Anjing dan
babi – Inilah perkara yang amat sensitif bagi umat Islam khususnya orang-orang
melayu yang tinggal di Malaysia. Kita tentu pernah mendengar orang-orang Islam
minum arak tetapi kita tidak pernah mendengar orang makan anjing ataupun babi.
Ini adalah kerana kedua-dua perkara ini adalah HARAM.
Malangnya, isu
anjing dan babi sering dimainkan oleh orang bukan Islam di negara ini. Mungkin
sengaja ingin bermain dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Kita sebagai
orang Islam sudah tentu marah apabila kedua-dua perkara ini dipermainkan contohnya
ada unsur babi dalam makanan sejak sekian lama.
Isu terbaru
pula yang timbul ialah program ‘I Want Touch A Dog’. Apakah hukum memegang anjing?
Hukumnya mudah sahaja iaitu harus apabila kita memegang anjing apabila tangan
kita dalam keadaan kering dan haram hukumnya memegang anjing apabila tangan kita
dalam keadaan basah. Saya bukannya menyokong program tersebut tetapi mengajak
anda semua menilainya dari sudut fekah.
Begitu juga
dengan babi. Adakah hukum kita memegang babi? Sudah tentu apabila kita mengikut
mazhab Shafie, kita wajib menyamak anggota badan kita yang terkena kulit babi.
Berlainan pula dengan mazhab Hanafi, Hambali, dan Maliki di mana ketiga-tiga
mazhab ini membenarkan kulit babi disentuh bahkan pakaian daripada kulit babi
boleh dijadikan pakaian dalam solat. Ini adalah kerana dalam al-Quran hanya
melarang daging babi dimakan dan tidak pula melarang menyentuh babi.
Apabila saya
menceritakan perkara ini kepada rakan saya, beliau mengatakan bahawa saya
mengikut ajaran sesat dan tidak mengikut ahli sunnah. Saya menerangkan
kepadanya semula kita semua ahli sunnah bahkan mazhab Hanafi, Hambali, dan
Maliki pun ahli sunnah cuma pandangan mazhab-mazhab ini adalah berbeza dalam
sesuatu perkara. Cuma kita tidak belajar sejak bangku sekolah mengenai perkara-perkara
ini dan hanya belajar perkara asas sahaja. Apabila disebut babi – semua haram.
Begitu juga
dengan babi. Babi adalah haram untuk dimakan. Akan tetapi, menurut mazhab
Hanafi, daging babi yang melalui proses transformasi (istihalah) kepada bentuk
lain adalah boleh dimakan.
Kita perlu
faham generasi-generasi imam-imam mazhab ini adalah terdiri daripada golongan
tabiin (hidup sezaman bersama Sahabat) dan tabi’-tabiin (hidup sezaman dengan
tabiin). Mereka ini semuanya hidup pada kurun 5-6 Masihi. Isu-isu yang timbul
pada hari telah dibincangkan oleh imam-imam mujtahid ini selepas lebih 1,000
tahun mereka meninggal dunia. Malangnya, kita sebagai umat Islam kurang
pemahaman dengan apa yang telah disebut oleh imam-imam ini terdahulu Ini
menyebabkan kita mudah sensitif terhadap sesuatu perkara apabila ianya timbul.
Contoh yang
lain ialah para ulama’ telah membincangkan bahagian muka yang manakah untuk
mengambil wuduk sekiranya seseorang itu mempunyai 2 kepala sejak lebih 1,000
tahun yang lalu. Jawapannya ialah wajah yang menghadap kiblat yang perlu disapu
air sembahyang. Perkara ini memang berlaku di Russia apabila pada tahun 1970-an
lahirnya bayi yang mempunyai 2 kepala.
Sebenarnya
para ulama’ telah membincangkan isu-isu mengenai sesuatu perkara dari sudut
fekah sejak dahulu lagi. Malangnya kita sebagai umat Islam tidak memahami
mengenai sesuatu perkara dari sudut fekah dan menganggap semua yang berlaku ini
mencelarukan masyarakat di negara ini.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment