Wednesday, November 16, 2011

Apakah Hak Istimewa Melayu dalam Perlembagaan Kekal?

Saya masih ingat lagi ketika saya menghadiri kursus yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) ketika menuntut di Kolej MARA Kulim(KMK) pada tahun 2003. Sewaktu berbincang dalam kumpulan, seorang fasilitator bertanya kepada peserta bertanya kepada kami semua, "Apakah Orang Melayu ada sekarang?" Semua peserta menjawab tanah, UiTM, politik dan sebagainya dan seorang rakan saya menjawab," Orang Melayu mempunyai Hak Istimewa." Jawab fasilitator,"Tepat sekali."

Ya, orang melayu mempunyai hak istimewa sahaja sekarang. Cuba bayangkan apakah yang terjadi sekiranya orang melayu tidak mempunyai Hak Istimewa? Sudah tentu orang melayu sudah melukut di tepi gantang sekarang akibat tindakan agresif bangsa lain terutamanya orang cina dalam menguasai di Tanah Melayu. Hak Istimewa ini termaktub dalam perlembagaan yang termaktub dalam Perkara 153. Dewasa kini, orang cina sering mempertikaikan Hak Istimewa orang melayu di dalam perlembagaan. Namun perkara ini ditentang hebat oleh PERKASA yang lantang membela nasib orang melayu. 

Apa yang pasti, kerusi Perdana Menteri tidak tertakluk kepada orang Melayu sahaja. Bangsa lain boleh menduduki menyandang Perdana Menteri sama ada dia seorang cina, india dan sebagainya. Sewaktu pergi kursus BTN, ada seorang cina menyatakan bahawa orang cina akan memastikan bahawa bangsa mereka boleh menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Tunggu dan lihat sahaja.

Saya mula terfikir adakah Hak Istimewa Melayu kekal dalam Perlembagaan Persekutuan?

Saya secara peribadi ia tidak akan kekal selama-lamanya. Ini adalah kerana Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda di Parlimen. Cara Perlembagaan dipinda adalah melalui langkah-langkah berikut:

  1. Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen.
  2. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen.
  3. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja.
  4. Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan Persetujuan Yang Dipertua Negeri.
Jelas sekali daripada langkah-langkah di atas, Hak Istimewa orang melayu boleh dipinda jika mendapat majoriti lebih dua pertiga.Sejak tahun 2008, bilangan kerusi Parlimen Barisan Nasional tidak mendapat dua pertiga dan barisan pembangkang berjaya menambah kerusi mereka di Parlimen. Apa yang pasti kerusi pakatan pembangkang didominasi oleh Parti DAP iaitu parti serpihan Parti PAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Apakah yang dibuat oleh DAP apabila parti ini sekiranya mereka memperolehi dua pertiga kerusi parlimen? Fikir-kirkanlah.

Sekian,terima kasih.



4 comments:

jendela dibukit said...

Sdr. Mohon izin untuk saya post semula kedalam FB saya.

wankamarul701 said...

ok.Tiada masalah. Terima kasih.

Anonymous said...

walupun dpt majoriti 2/3 ahli parlimen,apabila berkenaan hal org melayu dan islam...mesti mendapt perkenan majlis raja2(YDPA)-prof khoo kay khim...syarat jd YDPA mesti lelaki,islam dan melayu-prof agus...

wankamarul701 said...

Itu yang dinamakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Jangka pendek adalah mendapat majoriti 2/3 terlebih dahulu. Manakala jangka panjang adalah dengan melemahkan kuasa raja-raja melayu sebagai pelindung orang melayu Islam. Caranya adalah dengan melemahkan perpaduan orang melayu terlebih dahulu dengan memastikan Pas dan Umno tidak bersatu sekaligus memberi laba politik kepada Dap apabila Pas bekerjasama dengan Dap. Tidak mustahil sekiranya institusi kesultanan dihapuskan pada suatu hari nanti.