Istana Dolmabache - Lambang Cintakan Dunia (Gambar Wikipedia)
Salah satu faktor yang mempercepatkan proses pereputan
Khilafah Uthmaniah ialah sikap pemerintah-pemerintah dinasti akhir yang cintakan
dunia dan takutkan mati. Saya pernah membaca buku yang menceritakan bahawa
Sultan-sultan terakhir Uthmaniah terlalu cintakan dunia sehingga
wilayah-wilayahnya yang besar bukannya untuk dijadikan medan dakwah tetapi
tempat untuk mencari wanita-wanita untuk dijadikan gundik istana yang
ditempatkan di suatu tempat yang bernama Harem.
Apa yang lebih teruk lagi ialah akan terdapat pengawal
lelaki di mana kemaluannya adalah dipotong untuk menjaga gundik-gundik ini.
Tidak cukup dengan itu pemerintah-pemerintah dinasti terakhir Turki Uthmaniah
minum arak di dalam istana.
Pintu Masuk Istana Dolmabache (Gambar Utusan Malaysia)
Istana Dolmabahce yang didirikan untuk menggantikan
Istana Topkapi menyebabkan ekonomi Uthmaniah terjerat dalam perangkap hutang
yang sangat besar. Kos untuk membina istana ini ialah bersamaan dengan 35 juta tan emas di mana 1 tan adalah
bersamaan dengan 1,000 kilogram!
Istana ini dibina oleh Sultan Abdul Majid I yang
merupakan Sultan Uthmaniah ke-30 yang memerintah pada 1843 – 1856 dan
seterusnya menempatkan 5 orang sultan berikutnya sehingga tahun 1922. Ia mempunyai
keluasan 11.2 hektar, mempunyai 285 kamar, 44 dewan, 6 tempat mandi, dan 68
tandas.
Begitulah sikap pemerintah-pemerintah terakhir dinasti
Uthmaniah yang bermewah-mewah dengan harta dunia sehinggalah Uthmaniah terus
merosot dan akhirnya dihapuskan secara rasminya pada tahun 1924.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment