Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Selesai Kursus Perkhidmatan Pelanggan 20-21 Februari 2013 yang lalu. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari tempoh 2 hari tersebut. Antara tips-tips yang menarik ialah :
1. Dalam perniagaan, ia mempunyai cara bersalamnya yang
tersendiri. Jangan bersalam secara 'kampung'. Jarak kita dengan pelanggan perlu
bersamaan dengan hasta kita. Bersalam dengan sebelah tangan sambil menunduk
sedikit tanda hormat. Jangan bengkokkan tangan ke sebelah kiri apabila bersalam
yang menunjukkan kita lebih dominan daripada pelanggan dan jangan
menggoncangkan tangan apabila bersalam.
2. Jangan menceritakan masalah organisasi kepada pelanggan
apa yang kita alami sekiranya ia membuat aduan yang berkaitan kepada kita.
3. Saya tidak berapa setuju apabila mengatakan bahawa kita tidak
boleh memakai pakaian gelap di siang hari dan ia sesuai digunakan pada waktu
malam. Sekiranya begitu, apa gunanya pasar raya menjual baju-baju pejabat
berwarna gelap. Lebih setuju dengan kursus dahulu yang mengatakan kita perlu
memakai warna baju baju dan seluar secara bersilang di mana terdapat kombinasi
cerah dan gelap salah satunya.
4. Di dalam menyelesaikan masalah klien/staf. Jangan cuba
memberikan idea kepada mereka. Wujudkan keadaan di mana mereka memikirkan
sendiri cara idea untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Ini sahaja tips-tips yang menarik yang boleh dikongsikan bersama anda. Semoga anda dapat memanfaatkannya!
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
1 comment:
hopefuly kursus sbegini dpt mengubah organisasi kita kpd yg lbih baik..inshaAllah..berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
Post a Comment