Sunday, July 23, 2017

Fakta Tiada di dalam Google

Dalam teknologi berkembang pesat sekarang, ilmu maklumat mudah di dapat di hujung jari dengan apa yang dipanggil sebagai internet. Banyak rujukan pada hari yang boleh didapati dalam internet untuk menghasilkan karya-karya baru. 

Namun, secerdik-cerdik penulis buku juga, cerdik lagi para pembacanya. Ini adalah kerana para pembaca buku akan menyemak semula fakta-fakta daripada buku yang mereka baca di dalam internet atau lebih tepatnya ialah Tuan Haji Google. 

Secara peribadinya, apabila kita menjumpai fakta-fakta buku yang telah ada di dalam Google, sudah tentu mindet kita menggambarkan seseorang penulis buku itu mencedok fakta-fakta dalam internet. Jika tiada, sudah tentu karya-karya yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi.

Lebih teruk lagi sekarang ini ialah penulis-penulis sekarang mencedok 100% tulisan mereka dalam blog peribadi mereka untuk dijadikan buku. Sudah tentu kaedah ini merupakan kaedah goyang kaki yang paling senang untuk menghasilkan sesebuah karya. Natijahnya, karya yang dihasilkan adalah tidak berkualiti apabila pembaca sudah membaca perkara-perkara yang diutarakan di dalam blog mereka. Setidak-tidaknya, penulis perlu membuat kajian lebih mendalam sesuatu fakta walaupun perkara tersebut sudah berada dalam di dalam blog mereka.

Dengan sebab itu, kita perlu menghasilkan karya yang berkualiti tinggi dengan memiliki buku-buku rujukan yang mahal. Inilah perkara yang saya sedang usahakan sekarang. Menghasilkan sesuatu yang masih belum di dalam Google. 

Apabila bercakap mengenai buku-buku rujukan yang berkualiti sudah tentu kita akan mendapat buku-buku yang baik-baik lagi mahal daripada luar negara. 

Akan tetapi, bagaimana kita hendak mengetahui sama ada sesuatu buku dari luar negara itu yang mahal itu adalah sesuai untuk kita? Caranya mudah sahaja. Anda cubalah melihat feedback daripada pembaca-pembaca buku di amazon.com .Dari sini, anda boleh melihat penilaian orang dari seluruh dunia mengenai sesuatu buku. Setidak-tidaknya anda boleh menjimatkan wang anda daripada membeli buku yang bukan anda cari.

Berkarya menghasilkan buku-buku baru memang memerlukan tuntutan pengorbanan yang tinggi sama ada dari segi wang mahupun masa. Jika anda tidak mahu berkorban untuk mendapatkan sesuatu, bagaimana anda boleh menuai hasilnya?

Wallahua'lam.

No comments: