Friday, April 5, 2013

Ramai yang Sudah Terkeliru dengan Perkataan Bacon dan Ham

"Kenapa la ramai yang macam nak mempertahankan sangat perkataan bacon dan ham tu. Saya faham apa yang penulis cuba sampaikan sebenarnya. Faham tak perkataan original bacon and ham tu adalah untuk babi. OK mungkinla sesetengah kata, bacon tu ada yang halal, tapi tak takut ke kalau ada sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab memanipulasikan perkataan tu? "Alah, beef bacon tu maksudnya daging lembu yg disalai, halal la tu." What IF kalau ada pihak yg cuba manipulate cakap benda yang haram tu halal, disebabkan sikap kita yangg tak ambik berat dan nak guna sangat perkataan bacon dan ham tu. Negara lain mungkin guna, tapi negara kita biarlah guna bahasa sendiri. Benda ni buat orang keliru je. Wallahualam" Nur Emylia

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Buat pengunjung-pengunjung blog saya yang setia bersama saya dan sentiasa mengunjungi selalu semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Baru-baru ini saya menghadiri sebuah kursus di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sewaktu makan tengah hari di hotel itu, tertera perkataan yang ditanda di dalam sebuah buffet yang bertulis “Bacon”. Rakan saya bertanya kepada saya, “Boleh ke makan daging ini?” Apa saya melihat, ianya cuma daging lembu.

Apa yang hendak saya katakan di sini ialah ramai yang sudah bercelaru dengan perkataan-perkataan bahasa inggeris sehingga makanan yang halal pun ingin dinamakan dengan perkataan yang haram. Al-maklumlah supaya makanan tersebut kelihatan ala-ala barat dan restoran tersebut biar kelihatan ada class.

Bacon Sebenar

Apakah sebenarnya makna bacon itu sendiri? Maksud bacon di dalam bahasa inggeris ialah salted and smoked meat from the back and side of pig atau dalam bahasa melayu ialah daging bahagian belakang dan rusuk babi yang digaramkan dan disalai. Pendek kata, ia adalah nama untuk daging babi. Jika kita melihat makanan di hotel-hotel, mereka tersilap menamakan beef bacon atau bacon daging lembu. Ini sudah tersilap kerana bacon itu sendiri bermakna daging babi dan ia tidak boleh ditulis dengan digadingkan dengan perkataan daging lembu. Jika daging lembu salai, ia dipanggil sebagai beef jerky dalam bahasa inggeris Amerika. Oleh itu, tidak sepatutnya timbul perkataan beef bacon atau bacon daging lembu untuk menunjukkan ianya halal dan boleh dimakan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Ham Sebenar

Perkataan satu lagi yang masyarakat keliru pada hari ini ialah perkataan ham. Ham dalam bahasa inggeris bermaksud a cut of meat from the thigh of a hog atau dalam bahasa melayu bermaksud potongan daging paha babi. Pendek kata, ia adalah daging babi. Tetapi, ada makanan yang ditulis berbunyi chicken ham atau ham ayam. Ini sudah tentu tidak sesuai kerana ham itu sendiri adalah merujuk daging paha babi dan haram dimakan dan ia tidak boleh ditulis untuk menunjukkan ia halal dan boleh untuk dimakan.

Boleh disimpulkan bahawa masyarakat hari ini sudah terkeliru dengan beef bacon dan chicken ham kerana beranggapan bacon diperbuat daripada daging lembu dan ham diperbuat daripada ayam. Apabila kita sudah pergi negara bukan Islam, sudah tentu ia adalah diperbuat daripada daging babi. Semoga kita tidak terkeliru dengan perkara ini. Saya berharap agar anda yang membaca artikel ini dapat sebarkan kepada orang lain dan pihak-pihak hotel boleh mengambil tindakan mengenai perkara ini. Usahlah kerana ingin meniru restoran-restoran barat, nama-nama makanan menjadi bercelaru dan boleh mengelirukan orang ramai. Wallua’alam.

[Adakah anda sudah memiliki buku 'Biar Sedikit, Asal Diberkati' Jika belum, klik di sini]
 
Sekian, terima kasih.

Diadaptasi dari :
A Kadir Jasin, 2012, Kunta Kinte Original ; Catatan Kopitiam A Kadir Jasin.

http://wankamarul701.blogspot.com

104 comments:

jaja said...

Hamburger halal ke haram?

wankamarul701 said...

Lucu je soalan.. ha3

MI_roslinda said...

tips yg berguna... bole tahu ape itu bacon. mmg sy faham sblm ini bacon tu bab* salai. kursus ape kt PD tu,? transformasi kedai runcit ker. hehe

wankamarul701 said...

kursus untuk menyambut bini yang ingin bersalin... =)

Unknown said...

memang benar bacon dan ham itu diperbuat dri sebahagian daging khinzir...boleh cari di wiki....

wankamarul701 said...

ok. Terima kasih.

Tho Ha said...

Masa sy kecil dulu selalu tengok watak dalam Popeye The Sailorman yg selalu makan hamburger. Bila sy nak burger sy sebut hamburger. Kakak sy selalu marah sy : burger je ham tu babi. Tapi sy sebut juga hamburger hingga lama kelamaan sy boleh menyebut burger shj.

wankamarul701 said...

Sepatutnya masyarakat diberi kefahaman dengan lebih jelas mengenai perkara ini sejak dari kecil lagi.

TQ

Anonymous said...

Lol, hamburger tu bukan "burger ham", tapi nama diberi sempena tempat asal makanan tu iaitu hamburg. Sama macam frankfurter dari frankfurt. Kebiasaan sesetengah tempat bagi nama makanan macam tu. Macam kain pelikat dari pulikat, atau roti canai dari chennai.

Anonymous said...

Meat from other animals, such as beef, lamb, chicken, goat, or turkey, may also be cut, cured, or otherwise prepared to resemble bacon, and may even be referred to as "bacon". Such use is common in areas with significant Jewish and Muslim populations, both of which prohibit the consumption of pig.(source wiki) So dia bukan tersilap tulis beef bacon. Memang betul la nama makanan tu beef bacon. Penulis ni pun dah mengelirukan orang. Cuma kalau terjumpa dalam ingredient tu ada perkataan bacon, tanya je lah. Daging babi ke lembu.

wankamarul701 said...

Anon 21 Februari, Siapa yang menulis Wikipedia tu? Adakah anda tahu siapakah yang menulis Wikipedia tersebut? Saya bimbang yang menulis Wikipedia tu adalah non-muslim. Dan mungkin tidak mengambil kira halal haram dalam menulis sesuatu.

Maksud bacon di dalam bahasa inggeris ialah salted and smoked meat from the back and side of pig atau dalam bahasa melayu ialah daging bahagian belakang dan rusuk babi yang digaramkan dan disalai.

Saya rasa anda mengelirukan saya.

TQ

Anonymous said...

Tak payah makan je senang cite.x plu menyibuk nak makan n pakai apa2 ikut style barat.pegi makan je nasi lemak sana tu.

Anonymous said...

Beef jerky, smoked beef, chicken cuts, smoked chicken slices.

Anonymous said...

Bkn hotel2 je y tpangaruh dgn budaya barat..rancangan masakan kite sendiri spt masterchef malaysia pun gune perkataan spt itu..jd tsangat la konpiuss...arggghhh..malaysia ku...

Anonymous said...

Jakim sendiri mgharamkan perkataan haram..spt cth..sy sefmly mkn di subway sunway piramid..tertera dlm resit pkataan bacon..kami semua tperanjat...sdgkn sblm ni mkn subway di giant kota kemuning..mkn bnde y same..tade pulak pkataan tu..tbe2 kt sane ade..nauzubillah...tobat da..xmkn subway...bia la taw y bacon y dmksudkn hnye daging lembu ke ape ke..bacon is haram..

Anonymous said...

Maaf saya nak komen sikit. Sebagai seorang yang pernah tinggal di USA , nak tolong jelaskan sikitlah. Memula sampai di US dulu memang saya ingat Hamburger tu ada daging babi. Tapi pergi kedai Pak Arab yang ada tanda halal tu pun dia panggil Hamburger juga. tapi memang Hammburger tu daripada beef bukan nya daging babi. Jangan ingat Bacon tu pula dari babi sahaja. Ada beef bacon dan Turkey bacon yang dijual di kedai Pak Arab yang siap dengan tanda halal.. tapi kalau perkataan bacon tu sahaja memang dirujuk pada daging babi.

wankamarul701 said...

Terima kasih kepada pembahas-pembahas semua kerana berkongsi cerita.

Anonymous said...

Sya pun nak kongsi pengalaman kat china, ham akan merujuk kepada babi. So baik tinggal kat arab je, tak payah nak gi tempat lain, sbb sana je yg elok, negara lain semuanya ada babi.

wankamarul701 said...

Baik...

ayu said...

ini pendapat saya. untuk makluman semua, memang ada bacon yang dihasilkan daripada daging lembu dan ham daripada daging ayam turki. malahan pada hari ini, terdapat ham yang dihasilkan daripada daging ayam sebenar seperti jenama ayamas yang boleh kita dapati dari mana2 pasaraya. berbalik kepada isu bacon dan ham tadi, perkara yang agak menjengkelkan ialah apabila melihat pelanggan beragama islam yang mengambil suatu hidangan dengan berselera sekali tetapi tidak mengambil hidangan bacon dan ham kerana menganggap hidangan itu tidak halal walaupun dihidangkan bersama dengan makanan halal tadi!. secara logiknya, bagaimana kita boleh menikmati hidangan yang lain sedangkan kita tahu masakan itu dimasak di dapur yang sama dan menggunakan peralatan yang sama untuk memasak beef bacon dan chicken ham yang dianggap tidak halal itu?? dalam islam halal bukan hanya merujuk kepada bahan yang dimasak tetapi juga kepada peralatan yang digunakan!!. pada hari ini beef bacon dan chicken ham yang dihasilkan menggunakan daging lembu dan ayam adalah untuk memberi peluang kepada umat islam untuk menikmati hidangan tersebut tanpa ragu dan was-was!. untuk pengetahuan anda juga, semenjak Jakim menguatkuasakan undang2 halal pada tahun 1998, tidak ada lagi hotel2 di Malaysia yang menghidangkan masakan daripada daging babi kerana itu adalah prasyarat utama untuk mereka mendapat pengesahan sijil halal. hukuman dan denda yang berat akan dikenakan sekiranya mereka didapati melanggar prasyarat tersebut!. adakah kita yakin bahawa hidangan yang kita nikmati di restoran ataupun hotel2 mewah itu benar-benar halal mengikut syarak walaupun tidak menghidangkan beef bacon dan turkey ham ?.pada pendapat sya, sekiranya anda ragu tentang perkara ini, jangan makan kesemua hidangan tersebut!. ini lebih baik.sediakan sendiri di rumah kerana kita tahu dari A ke Z apa yang kita sediakan.

wankamarul701 said...

Saya rasa anda salah faham apa yang hendak dibincangkan. Apa yang hendak dibincang di sini ialah maksud literal 'bacon' dan 'ham'. Bacon dan ham apabila kita merujuk kepada Kamus Oxford adalah bermaksud 'babi'. Bukan merujuk kepada kandungan sesuatu makanan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Waspada lah dgn cadbury. Hehe

Anonymous said...

Mtk maaf jika salah...apa yg sy tahu n paham...memang bacon merujuk kepada babi di luar negara..tetapi bukan di negara islam...bacon adalah cara bagaimana daging disalai dan curing oleh part of animal...sy jugak sudah menyemak dari supplier dan jabatan agama...sama seperti beef streaky..sy penah bekerja di luar negara dan skrang btugas di malaysia sebagai executive sous chef di hotel 5bintang...so jgn risau...hotel di malaysia menyediakan bacon yg halal dimakan...

wankamarul701 said...

Apa saya maksudkan ialah maksud literal bacon dan ham yang merujuk kepada babi. Bukan kandungan makanan. Tapi kita gunakannya untuk makanan halal. Terima kasih.

Anonymous said...

kalau mcm tu en kamarul,apakah cadangan perkataan yg terbaik selain bacon dan ham yg perlu digunakan bg menggambarkan maksud daging lembu atau ayam yang disalai atau dikeringkan etc di Malaysia ini supaya umat Islam di Malaysia khususnya tak tersalah faham?

wankamarul701 said...

Baca betul-betul artikel di atas,

"Jika daging lembu salai, ia dipanggil sebagai beef jerky dalam bahasa inggeris Amerika."

Beef jerky dalam wikipedia bermaksud : Jerky is lean meat that has been trimmed of fat, cut into strips, and then dried to prevent spoilage. Normally, this drying includes the addition of salt, to prevent bacteria from developing on the meat before sufficient moisture has been removed.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya memahami artikel di atas...kita patut perbetulkan perkara2 yg blh mrngelirukan org2 islam...masih blm terlambat...bagaimana sekiranya mmg betul benda haram tp dikatakan halal...

Admin said...

Dulu sy selalu mkn burger king beefacon, adakah itu daging babi atau lembu? Rasanya mmg sedap tak terhingga sampai sy berulang2 Kali mkn burger tu, mmm... dh mmg rezeki sy ..... alhamdulillah

wankamarul701 said...

Mana la saya tahu sebab kamu yang makan. Harap-harap bukan daging babi. Insya Allah.

wankamarul701 said...

bagaimana sekiranya mmg betul benda haram tp dikatakan halal... - Kalau maksud kezaliman ialah membuat sesuatu dengan tidak meletakkan pada tempatnya.

Anonymous said...

apa yang dibincangkan di sini memfokus aspek bahasa....bila babi bukan babi? Sama mcm beer takder alkohol. Walaupun dalam kamus oxford beri maksud ' is an ALCOHOLIC drink made from yeast fermented malt falvoured'. Cuma kalau dah ada istilah nama untuk sesuatu benda lebih baik gunalah istilah tersebut,,ini tidak mcm kita terhegeh sangat nak makan babi sampai kena substitute dengan benda lain asalkan nama ada babi/beer kat belakang. Harap,faham apa yang dibincangkan penulis.

wankamarul701 said...

Setuju dengan anda...

Anonymous said...

Saya suka menonton rancangan memasak dan sememangnya bacon atau ham tu sinonim dengan bahagian2 babi. Bila ada bahasa sendiri tapi gedik nak gunakan bahasa asing, tak heranlah munculnya semua kekeliruan. Yang mana dah biasa atau pernah makan bakon ala mesia ni mulalah melatah... Takut...risau dan mula cari ayat2 yg boleh menenangkan perasaan. Orang tulis lain dia paham lain. Ahaks...

Anonymous said...

sepatutnya siput babi dan kutu babi ditukar kepada nama lain supaya tidak mengelirukan pengguna.

Anonymous said...

siput babi n kutu babi kena samak x kalo pegang? nama je kot. silat olahraga x mcm silat pun.santau angin bkn pakai angin.

Anonymous said...

Hg tak yah la nak samakan kutu babi pa semua tu ngn artikel di atas..tu dah mmg asal bahasa melayu..yg penulis cerita adalah ttg perkataan org putih yg mmg terang2 mrujuk kt babi..hg nk guna lagi perkataan tu pasai pa?..klau kutu babi hg translate tgk p omputih..mmg depa pggl pig shell ka?mstila bukan ya tak?

Unknown said...

Sabar...kite nie nk bincang untk salah faham bahasa yg d agung2 kn kt malaysia nie...sye rse apa yg dtulis oleh blogger di sini utk menyedar kn kte yg tersesat dlm memahami bahasa org barat..knpe x tulis jer dlm bhasa melayu..lgi elok dan selamat..kte kn kt malaysia..takyah lh nk gune bahasa omputeh kot..cintailah bahasa kte..assaalm

Unknown said...

Kite tinggal kt malaysia..jdi gunakn lah bhasa ibunda kite dgn sebaiknya...klau kite tggal kt negeri omputeh takde nyer omputeh tu letak menu bhasa kite...kite terlalu mengagungkan bhasa org lain..jdi skrg nie kekeliruan berpunca drpd org yg berwajib mengambil remeh terhadap perkara sebegini...terima kasih..peace no war

Anonymous said...

