Adakah
anda perasan bahawa kereta-kereta Dutson yang dibeli pada tahun 1970-an masih
boleh berada di atas jalan raya pada hari ini sedangkan usianya sudah melebihi
30 tahun? Malah mileagenya sudah mencecah 590,000 km!
![]() |
Kereta Dutson tahun 1978 untuk dijual pada harga RM2,500. Mileagenya sudah mencecah 590,000 km! Sumber : carlist.my |
Sebenarnya,
ini adalah teori ekonomi kereta untuk pengeluar-pengeluar produk atau spare
part kereta untuk kita fikirkan bersama.
Tahukah
anda sebenarnya kereta-kereta yang dibuat pada tahun 1970-an adalah direka
supaya ia boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Dengan kata lain, ia
mempunyai kualiti yang sangat tinggi.
Malangnya,
apabila produk-produk atau spare part kereta ini tahan lama, ia sebenarnya
membuatkan keadaan di mana pengeluar-pengeluar produk kereta tidak dapat
menjana ekonomi mereka. Keadaan ini di mana pemilik-pemilik kereta tidak akan
menukar spare-part kereta mereka kerana spare-part kereta mereka adalah sukar
untuk rosak.
Apabila
diadakan persidangan automobil di Jepun, semua pengeluar-pengeluar kereta telah
bersetuju supaya barangan spare-part yang dikeluarkan oleh syarikat masing-masing
hanya boleh bertahan hanya sehingga tempoh 5 tahun sahaja.
Ini
akan membuatkan semua pemilik kereta akan menukar spare-part kereta mereka setiap
5 tahun apabila ianya rosak. Secara tidak langsung, ini akan menjana ekonomi
syarikat-syarikat pembuat kereta kerana barangannya sentiasa ada permintaan.
Jika
anda tidak percaya, apakah spare-part kereta anda tidak pernah rosak apabila
usianya sudah mencecah 5 tahun?
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment