Antara tip murah rezeki yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran
ialah dengan mengutamakan solat yakni menunaikan solat pada awal waktunya.
Lebih-lebih menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Jika kita menunaikan
solat pada awal waktu, kita akan terasakan waktu kita akan terasa panjang.
Namun begitu, ia buka terbatas pada solat fardhu sahaja bahkan sunat
seperti solat dhuha yang ditunaikan pada setiap hari jika ditunaikan pada awal
waktunya sekalipun, kita tidak rasa kelam kabut bahkan merasakan waktu kerja
kita masih panjang jika ditunaikan pada awal waktu. Walaupun waktu dhuha boleh
ditunaikan selepas 28 minit waktu syuruk sehingga waktu Zohor, namun waktu
fadhilatnya adalah sekitar jam 8 – 10 pagi.
Menunaikan solat fardhu atau sunat pada awal waktunya sebenarnya boleh
menambah keberkatan masa. Harus kita fahami bahawa keberkatan masa itu bermakna
pertambahan (ziyadah), kekal, dan tempoh masa yang terisi dengan
kebaikan-kebaikan. Kita merasakan masa menjadi panjang dan rasa cukup untuk
menyiapkan kerja-kerja dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.
Oleh itu, tidak hairanlah kita apabila melihat seseorang itu sentiasa
sibuk, mereka tetap akan berjaya menyiapkan kerja-kerja mereka walaupun
berpangkat besar, anak ramai, dan sebagainya di samping menyiapkan kerja-kerja
sampingan yang lain seperti menulis banyak buku, menjayakan program luar, dan
sebagainya.
Justeru itu, haruslah kita menjaga perintah Allah s.w.t. dan tidak leka
dengan dunia agar keberkatan sentiasa mengikuti kita. Benarlah kata-kata hadis
bahawa apabila kita mengejar dunia, dunia dan akhirat akan meninggalkan kita.
Jika kita mengejar akhirat, maka dunia dan akhirat akan mengejar kita.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment