Sebelum
kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita meninjau semula tahap-tahap
pendidikan di sekolah di negara ini.
Sekolah
Rendah Tahap 1 – Darjah 1 hingga Darjah 3
Sekolah
Rendah Tahap 2 – Darjah 4 hingga Darjah 6
Sekolah
Menengah Rendah (SMR) – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
Sekolah
Menengah Atas (SMA) – Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
Harus
kita sedari bahawa matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang
universal yakni matapelajaran yang wajib dan sentiasa dipelajari dari Sekolah
Rendah sehinggalah Sekolah Menengah. Dengan kata lain, tahap pembelajaran
matematik ini akan semakin sukar dari suatu peringkat ke suatu peringkat yang
lain.
Subjek
matematik bukannya subjek yang dipelajari pada tahap-tahap tertentu sahaja
seperti geografi, kemahiran hidup yang hanya dipelajari sewaktu peringkat
Sekolah Menengah Rendah sahaja. Manakala subjek sejarah hanya dipelajari ketika
di sekolah menengah dan bukannya sewaktu sekolah rendah.
Jika
seseorang pelajar itu adalah lemah dalam subjek matematik ketika belajar Tahap
1 di sekolah rendah, maka dia akan sukar untuk mempelajari dan menguasai subjek
matematik ketika berada di Tahap 2.
Begitu
jika seseorang pelajar tidak dapat menguasai matapelajaran matematik ketika
belajar peringkat SMR, maka dia akan sukar mempelajari matematik peringkat SMA
apatah lagi subjek-subjek di peringkat SMA memerlukan asas algebra yang kukuh
untuk menguasai matapelajaran elektif seperti Matematik Tambahan, Fizik,
ataupun Kimia.
Oleh
itu, tidak hairanlah apabila pelajar-pelajar sentiasa gagal dalam ujian mahupun
peperiksaan dalam subjek-subjek sains yang kritikal ini khususnya Matematik
Tambahan, Fizik, ataupun Kimia.
Ilmu
algebra merupakan ilmu asas untuk menguasai matematik. Contohnya adalah persamaan
serentak, kuasa dua, pecahan, dan sebagainya di peringkat SMR. Jika seseorang
pelajar itu lemah dalam menguasai topik-topik ini, bagaimana seseorang pelajar
itu boleh menguasai subjek matematik pada peringkat seterusnya yakni peringkat
SMA?
Pelajar-pelajar
harus diberi penekanan dan perhatian guru dan ibu bapa untuk menguasai ilmu
algebra matematik sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila dapat menguasai matapelajaran
matematik sejak bangku sekolah rendah lagi, maka tahap kesukaran untuk
menguasai subjek matematik di peringkat sekolah menengah dapat dikurangkan.
Apa
yang membimbangkan ialah latar belakang pendidikan ibu bapa itu sendiri. Jika
ibu bapa mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, maka ia tidak akan
menjadi masalah untuk mengajar anak-anak membuat latih tubi matematik di rumah.
Jika ibu bapa yang berada di kawasan pedalaman, maka mungkin sukar untuk
mengajar anak-anak mereka untuk membuat latihan matematik melainkan
mengharapkan pengajaran guru di sekolah semata-mata.
Tahap
pendidikan negara adalah digubal bagi tempoh setiap 10 tahun sekali di mana
tahap pendidikan ini adalah dinaikkan dari semasa ke semasa. Mungkin hari ini
tahap pembelajaran matematik darjah 6 adalah sama dengan tahap kesukaran
matematik tingkatan 2 10 tahun dahulu. Ia memerlukan proses penaakulan,
menganalisis, dan pengiraan yang lebih tinggi lagi.
Oleh
itu, penekanan asas algebra yang kukuh perlu diterapkan sejak permulaan sekolah
lagi agar pelajar tidak tercicir dalam pelajaran pada peringkat seterusnya.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment