Tuesday, May 17, 2016

Wahyu daripada Allah, Wahyu daripada Syaitan

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang dalam hidup kita berlaku keajaiban yang melampaui sempadan akal fikiran kita. Saya rasa anda juga pernah merasakan perkara ini hidup sepanjang hidup anda.
 
Jika nabi dan rasul, ia dikenali sebagai mukjizat. Mustahil mukjizat boleh berlaku pada zaman ini kerana nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita sejak 1,400 tahun yang lepas.

Perkara ini juga sinonim dengan perkara-perkara seperti keramat, wali, dan sebagainya. Persoalannya bagaimanakah kita ingin mengetahui sesuatu yang terjadi itu memang sebenarnya perkara yang benar dan bebas daripada pengaruh syaitan, sihir, dan sebagainya?

Haruslah kita fahami bahawa perkara-perkara keajaiban ini berlaku tanpa ada sebarang usaha. Ianya tiada sebarang ikhtiar seperti bomoh-bomoh atau pawang-pawang yang membaca jampi serapah untuk melakukan sesuatu perkara. Dengan kata lain, wahyu dari Allah s.w.t. ini adalah di luar ikhtiar kita sendiri.

Seterusnya, wahyu dari Allah s.w.t. ini juga datang kadang-kadang. Ianya tidak akan datang secara waktu tertentu secara khusus sama ada setiap minggu, bulan, atau sebagainya.

Jika ada tanda-tanda seperti ini, yakinlah bahawa wahyu tersebut adalah dari Allah s.w.t. apabila ia menjelma dalam hidup kita.

Wallhua’lam.

 

http://wankamarul701.blogspot.my
 

No comments: