Pada kejadian yang lain, saya singgah solat
di sebuah masjid di Selangor.
Pada kali ini, saya singgah untuk solat
Zohor. Sekali lagi, peristiwa yang berlaku di masjid tersebut, seperti menjawab
persoalan yang bersarang dalam hati saya semenjak pertemuan dengan jemaah dari
India itu.
Saya perhatikan seorang lelaki yang duduk
bersendirian beberapa saf di belakang saya. Wajahnya bersih dan kelihatan mudah
mesra. Hati saya tertarik untuk mendekatiknya. Lalu saya menghampirinya.
“Assalamualaikum, abang datang dari mana?”
tanya saya seraya memperkenalkan diri.
Daripada jawapannya, beliau datang dari
utara semenanjung dan bekerja sebagai jurutera senior di Petronas. Jawatan yang
disandangnya sebagai senior itu tentunya sibuk. Saya tertarik untuk bertanya
lebih lanjut apabila dia memaklumkan bahawa dia bercuti selama empat bulan
semata-mata untuk berdakwah.
“Empat bulan? Lamanya. Macam mana bos abang
boleh luluskan?” tanya saya lagi.
“Saya hantar surat permohonan cuti selama
empat bulan tanpa gaji, tetapi bos luluskan cuti empat bulan dengan bergaji.”
jawabnya bersahaja.
“Wah hebatnya!”
“Semuanya milik Allah. Semuanya boleh kita
mohon daripada Allah. Bos hanyalah posmen sahaja.” tambahnya.
Wallhua’lam.
Sumber : Mudahnya Menjemput Rezeki 2.
No comments:
Post a Comment