Dalam pengurusan kewangan kita, kita perlulah seimbang di antara jasmani dan rohani. Dalam aspek rohani, perkara yang paling penting sekali ialah kita perlu solat awal waktu kerana ia merupakan kunci mendapat kemurahan rezeki. Solat awal waktu juga merupakan sikap bagi orang-orang yang bertaqwa. Diceritakan kepada saya, ada seorang usahawan melayu yang berjaya yang tidak pernah meninggalkan solat berjemaah setiap hari dan setiap waktu solat. Itulah kuasa disiplin solat. Hebat bukan?
Imam Hassan al-Banna juga berpesan," Apabila mendengar azan, dirikanlah solat walau bagaimana keadaan sekali pun." Semoga kita dapat memperbaiki solat kita pada awal waktu dan sentiasa solat berjemaah untuk mendapat kemurahan rezeki. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment