Buku-buku yang Terdapat di Pasaran pada Tahun 2010
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Di Malaysia sebanyak 16,000 judul buku setiap tahun dengan industri jualan buku ialah sebanyak RM400 juta setahun. Rata-ratanya rakyat Malaysia suka membaca buku agama, sastera, dan novel. Sepanjang tahun 2009 sebanyak 2,788 buah buku novel dan sastera diterbitkan dan 1,409 buku judul agama diterbitkan. Pada tahun 2008, sebanyak 16,044 judul buku diterbitkan di Malaysia. (Baca sini)
Kita sebagai insan biasa mempunyai 24 jam sehari. Ada 2 mata dan 2 tangan. Memang agak terbatas dan mustahil untuk membaca buku dengan jumlah yang amat banyak. Jika kita secara puratanya membaca sebuah buku setiap bulan, maka kita hanya mampu untuk mampu untuk membaca 12 buah buku setiap bulan. Apatah lagi jika dibandingkan dengan 16,000 buah buku diterbitkan setiap tahun.
Jika saya lalu sahaja kedai buku pasti ada sahaja buku-buku terbaru yang berada di pasaran. Bagaimana hendak membeli buku baru sekiranya masih ada buku belum habis dibaca di rumah? Sememangnya lautan ilmu itu sangat luas. Pendek kata, kita tidak akan terkejar untuk menguasai ilmu di dunia ini sehingga ke akhir hayat.
Wallhua'lam.
No comments:
Post a Comment