Assalamualaikum, tumpang tanya dari saya yang jahil ni...Bolehkah makan Beef Bacon di hotel2 kat Malaysia ni,,, saya dah termakan masa di hotel di Ipoh baru2 ni..Saya Hanya nak confirm boleh tak makan sebab katanya Halal..

najib said...

Assalam, setuju dgn semua hujah2 di atas.
1.nama bacon untuk makanan halal disemak semula cuma tak silap penglabelan mungkin mengambil label antarabangsa.
2.semua patut tahu guide food dan code makanan.supaya tidak terlepas makanan sedap dan halal.
3.semua juga patut tahu bahawa maksud halal.spt ayam adalah makanan halal tp haram jika tidak kena pd sembelihan.

Unknown said...

Says pergi media roti..mmg bukan roti org melayu tapi 2 pekerja pakai tudung dan seorang melayu. Sambil memilih2 tiba2 roti2 tersebut kebanyakannye mempunyai nama ham bla bla bla..terkedu seketika then tgk cashier cina..hilang selera tp ambik 1 garlic bread n terus keluar.. Cari2 kat luar pintu takde pulak tanda halal.. Hemmm.. What to do..confius

Anonymous said...

Halal... sbb dah terang2 ada perkataan beef.. beed belongs to cow.. daging lembu... i.Allah halal

Paupau said...

beef bacon...beef is cow meat..bacon is pig meat...bacon not mean meat ringht?.so..in my mind now...its meaning beef bacon is a cow meat plus pig meat.....confius...error translit languange

Paupau said...

confius la

Anonymous said...

salah tafsir ke

Foodindustry said...

Salam.
Istilah bacon di luar negara mmg merujuk kepada babi,tapi di sana jugak ada beef bacon,lamb bacon etc. Encik punya post mengeliru kan orang. Post encik sprti mengatakan apa sahaja yg ada nama bacon adalah babi dan haram. Saya bekerja di hotel,mmg beef bacon ada serve di hotel dan ia nya halal,restaurant western pun byk guna kan beefbacon di dalam masakan,terutama nya di dalam pasta carbonara dan aglio olio,antara restaurant yg guna kan products beefbacon dan chicken ham adalah subway,burger king (beefbacon & chicken ham yg halal),mungkin istilah ni da lama diguna pakai lebih2 lagi di dlm food industry (mungkin istilah2 ni mengeliru kan bagi orang luar atau org yg tak terlibat or familiar dgn products ni ) ,hotels dan restaurant,tapi those yg involved/working with food preparation/kitchen especially chefs,kitchen helper,waiters & waitress,mmg tau istilah2 ni (bkn merujuk kpd mknan yg haram)
contoh meat/poultry products, SAUSAGE,ada chicken sausage,beef sausage,turkey sausage,pork sausage dll. PEPPERONI,ada Beef pepperoni,chicken pepperoni,pork pepperoni dll. SALAMI,ada chicken salami,beef salami,pork salami. HAM,ada chicken ham,turkey ham,beef ham,pork ham.BURGER PATTY (daging burger) ada daging burger dari beef,chicken,pork,fish.MINCED MEAT (daging hancur/cincang) ada dari beef,chicken,lamb and pork.BACON ada beef bacon,lamb bacon,pork bacon. Istilah2 tu semua utk kategori kn jenis2 products dari meat /poultry ni. SAUSAGE,PEPPERONI,SALAMI,HAM, BURGER PATTY,MINCED MEAT,BACON,Bukan dari sumber babi semata2.ada dari binatang2 lain jugak. Products di atas yg mentah ada jual di supermarket sprti giant,tesco,aeon dan ia nya halal.

Nur Emilya said...

Kenapa la ramai yg mcm nak pertahankan sgt perkataan bacon dan ham tu. Saya faham apa yg penulis cuba sampaikan sebenarnya. Faham tak perkataan original bacon and ham tu adalah utk babi. OK mgkinla sesetengah kata, bacon tu ada yg halal, tp tak takut ke kalau ada sesetgh pihak yg tk bertanggungjawab memanipulasikan perkataan tu? "Alah, beef bacon tu maksudnya daging lembu yg disalai, halal la tu." What IF kalau ada pihak yg cuba manipulate ckp benda yg haram tu halal, disebabkan sikap kita yg tak ambik berat dan nak guna sangat perkataan bacon dan ham tu. Negara lain mungkin guna, tp negara kita biarlah guna bahasa sendiri. Benda ni buat org keliru je. Wallahualam

wankamarul701 said...

Setuju dengan hujab Nur Emilya...

Unknown said...

Ham tu dh Mksudnye peha babi..haram laaaa

Anonymous said...

lagi bagus kalau hotel2 kat Malaysia ni peka sikit. Saya pernah makan di Hotel Royel Bintang Damansara, instead of beef bacon they label as beef strip which is more appropriate.

Anonymous said...

