Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Memang benar setiap Kerajaan di dunia ini akan jatuh dan tiada kekal abadi. Apa yang membezakan sesuatu kerajaan dengan kerajaan yang lain ialah tempoh ia berkuasa. Ada yang lama dan ada yang pendek. Salah satu Kerajaan yang antara paling lama kekal di dunia ialah Kerajaan Uthmaniyah di mana ia kekal selama 625 tahun iaitu dari tahun 1299 sehingga 1924.
Namun begitu, banyak faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi 3 benua iaitu Eropah, Timur Tengah, dan Afrika. Salah faktor kejatuhannya ialah kenaikan harga barang-barang yang menyusahkan rakyat. Kerajaan Uthmaniyah tidak mengalami kenaikan harga barang selama 400 tahun berturut-turut sebelum bermula era kejatuhannya.
Faktor ini dapat dijadikan pengajaran kepada pemimpin negara hari ini yang sentiasa menaikkan harga barang ekoran pemotongan subsidi dari semasa ke semasa. Akhirnya ia menjerut kehidupan rakyat yang menyebabkan rakyat semakin sengsara. Semoga pemimpin negara perlu mencontohi kejatuhan Khilafah Uthmaniyah dalam mentadbir negara.
Wallhua'lam.
No comments:
Post a Comment