Assalamualaikum
w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Pada
hari ini, dapat dilihat bahawa ramai wanita di luar sana yang bertudung tetapi
masih lagi bertelanjang. Pendek kata mereka ini masih lagi tidak menutup aurat
sepenuhnya walaupun masih memakai tudung. Trend yang biasa dilihat pada hari
ialah :
1. Memakai
tudung tetapi masih lagi tidak menutup sepenuhnya lengan dari pergelangan
tangan sehingga ke bahu dan juga masih menunjukkan ekor rambut kepada orang
ramai. Firman Allah s.w.t. :
“Wahai nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah al-Ahzab : 59
Ayat di atas
jelas menunjukkan bahawa cara untuk mengenal perempuan yang baik-baik adalah
yang menutup aurat mereka dan mereka tergolong dalam golongan yang beriman.
2. Memakai tudung tetapi masih
menampakkan dada. Firman Allah s.w.t. :
“Katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan padangan mereka dan memelihara kemaluan
mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa)
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung hingga ke dadanya.”
al-Nur : 31
Semoga
kita dapat menasihati dan menegur antara satu sama lain. Adalah amat besar
kemungkaran Allah s.w.t. sekiranya kita menyeru kebaikan tetapi kita masih
tidak membuat kebaikan tersebut. Akan tetapi, kemungkaran Allah s.w.t. adalah
lebih besar sekiranya kita melakukan kebaikan tetapi tidak mengajak orang lain
membuat kebaikan. Wallahua’lam.
Sekian,
terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
1 comment:
Al Mar'ah Solehah khoirun mina dunya wa ma fiha..cmna nk tegur kwn2 dkt opis yg masih lagi tnpa segan silu tidak menutup aurat,berpkaian ketat,pkai tudung tidak menutup dada,walhal mereka tahu kewajipan menutup aurat itu..
Post a Comment