Saya jumpa blog ini kerana pengalaman hujung tahun 2015 tidur hotel di Ipoh, bila sarapan saya terperanjat kerana ada label ham pada deretan makanan yang disediakan sedangkan hotel itu makanannya dapat certified halal oleh JAKIM. Beberapa hari kemudian saya hubungi JAKIM dan katanya itu MEMANG tidak patut berlaku dan saya boleh buat aduan untuk sisatan. Tetapi melalui perbincangan kawan-kawan kemudiannya menyatakan bahawa ham itu tidak semestinya babi walaupun dari isitilah kamus memang bermaksud babi. Akhirnya untuk menamatkan was-was saya, saya hubungi hotel berkaitan dan saya disambungkan kepada penyelia F&Bnya (seorang Melayu=Islam) menyatakan bahawa memang bukan babi, tapi hidangan itu sebenarnya adalah ayam. Jadi kesimpulannya, sebaiknya bertanyalah supaya berpuas hati. Saya sendiri sangat bersetuju sepatutnya hotel menggunakan nama seperti yang diguna oleh Hotel Royal Bintang itu (syarat ada halal JAKIM) supaya kita tidak keliru. NAMUN ITU ADALAH DI LUAR KAWALAN KITA.apa yang kita boleh kawal ialah buat pilihan tempat makan dan bertanya jika perlu supaya tidak menjadi seperti saya yang membuat kesimpulan tanpa menyelidik dahulu yang hanya menyebabkan saya berperangsanka buruk/ marah/ kecewa kepada pihak hotel dan JAKIM, padahal saya sepatutnya bertanya dahulu!

wankamarul701 said...

Anon 10.18 p.m. Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda menemui perkataan 'ham'.

Seelok-eloknya elakkan menggunakan perkataan makanan haram untuk makanan halal. Usaha anda bertanya pihak hotel adalah usaha yang patut dipuji. Ada baiknya hotel-hotel tidak lagi menggunakan perkataan bacon dan ham.

Terima kasih.

Unknown said...

Tadi dinner di macaroni n coffee sek.13 shah alam.ada menu macaroni bolognies die..tgk ada beef bacon..nk mkn pun jadi sangsi..yg pelik..ramai org islam yg makan di situ..siap ada sijil halal...persoalannye .bacon tu kan khas untuk babi..dh jadi haram bila peralatan yg digunakan untuk memasak diguna untuk masak makann yg xharam.hati2..

Melisma Tidikay said...

Kepingan daging nipis tu dipanggil salami. Salami xmemaksudkan penggunaan daging dr binatang apa. Tp ham tu memaksudkan dari daging babi. Penggunaan istilah yg salah sekarang. Harap sebelum taruk nama sesuatu makanan, kaji dahulu nama istilah tersebut.

Anonymous said...

Yang halal itu jelas. Yang haram itu jelas. Samar samar itu jauhkan.

Anonymous said...

Aduhai.. Bahasa itu berkembang. Sama macam manusia.. Kalau dulu maksudnya mungik begitu. Tapi kali ini mungkin maksudnya ditambah mengikut keadaan. Janganlah dipertikaian sesuatu benda kalau ada penyelesaian mudah.

Apa kata, kalau rujuk kes ini kepada DBP untuk mohon perkataan lain yang merujuk kepada daging salai yang digaramkan? Mungkin nama anda akan tertulis sebagai seorang pengasas kepada istilah baharu.

Emm.. Buka minda dan buka hati.. Tidak bermaksud kita perlu jadi sesuka hati.

Kbai

Unknown said...

X payah lah makan klau was2.. senang cita.. tpuk dada tanya selera.. klau rsa lpas nmpk pkataan ham dan bacon tu msih slera.. mkn je la.. hehe.. dosa poket sndri..

Aisdol said...

beberapa bulan lepas aya ada menonton rancangan masakan oleh chef ammar. Resepi tertera di skrin tv daging bacon. Terkejut saya ketika itu. Jika daging sebenar lembu kenapa mesti guna perkataan bacon. Biarlah perkataan bacon hanya utk babi spy kita org islam tidak keliru. Jgn nanti bacon babi jadi halal krn menyangkakan bacon lembu. Semoga penulis berjaya menyampaikan tujuan sebenar. Saya bangga krn ada penulis yg sanggup bersusah payah demi menjaga org2 islam dr terus teraniaya. Walau isu nampak simple tp sgt membantu org2 spt saya. BIARLAH PERKATAAN BACON HANYA UTK BABI.

Anonymous said...

Tq kerana beri laluan iklan..

Anonymous said...

pening gak ni nak explain kat anak2 macam ni. Nak masak smoke beef tapi g supermarket cari bacon beef. Tapi pada masa yang sama nasihat kat anak2 label bacon and ham tak halal. Jangan makan. Ooo anak-anak pon mula bertanya itu ini. Minda yang pendek maybe cakap senang, tak payah makan aje terus. tapi untuk kemudian hari ape salahnya betulkan pemahaman minda sendiri. Correct words for the correct thing la. Ko gagah nak letak babi kt semua makanan pekejadah..Sesat betul la.

Anonymous said...

Walaupun artikel ni dh lama tpi selagi ia di internet ia akan sentiasa malar hijau.... cuma pelik la awak ni penulis.. kjap awak mcm xselesa dgan wiki.. pasti kjap awak setuju ngn wiki..

Unknown said...

boleh tak bagitahu org muslim guna NAMA
Danial dan Daud
Danial Muslim @ Bukan? Haram tak guna nama bukan ikut nama islam
Daud sudah pasti muslim

Sekadar perumpamaan....tak perlu kecoh klu rasa was was tak peru makan baik buat sendiri.....tapi klu kita rasa benda tubtak haram
PEACE AMONG US...

