Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Akhirnya dapat juga saya membeli kamus Activator Longman.
Sudah lama tidak menggunakan kamus ini. Saya membeli kamus ini bertujuan untuk
mengasah Bahasa Inggeris saya yang sudah lama tumpul setelah lama tidak diamalkan
selepas ambil SPM 2002 dahulu. Maknanya sudah 11 tahun tidak belajar bahasa
inggeris. Untuk pandai bahasa inggeris, kita perlu mengamalkan bahasa inggeris.
Adakah anda tahu bahawa orang arab pun boleh bercakap bahasa melayu loghat
Kelantan. Itupun setelah 9 tahun belajar bahasa melayu. Caranya mudah sahaja
iaitu amalkan bahasa yang ingin pelajari setiap hari.
Baiklah apakah anda tahu itu kamus Activator? Saya baru
sahaja pergi kedai buku Kinokuniya petang tadi di KLCC. Saya cuba mencari di
Popular di The Curve tetapi tiada. Terdapat 3 jenis kamus Activator Longman ini
iaitu kamus poket (RM18.50), kamus untuk beginner & intermediate learner
(RM54.50), dan kamus untuk intermediate & advanced learner (RM110). Oleh
kerana ingin menjimatkan wang saya, saya ambil sahaja kamus poket RM18.50.
Murah pun murah kan?
Kamus ini saya gunakan sewaktu SPM 2002 dahulu. Ia memang
menarik jika digunakan untuk membuat esei khususnya. Dikatakan bahawa Kolej
Tunku Kursiah (TKC) di zaman saya belajar dahulu, setiap orang pelajarnya wajib
membeli dan menggunakan kamus ini.
Baiklah, apakah anda tahu apa itu kamus Activator ini dan
bagaimana untuk menggunakan kamus ini?
Katakan anda sedang mengarang esei bahasa inggeris dan
anda menggunakan perkataan interesting
(menarik). Sekiranya anda menggunakan perkataan interesting berulang-ulang
kali, ini akan membuatkan karangan anda tidak menarik dan menunjukkan anda
tiada vocab (ayat masa belajar dahulu). Kemudian, cuba anda gunakan kamus
Activator ini dan lihat perkataan
interesting. Didapati bahawa perkataan yang mempunyai makna yang sama
dengan interesting ialah :
i. Interest : There’s a film about bears on the TV
tonight. It my interest the children.
ii. Fascinating : Istanbul is a fascinating city.
iii. Intriguing : When I got home the was an intriguing
message on my answerphone.
iv. Stimulating : I would like to thank Professor Buchner
for his stimulating lecture.
Daripada di atas, kita dapati terdapat 3 perkataan lain
yang sinonim dengan perkataan interesting
iaitu fascinating, intriguing, dan stimulating. Ini bermakna kita boleh menggantikan 3 perkataan ini
untuk perkataan interesting. Menarik
bukan? Anda boleh cadangkan kepada anak atau ahli keluarga terdekat untuk
memperbaiki esei bahasa inggeris agar ia menjadi lebih menarik apabila
menggunakan kamus ini.
Apa pula kamus di bawah ini? Kamus ini ialah kamus yang
saya gunakan yang dibeli tahun 2003 yang lalu. Ini bermakna sudah 10 tahun saya
gunakan kamus ini iaitu dari saya belajar matrikulasi dahulu sehingga saya
membuat ijazah lanjutan secara part-time. Moga-moga saya boleh menggunakan
kamus ini sehingga bila-bila. Insya-Allah.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment