Assalamualaikum w.b.t. dan Salam
Sejahtera.
“Jika kita meninggalkan al-Quran
satu hari, al-Quran akan meninggalkan kita seminggu. Sekiranya kita
meninggalkan al-Quran seminggu, al-Quran akan meninggalkan kita setahun.
Sekiranya kita meninggalkan al-Quran satu tahun, al-Quran akan meninggalkan
kita selama-lamanya.”
Begitulah pesanan guru saya
sewaktu persekolahan suatu ketika dahulu.
Tidak dinafikan bahawa ibadat-ibadat
dalam ajaran Islam melatih kita untuk berdisiplin. Sekiranya kita sentiasa
mendirikan solat pada awal waktu 5 waktu sehari semalam, ia melatih diri kita
untuk berdisiplin menepati waktu. Ada seorang usahawan yang berjaya kerana
beliau sentiasa berdisiplinkan solat berjemaah di masjid 5 waktu sehari
semalam. Bahkan orang yang solat di awal waktu akan dimurahkan rezeki buat
dirinya.
Berbalik kepada mendisplinkan
diri melalui pembacaan al-Quran. Al-Quran mashaf Uthmani mengandungi 604
mukasurat dengan 30 juzuk.
Sekiranya kita membaca sejuzuk sehari,
maka kita dapat mengkhatamkan al-Quran sebulan sekali iaitu dengan 5 muka surat
sekali setiap kali selepas menunaikan solat fardhu kerana setiap juzuk
mengandungi 20 muka surat.
Sekiranya kita membaca 2 helai
atau 4 mukasurat sehari, kita dapat mengkhatamkan al-Quran dalam masa 151 hari
atau 5 bulan sekali. Dengan ini, kita boleh mengkhatamkan al-Quran 2 kali setahun.
Sekiranya kita malas sekalipun
kita boleh membaca 1 helai atau 2 mukasurat sehari, maka kita akan mengkhatamkan
al-Quran dalam masa 302 hari atau sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
Begitulah mudahnya untuk kita
beribadat dengan membaca al-Quran. Jangan jadikan alasan kerana penat bekerja
setiap hari sehinggakan tiada masa untuk membaca al-Quran. Paksakan diri anda.
Bak kata Imam al-Ghazali, “Amalan yang dipaksa yang dilakukan secara berterusan
akan menimbulkan keikhlasan di hati.”
Semoga kita sentiasa
dianugerahkan oleh Allah hidayah untuk membaca al-Quran sentiasa.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
2 comments:
Jazakallahu khoiran...
Insya-Allah...
Post a Comment