Monday, May 2, 2016

Roxolana vs Rosmah


Kalau disebut mengenai Rosmah Mansor, anda tentu kenal sebab dia merupakan bini Mohd. Najib. Apatah lagi sering dihimpit dengan isu-isu sensasi seperti boleh membeli sebentuk cincin yang berharga RM24 juta yang kononnnya dikumpul sejak dari kecil. Namun, saya tidak berminat untuk menyentuh hal-hal peribadi dia. Biarlah urusannya dengan Tuhan dan lakinya.

Siapa pula Roxolana? Anda sudah tentu tidak mengenalinya. Sekali tengok, nama ada ala-ala orang Eropah. Tetapi, dia (Roxolana) sebenarnya adalah isteri kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni (r. 1520-1566) ketika Khilafah Uthmaniyah sedang melalui zaman kegemilangannya. Roxalana sebenarnya adalah seorang hamba di dalam istana Uthmaniyah dan kemudiannya boleh menaiki dalam sistem hierarki istana sehingga boleh menjadi isteri pertama Sultan kerana mempunyai kemahiran berpolitik yang tinggi.

Roxolana isteri Sultan Sulaiman al-Qanuni

Tetapi, tahukan kita semua, kejayaan Khilafah Uthmaniyah ketika melalui zaman kegemilangannya adalah ketika dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni. Namun, di sebalik kegemilangan ini ialah isteri Sultan Sulaiman iaitu Roxolana telah mencampuri urusan kerajaan.

Pelik bukan? Apabila isteri pemerintah dikaitkan dengan campur tangan urusan kerajaan, maka umum mengetahui bahawa pentadbiran kerajaan tersebut akan menjadi kucar-kacir.

Lebih daripada itu, Roxolana sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menjaga hubungan diplomatik Khilafah Uthmaniyah. Beliau juga sering menjadi wakil Sultan Sulaiman dalam urusan hubungan luar. Tidak kurang daripada itu, Roxolana juga memainkan mempengaruhi perjanjian genjatan senjata yang diadakan antara Uthmaniyah dan Poland pada tahun 1525, 1528, dan 1533.

Apabila Sultan Sulaiman berada di luar istana kerana terlibat dalam pelbagai kempen peperangan, Roxolana sering mengutus surat kepada baginda memaklumkan isu-isu semasa yang terjadi di ibu negara dan memaklumkan perkara-perkara yang memerlukan perhatian segera.

Campur tangan Rosmah Mansor dalam pentadbiran kerajaan yang boleh dilihat satu kejayaan ialah beliau berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap oleh Kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi perisik setelah menghubungi isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak ketika itu.

Ketika berlakunya pemberontakan Arab atau Arab Spring, ramai pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir. Dengan pengaruh Rosmah, dia berjaya mempengaruhi Kerajaan Arab Saudi menyediakan dua buah jet jumbo untuk memindahkan pelajar-pelajar ini ke Jeddah tanpa memiliki sebarang visa.

Di sini, saya melihat terdapat satu titik persamaan antara Roxolana dan Rosmah – mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. Walaupun jauh api dari panggang bagi kedua-dua wanita ini, namun dapat dilihat persamaan di sini.

Rosmah juga mempunyai latar pendidikan yang baik di mana dia belajar di sekolah elit iaitu Kolej Tunku Kursiah atau TKC. Bini Mohd. Najib ini juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Sosiologi dan Pertanian daripada Universiti Lousiana, Amerika Syarikat.

Unsur negatif bahawa urusan kerajaan akan menjadi bercelaru kerana campur tangan isteri pemimpin dalam pentadbiran kerajaan adalah tidak benar jika kita melihat sejarah Kerajaan Uthmaniyah.

Pun begitu, unsur-unsur negatif apabila campur tangan seorang isteri pemimpin kerajaan adalah tidaklah disokong seperti berbelanja menggunakan wang rakyat untuk majlis perkahwinan anak, tidur di bilik rehat dengan menelan belanja RM65,100 satu malam, berbelanja butik sebanyak Rm325,000, dan sebagainya.


Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my

No comments: