Assalamualaikum
w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Adakah mutu
sukan negara kita merosot disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sememangnya
kita perlu memikirkan perkara ini. Sekiranya kita melihat sejarah sukan negara
kita sebelum tahun 1970-an dan sekitar awal tahun 1970-an, prestasi sukan
negara kita amat cemerlang sekali. Saya sememangnya tidak berminat dengan sukan
melainkan saya hanya menyertai sukan untuk pertahanan diri sahaja. Idea ini
sebenarnya saya petik daripada buku Kee Thuan Chye yang bertajuk “Jangan
Kelentong Lagi, Kita Semua Orang Malaysia” di mana beliau menyatakan pandangan
bahawa mutu sukan negara merosot disebabkan oleh DEB.
Siapa tidak
kenal dengan Mokhtar Dahari iaitu lagenda bola sepak negara bahkan pasukan bola
sepak kita suatu ketika dahulu boleh menyertai perlawanan sehingga peringkat
akhir di temasya olimpik. Pasukan bola sepak negara juga adalah setanding
dengan Korea Selatan.
Sekiranya kita
melihat trend mutu sukan sebelum dan selepas pelaksanaan DEB, kita boleh dapati
bahawa terdapat perbezaan mutu sukan negara antara 2 tempoh tersebut di mana
selepas pelaksanaan DEB, kita dapat melihat bahawa mutu sukan negara adalah
merosot selepas tempoh pelaksanaan DEB. Sebelum pelaksanaan DEB, negara kita
mempunyai atlet yang hebat seperti Jegathesan, Rajamani, Ishtiaq Mokhtar, dan
Nashatar Singh.
Tidak dinafikan
bahawa DEB sememangnya memberi kelebihan kepada golongan bumiputera khususnya
orang melayu untuk terlibat dalam bidang ekonomi. Namun begitu, selain bidang
ekonomi orang-orang melayu juga mendapat manfaat lain seperti pendidikan
mahupun sukan.
Jika kita
melihat penakluk Gunung Everest pertama Malaysia yang merupakan seorang india,
beliau kurang diraikan sekembalinya pulang ke tanah air. Teringat saya sewaktu
darjah 6 pada tahun 1997, terdapat seorang pendaki melayu yang tidak dapat
meneruskan pendakian beliau sehingga ke puncak kerana mengalami cirit-birit.
Lain pula dengan
Abdul Malek Mydin yang dianugerahkan gelaran “Datuk” apabila berjaya
menyeberangi Selat Inggeris dengan tempoh masa 17 jam 40+ minit (Saya tidak
tahu dia menunaikan solat fardhu bagaimana). Sebenarnya terdapat budak lelaki
yang berusia 11 tahun telah menyeberangi Selat Inggeris pada tahun 1988 iaitu
Thomas Gregory dengan catatan masa 11 jam 54 minit iaitu suatu rekod yang lebih
baik daripada Abdul Malek Mydin.
Apabila
adik-beradik Sidek berjaya menjadi lagenda badminton negara, kita jangan lupa
bahawa terdapat atlet-atlet bukan melayu yang telah menceburi badminton seperti
Wong Peng Soon, Ong Poh Lim, Ooi Teik Hock, Eddy Choong, Tan Aik Huang, Tan Yee
Khan, Ng Boo Bee dan lain-lain lagi. Pencapaian bukan melayu dalam sukan
badminton nampaknya telah dikaburkan.
Begitu juga
apabila Mohd Hafiz Hashim memenangi juara perseorangan All-England pada tahun
2003, dia diberi kereta, tanah, wang dan keraian hero ketika beliau pulang.
Berbanding dengan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang memenangi juara
All-England doubles pada bulan Mac 2007, mereka hanya diberikan segelintir
berbanding apa yang diberikan kepada Mohd Hafiz. Apa yang menyedihkan Mohd
Hafiz Hashim tidak berjaya mengatasi pencapaiannya sejak tahun 2003 sehingga
sekarang.
Jika kita
melihat anugerah yang diberikan pencapaian di antara orang melayu dan orang
bukan melayu dalam arena sukan, terdapat layanan yang lebih ‘special’ kepada
orang melayu. Adakah ini menyebabkan orang bukan melayu tidak mahu menyertai
sukan dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada dunia disebabkan oleh
layanan yang diberikan kepada mereka selepas DEB dilaksanakan?
Mungkin ya atau
mungkin tidak. Sekiranya kita ingin mengatakan DEB menyekat kemajuan bangsa
selain melayu dalam arena sukan, kita jangan lupa bahawa Datuk Lee Chow Wei dan
Datuk Nicol David juga diberi layanan yang serupa seperti orang melayu yang
lain seperti dianugerahkan gelaran “Datuk” dengan pencapaiaan masing-masing
bahkan jurulatih Lee Chow Wei sekalipun adalah adik-beradik Sidek. Oleh itu,
jika kita ingin mengatakan bahawa DEB adalah penyebab mutu sukan negara merosot
adalah tidak benar sama sekali.
Memang benar
bahawa sekiranya kita melihat sekali imbas, terdapat layanan yang berbeza di
antara orang melayu dan bukan melayu contohnya dalam kes Mohd Hafiz Hashim.
Ironinya, nama Mohd Hafiz Hashim sudah tenggelam sejak 10 tahun yang iaitu
sejak tahun 2003 apabila dia tidak lagi menjuarai mana-mana pertandingan
badminton lagi. Jika dibandingkan dengan Lee Chow Wei, Lee Chow Wei lebih banya
mendapat anugerah berbanding Mohd Hafiz Hashim. Oleh itu, saya fikir tidak
wujud diskriminasi antara melayu dan bukan melayu dalam arena sukan.
Begitu juga
dengan Piala Thomas, Tanah Melayu merupakan negara pertama yang menjuarai piala
berprestij tersebut di mana pemain-pemainnya adalah terdiri daripada
orang-orang bukan melayu. Tetapi kita perlu ingat bahawa ketika itu, Tanah
Melayu masih lagi di bawah pentadbiran British.
Pendek kata, apa
yang dikatakan oleh Kee Thuan Chye hanyalah tuduhan kosong semata-mata yang
menyatakan bahawa DEB adalah penyebab mutu sukan negara merosot. Bukunya itu hanyalah bersifat menghasut supaya orang
membenci DEB seolah-olah bangsa lain tidak mendapat manfaat dalam arena sukan
negara.
Sekian, terima
kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
Sumber :
1. Kee Thuan
Chye, 2012, Jangan Kelentong Lagi, Kita Semua Orang Malaysia.
1 comment:
bola sepak malaysia dulu bagus bukan sebab pemain dulu bagus sangat.. tapi sebab negara lain belum memajukan bola sepak dorang lagi..
tu yang kita boleh kalahkan jepun korea semua tu.. tapi sayangnya bila negara lain semua dh mula improvekn bola sepak dorang..
kita plak statik cm tu jer.. puas hati dgn kejayaan silam..
pemain bola sepak dulu plak sebok cakap pemain skrg takder semangat cintakan negara lah, kejar duit lah..
Takkan lah pemain zaman skrg ni tak der semangat langsung nak menang dan cintakan negara..
Tak logik langsung..
Yang pasal si hafiz tu.. tu sebab malaysia masa tu dh lama tak menang all england.. jadi mmg semua org agak teruja lah kn.. org melayu plak tu..
tapi tu lah dia cuma one hit wonder..
sama jugak mcm congwei dpt datuk lepas mng perak olimpik..
Post a Comment