Sunday, March 3, 2013

Ramai yang Memakai Tudung Tetapi Masih Bertelanjang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Pada hari ini, dapat dilihat bahawa ramai wanita di luar sana yang bertudung tetapi masih lagi bertelanjang. Pendek kata mereka ini masih lagi tidak menutup aurat sepenuhnya walaupun masih memakai tudung. Trend yang biasa dilihat pada hari ialah :

1. Memakai tudung tetapi masih lagi tidak menutup sepenuhnya lengan dari pergelangan tangan sehingga ke bahu dan juga masih menunjukkan ekor rambut kepada orang ramai. Firman Allah s.w.t. :

“Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah al-Ahzab : 59

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa cara untuk mengenal perempuan yang baik-baik adalah yang menutup aurat mereka dan mereka tergolong dalam golongan yang beriman.

2.      Memakai tudung tetapi masih menampakkan dada. Firman Allah s.w.t. :

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan padangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung hingga ke dadanya.” al-Nur : 31

Semoga kita dapat menasihati dan menegur antara satu sama lain. Adalah amat besar kemungkaran Allah s.w.t. sekiranya kita menyeru kebaikan tetapi kita masih tidak membuat kebaikan tersebut. Akan tetapi, kemungkaran Allah s.w.t. adalah lebih besar sekiranya kita melakukan kebaikan tetapi tidak mengajak orang lain membuat kebaikan. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Al Mar'ah Solehah khoirun mina dunya wa ma fiha..cmna nk tegur kwn2 dkt opis yg masih lagi tnpa segan silu tidak menutup aurat,berpkaian ketat,pkai tudung tidak menutup dada,walhal mereka tahu kewajipan menutup aurat itu..