Fiza Mohd said...

yer...setuju dengan post ini.. saya juga baru KELIRU besar selepas tengok masak2 di chanel AFC. sebab itu lah saya google dan jumpa artikel ini..haraplah penguatkuasa di negara kita dan negara Islam lain guja istilah sendiri, walaupun resepi asal dari negara orang putih.

Anonymous said...

setuju tentang tu...tukar la istilah...kelirukan orang je

Anonymous said...

haritu sy termakan keropok yg mengndungi bacon powder die tulis situ..aduh mnyesal termakan time tu..

unknown said...

Assalamualaikum. Well blog ini mengelirukan. Perkara seperti ini tak patut dpeebesarkan sangat sedangkan kita ada bnyak perkara tentang islam boleh dibincangkan. Saya faham niat admin yang tidak mahu org islam keliru dalam pemakanan. Tetapi setiap manusia ada akal yang diberikan untuk berfikir. Lagipun hidup di malaysia bukan lah satu tempat yang susah untuk membezakan makanan halal dan haram. Kita ada Jakim yang tentukan makanan tersebut halal atau haram. Pegi makan dekat tmpat yang ada sijil halal sahaja dan pastikan tempat itu tidak menjual beer wine dan sebagainya. Walaupun dia tulis no pork or lard tak semestinya halal. Sebab maksud halal dalam islam adalah cara kita handle daging yg kita nak makan tu. Tak kisahlah daging apa pun perkataan apa pun yang kita guna. Kita sembelih atau tidak. Itu adalah perkara paling penting dalam islam. Dan semestinya daging khinzir adalah daging haram yang tak boleh disangkal lagi. Kalau dia kata beef pun kalau tak sembelih haram juga. Sebagai seorang muslim kita perlu bertanya dan memahami dari pihak ulama bukan dari en. Wikipedia. Hal2 berkaitan agama tidak sepatutnya diperbesarkan hanya kerana wikipedia. Kalau nak pasti tanya ustaz atau ulama. Tak mungkinlah dalam kawasan penduduk malaysia takde sorang pun ulama ataupun imam. Islam itu mudah. Jangan sempitkan perspektif islam dan mengelirukan pembaca yang betul2 ingin tahu. Sekian.

wankamarul701 said...

Unknown, 2 Januari 2018, mengatakan :

"Sebagai seorang muslim kita perlu bertanya dan memahami dari pihak ulama bukan dari en. Wikipedia. Hal2 berkaitan agama tidak sepatutnya diperbesarkan hanya kerana wikipedia. Kalau nak pasti tanya ustaz atau ulama. Tak mungkinlah dalam kawasan penduduk malaysia takde sorang pun ulama ataupun imam. Islam itu mudah. Jangan sempitkan perspektif islam dan mengelirukan pembaca yang betul2 ingin tahu."

Jangan tunjukkan kebodohan anda di sini. Di bawah artikel itu saya letakkan sumber iaitu daripada A Kadir Jasin, Tokoh wartawan Negara. Beliau merujuk penggunaan perkataan bacon dan ham mengikut kamus Oxford bukannya sumber Wikipedia.

Saya ulang, saya tulis artikel ini bukan merujuk kepada Wikipedia. Sila jangan tunjukkan kebodohan anda sekali lagi di sini. Harap maklum. Kamu tu salah faham. Saya nak highlightkan penggunaan perkataan bacon dan ham. Bukan kandungan makanan tersebut.

Anonymous said...

Danial tu nama nabi. Nabi Danial. Tak ramai yang tahu sebab nabi ade bratus orang. Tapi yang kita wajib tahu 25 orang je.
Sekian..

aNgkEr84 said...

Sebenarnye ini hanyalah "perkataan" atau "words" sahaja...Dan penulis menerangkan maksud asal "perkatan/words" ni dari pemahaman dan sumber rujukannya...
Bukan ianya menunjukkan isi kandungan perkataan tersebut...

Cuma di Malaysia,JAKIM memang ambil bulat2,sebiji2 maksud asal sesebuah perkataan/words yang digunakan tersebut.Ianya mengambil maksud asal usul perkataan tu.
Tapi jangan terlupa,setiap words di Dunia ni masih terdapat pindaannya...Dan ianya menerangkan maksud yang berlainan di lain2 Negara.

Tu sebab tiada larangan penggunaan perkataan tersebut di sesebuah negara lain...

Sebagai contoh lain :- Bak Kut Teh...Asal usul perkataan ni membawa maksud Daging Rusuk Teh/Herba.Dan asal usulnya adalah dari masyarakat Hokien yang memang makan khinzir terutamanya...So,ianya terus dikaitkan dengan khinzir...Sedangkan maksud asalnya adalah Daging Rusuk Teh/Herba...Dan bila ianya dikaitkan dengan Khinzir,ianya terus diwartakan perkataan membawa maksud haram oleh JAKIM.Sedangkan,masyarakat China Muslim masih tetap makan Bah Kut Teh dari sumber yang halal.

Jadi kesimpulannya disini,ianya hanya perkataan yang membawa maksud tertentu pada asalnya tetapi bukan pada zahirnya...Dan perkataan2 ni membawa maksud yang berlainan di tempat2 yang berlainan...

Jadi,ianya terpulang kepada diri sendiri dari mana pemahaman kita...Ianya luas...Jangan disempitkan...
Secara perkataan,ianya nampak sempit...Secara zahirnya,terdapat banyak lagi keluasannya...
Islam itu mudah...Tapi jangan ambil mudah...
Wallahualam...

Anonymous said...

pelik..ramai jgk yg condemn penulis..pa yg penulis bgtw tu betul..tgk pada kebaikan artikel nie..setelah faham artikel ie..boleh la hubungi jakim utk minta penerangan atau senarai nama restoran dan hotel 1 malaysia nie yg hidangkan makanan bacon n ham yg halal supaya xtersalah maka yg haram..niat yg baik eloklah disokong..bukan dijatuhkan..lebih teruk lau yg menjatuhkan tu org islam sndiri

Unknown said...

Terima kasih....saya baru order chicken ham....pas Baca artical ni..terus tak jadi makan... Batak La rugi duit aqu...

Setbersalin said...

Terima kasih atas penjelasan..

Bodohnya Oyien Latiff said...

Yang Tu Hamburger asal Usul nya dari kawasan Hamburg di Jerman. . Yg Buat Lawak Bodoh Kata Ham Tu Boleh Ketok Kepala Sendiri . . .

Anonymous said...

Bodohnya kau.. Tak paham konteks..

Unknown said...

Bg aku perkataan ham n bacon ni kita tak layak pakai...aku bg contoh la...pada bebudak baru nk up tak tau ape...kat Malaysia ni bacon dia kata halal...tiba kat luar negara...dia x usul periksa..order jugak bacon...anggapan nye kat malaysia halal...so ape kau rasa...telan la kau bacon kat luar negara tu...sedap ke tot hahahahah

Anonymous said...

Sbnr nya klau nak crita what IF lah kan. Klau bli nsi lemak kat tepi jln boleh ckp haram. Sbb what IF penjual nasi lemak tu msk nasi tu dgn air kencing babi? Stiap bnda kt bumi ni halal melainkan trbukti haram. Sbb prkataan what IF boleh menyusahkan hdup org islam. Sbb trlalu ragu2.

Anonymous said...

Begitu juga perkataan siput babi, kutu babi or even barbecue pon bunyi mcm babi Q. Jadi kita perlu tukar siput babi jadi snail? Xpatut kita nak salahkan bahasa. Ptut mak ayah ajr didik anak2. Supaya diorg thu bacon mne yg halal n mne yg haram. Begitu juga babi. Babi mne yg boleh pgg n babi mne yg xleh pgg.

merengkudoh said...

Anon march 19.. ko makan siput babi x?.. patut ko tak reti beza makanan dan haiwan liar

merengkudoh said...

Makin dilayan makin jahil aku tgk... banyak perkataan lain yg dpt diganti dr nak guna bacon dan ham.. tetap nak bertegang urat nak pakai jugak...

Ok simple q.. kalau beef dan pig bacon.. digabungkam dalam makanan... lepas tu dilabelkan sebagai Beef Bacon.. betul ke salah?
Jadi korang rasa nak makan tak.. sb label dia Beef Bacon..

Anonymous said...

Pada aku penulis adalah seorang yang bagus kerana memberi pandangan yang sepatut nya kita ambil peduli..
Sedar la kita semua yang kita ni hidup di bumi Malaysia yang mana majoriti nya orang Islam Dan agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia.. Kita juga lebih kepada imam syafie.. Jadi mencari halal itu adalah fardhu.. So sepatut nya perkataan yang berkaitan bacon ataupun ham ini diharamkan diguna di Malaysia.. Negara kafir sentiasa mencari jalan untuk merosakan negara Islam walaupun dalam perkara remeh seperti perkataan.. So kita kena sentiasa berhati2 wahai saudara2 ku..

Maleficent said...

Sy sebagai orang kg, meragui perkataan bacon sbb slalu tgk dalam tv, bacon tu adalah babi.. Smpai sy dgn kwn sy pergi ke restoran western.. Kami dh makan kek n pesan minuman.. Lepas tu konon2 nk tambah order.. Sy tgk perkataan bacon, beef bacon.. Trus sy tnjuk dgn kwn sy.. Sy ckp dgn dia.. Bacon tu bkn babi ka.. Kwn sy pn sma org kg mcm sy, kami berdua berpandangan sesama sndr.. Dan sjk tu.. Kami x pergi sna lg

Maleficent said...

Sy sebagai orang kg, meragui perkataan bacon sbb slalu tgk dalam tv, bacon tu adalah babi.. Smpai sy dgn kwn sy pergi ke restoran western.. Kami dh makan kek n pesan minuman.. Lepas tu konon2 nk tambah order.. Sy tgk perkataan bacon, beef bacon.. Trus sy tnjuk dgn kwn sy.. Sy ckp dgn dia.. Bacon tu bkn babi ka.. Kwn sy pn sma org kg mcm sy, kami berdua berpandangan sesama sndr.. Dan sjk tu.. Kami x pergi sna lg

mr.din said...

sy setuju dengan tt..beef=daging lembu, bacon=daging babi..istilah 'beefbacon' lebih tepat merujuk kepada campuran daging lembu & babi salai'..jika diguna pakai di malaysia..di bimbangi ade kekeliruan sekiranya pengguna tersalah beli produk ke premis atu reatoran non-halal. kebarangkalian jika pelanggan tersilap langkah boleh termakan daging babi..mula2 beefbacon..sekali termakan bacon terus dekat restoran burger p. ramly..

Unknown said...

Ya betul..

noraishah rose marie said...

Saya Orang America masuk islam. Duduk Malaysia dah 29 tahun. Di America kita guna perkataan beef bacon, chicken bacon, turkey bacon, turkey ham dan sebagai. Itu untuk orang yang nak lebih sihat dari pada daging babi antau orang yang tak makan daging babi sebab agama atau lain.Kalau saya pergi tempat yang tulis bacon sahaja saya fikir tidak hala, kalau tulis beef bacon saya fikir halal.

Anonymous said...

Saya baca artikal ini di tahun 2020.
Apakata Muslim sendiri membuat produk2 ini dan pasarkan?
Supaya org muslim itu sendiri yakin utk makan.
Jemput like page saya di Facebook Delishaz (ada gambar Smoked Brisket).
Kami ada menjual produk Frozen Smoked meat yang halal ianya terdiri daripada Smoked Beef, Smoked Chicken, Smoked Lamb, Smoked Brisket, Smoked Salmon dengan harga dan kualiti yg Insyaa Allah bakal buat anda semua berpuas hati dan anda dapat pelbagaikan masakan anda dengan Smoked Meat kami ini..saya yakin bagi penggemar masakan western pasti mereka gemar mencuba menu2 Smoked Meat utk di pelbagaikan lagi dlm masakan western mereka..
Mengapa kita perlu menolak selera orang lain yg gemar akan masakan western?
Kita muslim ambil semangat positif dan tanggungjawab untuk cuba menyediakan makanan itu dalam bentuk halal, proses yang halal dan akhirnya dapat menjual makanan yg halal.
Semoga dengan masalah yang timbul ini akan lebih ramai lagi peniaga2 muslim yang mahu menyediakan produk makanan western yg halal.

Unknown said...

Wahh tu lah dia..kadang ada guna bacon ni ..nasip x beli..was2 klu tgk daging tipis2 ni..

Anonymous said...

Jgn bertuhankan pak arab

Anonymous said...

Saya baca artikel 18 Mei 2021. Saya amat faham maksud suci blogger ni. Blogger ni tulis dalam bahasa Melayu yang mudah difahami.Banyak juga komen2 yang tak faham bahasa melayu rupanya. Kesian..semoga kebodohan tersebut tidak diwarisi oleh anak dan cucu.. Aamiin

Unknown said...

salah itu noraishah rose masuk islam bukan main main tau

azah said...

adakah salami itu halal

Anonymous said...

Assalam ... Nak tanye sikit ... Petik dari hadis atau al quran mane eh yang menyatakan penamaan sesuatu makanan jadi haram?

Salim Hj.Sedek said...

Ya, betul tu. Nape nak susah2 guna bacon ke, ham ke.... Malu ke nak tulis 'daging lembu salai' atau 'kepingan daging paha ayam'?.... Masalah timbul bila Melayu nak jadi Mat Saleh.....

syazwana said...

Kalau pergi negara turkey.. mereka ada bacon versi halal dimana bukan diperbuat daripada babi tapi lembu dan ayam tetapi kebanyakkan diperbuat daripada daging lembu .. saya baca wiki tu pun mcm berbelit .. dapat info bukan dari google tapi dari kawan turki dan banyak jugak tengok dekat youtube mereka pasal bacon turkey ni halal cuma saya tak akan makan sebab was² HAHA .. dekat malaysia pun ada juga bacon halal tapi bukan dari daging babi ..

Unknown said...

hi nak tanya ham yang frozen kita beli dekat family store tu halal lah kan sebab ada tanda halal jakim malaysia

Raudah said...

I know this post and comments are very old but I just came accross it. One huge reason why they chose to use the word ham or bacon eventhough they aren't pork is because they are producing them just like they produce ham and bacon. Something they call beefacon is almost like bacon but without the pork. You can't call it beef jerky because beef jerky is totally different and it tastes way different. Same like ham. I am a Muslim convert so I have experience with all the tastes of whatever that is in your list. Beef jerky and beef bacon have different textures and tastes and uses different parts of the meat. Also, beef jerky can be eaten just like that while bacon needs to be cooked first. To take the word bacon from the words beef bacon means you have to create a new name. Maybe call it.. sapian or lembun or beefany hahaha definitely not beef jerky

ABBY PROTON SEPANG said...

Kat situ ada keraguan dan was2 mcm2 cara penipuan yahudi nak kelirukan muslim. Saya meme x mkn mknan ada perkataan bacon @ ham..

Anonymous said...

Terima kasih atas penerangan yg berguna...sy tgh baca menu kt sebuah cafe ...sib baik belum order!

Anonymous said...

Mmg

rose said...

Hidup x de Iman didado tu la jadinya..turki .. Malaysia dll negara Islam dah dijajah fikiran unt membolehkn perkataan tu ..lama² diorg x kisah babbi tu dimakan percaya la ..tgk iman..tgk perangai pun lain macam x dengar kata ..chef Ammar pun pernah masak bacon halal tu dia..chef tu...sampai la ni x suka tgk rancangn dia dah masih teringat
..
Tolong la perkataan tu mmg khasssss tau tak khassss unt babbi
Sedap kot tp....berkuman ..Allah dah Kobo x dengo..nkkkkk juga..mm kome makan le..teman x hingin
Elok lagi beef jerky ...tau x jerky tu hapa ...lain Kali belajo..

Anonymous said...

Pd pendpt sy smoked beef atau smoked chicken

Anonymous said...

Smoked beef /smoked chicken

Anonymous said...

Mula2 halalkan nama supaya nanti org islam dah x rasa apa dgn nama. Pastu dia akan masukkan la bacon yg sebenar. Sapa blh check peniaga pun x tau. Dia org kira untung saja

Anonymous said...

Sokong