“Imam adalah laksana perisai yang dibelakangnya kamu
berperang dan mendapat perlindungan.” Riwayat Muslim.
Begitulah sanjungan Nabi Muhammad s.a.w. mengenai
perlunya ada seorang Khalifah Islam untuk melindungi umat Islam dan memastikan
tertegaknya syariat Islam. Namun, sistem pemerintahan berkhalifah hanya
bertahan sehingga 1924 selepas pemerintahan Khilafah Uthmaniah secara rasminya
dihapuskan oleh Mustafa Kamal Attaturk.
Siapakah sebenarnya yang mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniah?
Osman Gazi : Pengasas Khilafah Uthmaniah
Osman Gazi ialah Khalifah pertama Kerajaan Turki
Uthmaniah. Beliau sering berdamping dengan ulama’ yang bernama Edebali. Beliau
sangat menghormati ulama’ itu dan kerap berkunjung dirumahnya. Pada suatu
malam, setelah beliau pulang dari rumah Sheikh Edebali, beliau telah bermimpi.
Pada keesokan harinya, beliau menemui Syeikh Edebali dan menceritakan mimpinya
itu :
“Wahai Sheikh,
saya telah melihat kamu di dalam mimpi saya. Bulan timbul dari dada kamu dan
menjadi bunga mawar, lalu bunga itu hinggap di dada saya. Dari saya, ia
menumbuhkan sepohon pokok yang semakin lama semakin besar dan menghijau. Dahan
pokok itu semakin rendang dan menjadi sangat hebat. Bayangan dari dahan pokok
itu mampu menutupi sebahagian dunia. Apakah tafsiran mimpi saya itu?”
Selepas terdiam seketika, Syeikh Edebali memberitahunya :
“Saya mendapat
petanda yang baik, wahai Osman! Allah s.w.t. memberikan kamu pemerintahan yang
stabil hingga kepada anak cucu kamu. Sebahagian dunia ini akan berada di bawah
naungan generasi anda kelak. Bahkan, anak gadis saya juga bakal menjadi isteri
kamu.”
Selepas beberapa ketika, Sheikh telah memberikan anak
gadisnya yang bernama Bala Sultana kepada Osman untuk dikahwini. Hasilnya
mereka memiliki cahaya mata yang diberi nama ‘Alaudin. Pengasas Kerajaan
Uthmaniah ini memulakan penubuhan empayarnya dari Wilayah Anatolia dan tahun
pemerintahannya menjangkau sehingga 3 benua selama 600 tahun.
Osman Gazi memulakan empayarnya dengan bermula keluasan
seluas 4,800 km persegi. Sehingga akhir pemerintahan beliau, kawasan-kawasan
yang telah dibuka ialah seluas 16,000 km persegi. Khilafah Uthmaniah mencapai
zaman kegemilangannya sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman I (1520-1566) dan
mula mengalami kemerosotan sehinggalah tahun 1924 sebelum ia digantikan dengan
sistem Republik Turki.
Diadaptasi dari
: Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah (1299M-1453M)
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment