Mengikut kajian yang pernah dibuat di Amerika Syarikat,
kebanyakan orang hanya membaca 10 peratus sahaja kandungan daripada sesebuah
buku. Saya juga mendapati ramai rakan-rakan saya yang tidak menghabiskan bacaan
sesebuah buku yang diperolehi oleh mereka sama ada dibeli ataupun dipinjam.
Pendek kata, anda telah membazir wang anda sekiranya anda membeli buku tetapi
tidak membelinya.
Sudah semestinya kita akan menjadi ghairah apabila
terjumpa buku terbaru yang tersusun rapi di kedai-kedai buku sama ada di
Popular, MPH, dan sebagainya. Rasa-rasanya ingin membeli semua buku yang
terdapat di sesebuah kedai buku. Benar sabda Nabi Muhammad s.a.w. iaitu :
“2 perkara yang tidak akan kenyang
apabila dituntut iaitu harta dan ilmu.”
Baiklah, saya akan berkongsikan bagaimana saya
menghabiskan bacaan sesebuah buku. Jika saya membeli sesebuah buku, saya akan
membacanya daripada kulit depan sehingga kulit belakang. Ini juga bermakna saya
akan membaca glosari di bahagian belakang buku. Saya tidak mahu membazirkan
setiap sen wang saya kerana setiap sen wang saya adalah bernilai apabila
membeli sesuatu. Berikut adalah tip yang boleh dikongsi bersama bagaimana saya
membaca sesebuah buku :
1. Membaca 10
muka surat sehari
Ini adalah perkara asas yang dilakukan oleh saya apabila
membaca sesebuah buku. Setiap hari saya akan membaca sebuah buku sebanyak 10
muka surat sehari – tidak kira sama ada sibuk ataupun tidak. Tidak kira sama
ada hari bekerja ataupun hari hujung minggu saya tetap akan membaca 10 muka
surat sehari. Terbaru saya baru selesai membaca buku Zainuddin Maidin iaitu Di Belakang Api, Di Depan Duri : Kisah
Sejarah Utusan Melayu yang mempunyai muka surat sebanyak 512 muka. Ini
bermakna saya mengambil masa selama 51 hari untuk menghabiskan membaca buku
ini.
Saya akan membaca buku mengikut disiplin dan tidak
membaca mengikut mood. Bayangkan sekiranya kita membaca sesebuah buku dengan
mengikut mood. Hari ini kita membaca 40 muka surat sekiranya rajin. Esok pula
membaca 10 muka surat sekiranya malas. Seterusnya lusa pula langsung tidak
membaca buku kerana terlalu malas. Oleh sebab itu saya membaca sesebuah buku 10
muka surat sehari supaya terus maintain sehingga selesai membaca sesebuah buku
tidak kira sama ada diri kita ini rajin ataupun malas. Prinsip yang saya
gunakan dalam kes ini ialah :
“Amalan yang dilakukan secara sedikit
tetapi berterusan disukai oleh Allah s.w.t. berbanding dengan amalan yang
dilakukan secara banyak tetapi tidak berterusan.” Maksud hadis
2. Sibuk
bukannya alasan utama
Ramai yang mengatakan bahawa mereka tidak dapat membaca
buku kerana terlalu sibuk. Hendak buat kerja. Hendak menjaga anak. Hendak
menjaga suami dan sebagainya. Oleh itu, saya mencadangkan anda supaya kita
membaca buku 10 muka surat sahaja sehari kerana ia akan mengambil tempoh masa
yang sekejap sahaja dalam sehari untuk membaca buku.
Orang yang berjaya ialah orang yang mentaati masa. Jika
kita tengok tokoh-tokoh yang berjaya, mereka berjaya kerana mentaati masa. Tun
Daim sewaktu menemui kebuntuan dalam perniagaan garamnya berjumpa Robert Kuok
untuk meminta nasihat beliau. Robert Kuok meletakkan jam di atas meja dan
memberikan masa sebanyak 1/2 jam kepada Daim untuk berbincang mengenai masalah
perniagaan beliau. Setelah masa berlalu, Robert Kuok memberitahu Daim bahawa
masa perbincangan telah tamat dan beliau terpaksa melayan tetamu lain yang
sedang menunggu sehingga Daim mengatakan bahawa, “Saya tidak pernah berjumpa
dengan seorang yang baik as suave as
Robert Kuok.”
Dr. Mahathir juga sewaktu dalam penerbangan yang jauh,
beliau selalunya bersekang mata merentasi zon masa dengan mentelaah buku
notanya, menulis ucapan, kertas kerja, artikel untuk surat khabar dan majalah.
Begitu juga mendiang Steven Jobs yang merupakan pemilik
syarikat Apple. Sewaktu beliau naik dari tingkat bawah untuk ke tingkat 40 di
dalam lif, beliau masih sempat membuat mesyuarat bersama pelanggannya di dalam
lif melalui presentation Power Point yang telah diringkaskan. Inilah contoh
tokoh-tokoh yang menghargai masa mereka.
Oleh itu, kita juga perlu menghargai masa kita dalam
sehari dan memperuntukkan membaca hanya 10 muka surat sehari. Rasanya masih
banyak masa terluang untuk kita membaca. Jika kita memberi alasan tiada masa
itu tidak dapat diterima kerana setiap manusia di muka bumi ini tidak kira sama
ada rakyat biasa ataupun raja, mereka tetap mempunyai masa 24 jam sehari. Tidak
lebih ataupun kurang walaupun seminit.
3. Paksa Diri
Sendiri
Tiada orang dapat memaksa diri kita sendiri untuk membaca
melainkan diri sendiri sahaja. Mahu tidak mahu kita perlu disiplinkan untuk
membaca. Sepertimana yang disebut sebelum ini iaitu kita perlu membaca hanya 10
mukasurat sehari. Pegang prinsip ini mengikut kata-kata imam al-Ghazali :
“Amalan yang dilakukan secara
berterusan akan menimbulkan keikhlasan di hati.”
Dengan memaksa diri kita sendiri, kita akan memaksa diri
kita tidak kira sama ada diri kita letih ataupun tidak dan sebagainya. Pendek
kata, kita akan berusaha untuk membaca 10 muka sehari untuk sebuah buku.
4. Setiap
Sesuatu Ada Awal dan Akhirnya
Kita perlu meyakini bahawa buku yang telah dibeli akan
tetap habis dibaca walaupun cepat ataupun lambat kerana salah satu tanda kewujudan
Tuhan ialah setiap sesuatu ada awal dan akhirnya. Kita hanya perlu kekalkan
sahaja membaca 10 muka surat sehari dan kita tetap akan habis membaca buku
tersebut pada suatu hari nanti. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
1 comment:
Nampaknya hobi Tuan ini memang kuat membaca...
Post a Comment