Tuesday, April 26, 2016

Mendapat Input-input Penulisan daripada Youtube

Kita sudah biasa mendengar bahawa masa tidak boleh dibeli dengan emas. Tetapi, bagi saya masa boleh dibeli dengan teknologi. Pemasaran menggunakan teknologi terkini sebagai contohnya boleh mempercepatkan jualan sesuatu produk.

Jangan lupa dengan Youtube kerana ia boleh mempercepatkan juga sesuatu jalan. Dengan kata lain, pembeli boleh melihat sesuatu produk sebelum dibeli dengan melihat di dalam Youtube seperti dahulu.

Namun, pada kali ini saya bukanlah bermaksud ingin bercakap mengenai penjualan produk ataupun pemasaran dalam Youtube. Tetapi mencari input-input penulisan daripada ceramah-ceramah yang berada dalam Youtube.

Ceramah-ceramah dalam Youtube banyak yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mempunyai latar belakang yang profesional seperti pensyarah, trainer, dan sebagainya.

Kadang-kadang banyak juga input-input yang disampaikan, bergantung kepada durasi ceramah yang disampaikan.

Sebenarnya, apabila kita menonton ceramah-ceramah yang disampaikan oleh tenaga-tenaga profesional ini, secara tidak langsung kita telah menjimatkan masa pembacaan kita untuk mentelaah buku-buku baru.

Ceramah-ceramah yang disampaikan ini mungkin kita tidak biasa dengar dan mungkin juga tiada dalam Google. Sudah tentu mereka telah membuat kajian yang mendalam mengenai bidang atau pengkhususan mereka.

Ada baiknya kita menggunakan kemudahan Youtube ini untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.my

No comments: