Rakan saya mencadangkan supaya penulisan buku saya pada masa
hadapan adalah perlu lebih tertumpu kepada pengalaman saya. Jika nak hendak
diikutkan kepada pengalaman, bermakna saya perlu menunggu 30 tahun lagi untuk menulis
buku. Fikir saya. Jawab saya ialah saya perlu membaca lebih banyak bahan bacaan
dengan menumpukan kepada bahan-bahan bacaan yang berkualiti. Antaranya ialah
dengan membaca buku-buku kewangan yang terbaik sepanjang zaman yang banyak
berada di pasaran dengan menggabungkan pengalaman saya yang sedia ada.
Jika kita melihat buku Azizi Ali yang bertajuk Jutawan
Hartanah, beliau menceritakan pengalamannya dalam menguruskan hartanah sejak
tahun 1980-an lagi yakni sejak 30 tahun yang lepas. Wajarkah saya menunggu 30
tahun lagi untuk mengemaskini buku kewangan saya yang bertajuk ‘Biar Sedikit,
Asal Diberkati’ yang sedang berada di pasaran sekarang. Sudah tentu tidak. Ini
sudah tentu jalan yang paling konservatif jika betul-betul untuk mendapatkan
pengalaman jika ingin mengemaskini buku tersebut. Paling lewat sekalipun, saya
perlu mengemaskini buku tersebut pada 2 tahun akan datang supaya ia sentiasa
segar berada di pasaran.
Apa pun memerlukan strategi. Jika dilihat sekarang. Syarikat
saya bekerja sekarang perlu membayar dana Kerajaan berjumlah RM1 bilion kepada
Kerajaan dalam tempoh masa 10 tahun. Namun ada yang berpendapat ianya
memerlukan strategi untuk menyelesaikan hutang bagi tempoh kurang 10 tahun jika
ingin memastikan syarikat ini betul-betul merdeka daripada Kerajaan walaupun
terdapat kekangan dalam kewangan semasa.
Umpama hutang kereta yang mempunyai tempoh 9 tahun yang perlu
dibayar kepada pihak bank. Jika kita ingin betul-betul ingin mengikut jadual
bayar balik, ianya memang tiada masalah. Bagaimana pula jika kita ingin
membayar hutang tersebut kurang daripada 9 tahun tanpa membuat hutang lain?
Salah satunya ialah kita menambah ansuran bulanan RM50 setiap tahun. Tidak pun
membayar secara lump sum jika mendapat pampasan daripada Kerajaan apabila tanah
di hadapan rumah kita dilanggar untuk melebarkan jalan raya sedia ada.
Tun Dr. Mahathir telah menubuhkan banyak institut latihan untuk
sektor kerajaan dan swasta contohnya INTAN, latihan kehakiman, latihan guaman,
bank-bank, dan sebagainya. Ini adalah untuk melahirkan orang-orang yang mahir
dalam profesion masing-masing dalam masa 1-2 tahun dengan mendapat latihan
secara teratur. Tujuannya adalah untuk cat-up ataupun untuk mengejar
orang-orang yang telah maju ke hadapan tanpa menunggu 10, 20, atau 30 tahun
akan datang. Ini sudah tentu akan melahirkan profesional-profesional yang
berkualiti dalam tempoh yang singkat.
Kita
juga tidak dapat lari daripada perkara ini dalam bisnes buku. Secara normalnya,
kita boleh menulis sebuah buku dalam masa satu tahun. Jika kita ingin
mempercepatkan penulisan kita, kita boleh membentuk sebuah pasukan penulis
bersama yang terdiri daripada 2-3 orang dengan membahagikan bilangan bab-bab tertentu
bagi setiap orang untuk menyiapkan dan menghasilkan buku dengan cepat.
Apapun
kita perlu mempunyai strategi untuk maju ke hadapan dengan lebih cepat tanpa
mengikut jalan yang konservatif. Strategi pula perlu mempunyai perancangan yang
rapi, tersusun, dan konstruktif agar matlamat kita tercapai. Insya-Allah,
dengan jalan yang betul kita akan mencapai semua matlamat dalam kehidupan kita.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment