Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Apabila tiba sahaja musim tahun baru maka muncul pula isu
status halal haram Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) walaupun isu ini selalu
timbul setiap tahun. Mengapa kita masih memperdebatkan hukum ASNB ini walhal ia
telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Negeri masing-masing.
Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ianya harus manakala Majlis Fatwa Negeri
Selangor mengatakan ianya haram.
Bergantung kepada kita ingin ikut fatwa yang mana satu.
Tidak perlu bergaduh satu sama lain. Jika ingin mengatakan bahawa ASNB haram,
maka melabur sahaja dalam Tabung Haji. Habis cerita.
Namun begitu, timbul pula tohmahan oleh sesetengah pihak
bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menjustifikasikan bahawa pelaburan ASNB adalah
harus kerana tekanan faktor politik oleh parti pemerintah. Apa yang peliknya
tohmahan ini hanya dibuat oleh golongan yang tidak terlibat secara langsung
dalam mengeluarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Saya lebih tertarik dengan hujah Dr. Asri Zainal Abidin
di mana beliau terlibat sendiri secara langsung dalam mengeluarkan hukum ASNB.
Apa yang menyebabkan ASNB haram ialah ia terlibat dalam perbankan konvensional
di mana dana yang besar ini diletakkan di sini. Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan
ialah sekiranya ASNB ingin betul-betul halal maka sebanyak 40 buah Bank Islam diperlukan untuk meletakkan dana ASNB
ini. Oleh kerana bilangan Bank Islam tidak cukup maka bank yang sanggup
menerima dana ASNB ini ialah pihak Maybank.
Selain itu, Pemodalan Nasional Berhad (PNB) ASNB
bertanggungjawab untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia. Maka jika
difatwakan haram hukum pelaburan ASNB ini, maka ia akan membawa keruntuhan ekonomi umat Islam di Malaysia kerana dana ASNB
ini adalah terlalu besar.
Selain itu, walaupun dana ASNB ini diletakkan di bawah
perbankan konvensional namun jumlah pelaburan di tempat yang tidak patuh
syariah adalah kurang daripada tempat yang patuh syariah. Ini berdasarkan
kepada dalil firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 219 iaitu :
“Mereka bertanya
kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada
dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya
lebih besar daripada manfaatnya…”
Dalam ayat di atas, arak dan judi diharamkan
kerana keburukannya adalah lebih banyak daripada kebaikannya. Ini dapat dilihat
bahawa kebaikan arak ialah dapat meningkatkan kadar metabolisme seseorang. Di
sebuah perkampungan di Mexico, tiada seorangpun yang diserang penyakit jantung
kerana semua penduduk minum arak.
Atas dasar ini, tempat pelaburan ASNB yang patuh syariah adalah lebih banyak daripada
tidak patut syariah di mana nisbahnya ialah 80 : 20. Oleh itu, pelaburan dalam ASNB difatwakan sebagai harus.
Terpulanglah kepada kita sama ada ingin
mengikut fatwa pelaburan ASNB itu adalah harus ataupun sebaliknya kerana para
ulama’ mengeluarkan fatwa mengikut hujah masing-masing. Apa yang penting ialah
janganlah kerana benda-benda khilaf ini kita tidak dapat bergerak maju ke
hadapan.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment