Dalam Perang Iran-Iraq yang berlangsung selama 10 tahun pada tahun 1980 –
1988 kerana berebut kawasan perairan Shatt al-Arab yang menyaksikan kematian
400,000 umat Islam yang bertelagah sesama sendiri.
Kedua-dua pihak hanya berputih mata melalui perang ini kerana perairan ini
akhirnya diisytiharkan antarabangsa manakala Iran dan Iraq mencapai kata
sepakat untuk membuat genjatan senjata di bawah PBB.
Iraq yang mengalami perang selama 8 tahun ini memerlukan duit yang banyak
untuk memulihkan ekonominya. Sumber ekonomi yang begitu ampuh bagi memulihkan
ekonomi Iraq tidak lain dan tidak bukan ialah emas hitam yakni minyak.
Malangnya pada tahun 1990-an, Kuwait telah mengeluarkan minyak mentah
secara berlebihan sedangkan permintaan adalah kurang. Ini menyebabkan Iraq
tidak dapat untuk membuat keuntungan daripada hasil jualan minyaknya. Secara
tidak langsung, Iraq mengambil keputusan untuk menyerang Kuwait.
Kesempatan ini telah diambil oleh Amerika Syarikat untuk menyerang semula
Iraq. Malah, Amerika juga disertai oleh sekutu negara-negara Arab seperti Arab
Saudi, Syria, Mesir, Syria, UAE, dan lain-lain lagi selain daripada
negara-negara Eropah yang lain.
Bagi memecah pakatan Amerika Syarikat-Negara-negara Arab ini, Saddam
Hussein merancang untuk mengheret Israel memasuki kancah peperangan ini. Apabila
Israel menyertai pakatan Amerika Syarikat, secara automatiknya negara-negara
Arab tidak akan bersekongkol dengan Israel untuk menyerang Iraq. Ini merupakan
seorang strategis yang berani dan tegas oleh Saddam untuk melancarkan perang ke
atas Israel. Oleh sebab itu, Saddam Hussein bersama pemimpin-pemimpinnya yang
lain melancarkan peluru berpandu Scud ke atas Israel.
Israel yang dikatakan mempunyai sistem pertahanan yang canggih di dunia
tidaklah sehebat mana kerana berjaya ditembusi oleh 39 buah peluru berpandu
jenis Scud dari Iraq. Hakikatnya ia tidaklah sehebat mana. Walaupun pada
mulanya Iraq menggembar-gemburkan bahawa pelurunya racun yang boleh memusnahkan
sistem saraf manusia, ia tidaklah mempunyai apa-apa melainkan sekadar bom
sahaja kerana bimbang Israel akan melancarkan nuklear ke atasnya semula.
Walaupun Iraq telah kalah perang teluk pertama. Ia masih memenangi
kemenangan moral. Kekalahan Saddam bukanlah secara total sehingga terpaksa
melepaskan kuasa politik kepada Amerika Syarikat seperti yang berlaku pada
tahun 2003 malah terus berjaya mengukuhkan kedudukan beliau. Tetapi, ia
menyaksikan perletakan jawatan Presiden Amerika Syarikat iaitu George H. Bush
(Bapa George W. bush) dan Perdana Menteri Britain ketika itu iaitu Margaret
Thatcher.
Iraq didenda dalam perang ini dengan perlu membayar ganti rugi ke atas
kemusnahan yang dilancarkan ke atas Israel di mana Iraq perlu membayar 10
bilion Dolar ke atas setiap peluru berpandu Scud yang dilancarkan ke atas
Israel. Wang ini digunakan oleh Israel untuk terus membina
penempatan-penempatan baru di Tebing Barat (Kurang ajar kan?)
Walaupun begitu, Iraq menang daripada segi moral daripada peperangan ini
kerana berjaya menerobos sistem pertahanan Israel.
No comments:
Post a Comment