripada serangan Israel khususnya bantuan persenjataan.

Sebenarnya, Mesir mengalami kemelesetan ekonomi sejak tahun 2012 selepas berlakunya Arab Spring untuk menjatuhkan kepimpinan Hosni Mubarak. Kemudian, negara Mesir mengalami pergolakan politik apabila Dr. Morsi dijatuhkan dan digantikan dengan Jeneral al-Sisi. Mesir menjadi antara negara termiskin di dunia apabila kadar kemiskinan negara ini mencecah 50 peratus ketika ini. Jika Mesir memasuki perang sekalipun, Mesir kemungkinan hanya mampu untuk bertahan selama 60 hari sahaja. IMF sekalipun tidak mahu memberi pinjaman kepada Mesir sebanyak USD 4 bilion kerana ekonomi negara ini tidak stabil dan bimbang sekiranya hutang ini tidak dapat dibayar balik.

Begitu juga dengan negara umat Islam yang lain, walaupun mereka mempunyai wang, negara-negara ini tidak mempunyai teknologi untuk membangunkan senjata sendiri. Jika hendak membeli dari negara-negara Eropah adalah tidak mungkin kerana negara Eropah ini semuanya adalah pro-Israel.

Jika dibuat perbandingan antara Mesir dan Israel, Israel adalah terlalu jauh dalam persenjataan di mana Israel merupakan sebuah negara membangunkan teknologi senjata yang disokong oleh Amerika Syarikat United Kingdom, Belanda, dan Jerman. Dari segi kewangan, Israel mempunyai dananya tersendiri iaitu sebanyak USD 58 bilion untuk tahun 2024. Tambahan pula Amerika Syarikat memberi bantuan sebanyak USD 17.4 bilion kepada negara ini. Berbanding dengan Mesir, USD 4 bilion sahaja pun terpaksa mengemis daripada IMF.

Untuk mengelak perang , Mesir terpaksa menerima perlarian Palestin dari Gaza untuk tinggal di negaranya. Jika keadaan tidak boleh dielak sekalipun, Mesir terpaksa mengambil risiko untuk berperang dengan Israel jika Israel cuba menceroboh negaranya ketika ini.

Wallhua’lam.             

https://wankamarul701.blogspot.com

No comments: