Saturday, September 8, 2012

Umpan Kad Kredit

Sekiranya seseorang ingin memancing ikan, sudah tentu dia meletakkan umpan pada rod pancingnya seperti cacing dan sebagainya supaya dapat memperolehi ikan apabila mengail. Begitu juga dengan kad kredit, pihak-pihak institusi kewangan menawarkan pelbagai faedah kepada pelanggan-pelanggannya supaya mereka terus menggunakan perkhidmatan mereka yang ditawarkan. Banyak juga perkara yang boleh kita kongsikan bersama mengenai umpan kad kredit ini. Saya petik mengenai perkara ini daripada majalah Readers Digest Edisi Bulan September 2012.

Antara ‘senjata’ paling utama untuk memastikan pelanggan terus menggunakan kad kredit ini ialah menawarkan pulangan wang tunai dengan peratus tertentu apabila berbelanja pada jumlah tertentu. Selain menawarkan bayaran balik tunai, kad kredit juga menawarkan mata atau point tertentu apabila berbelanja. Walaubagaimanapun, pulangan dalam bentuk wang tunai paling banyak menarik pengguna kad kredit. Semakin banyak berbelanja, maka semakin tinggi peratus pulangan balik wang tunai tersebut.

Sekiranya kita melihat kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank iaitu Maybankard 2 Card American Express, ia memberikan 5 peratus pulangan balik bagi pembelian barangan runcit pada hari minggu dengan pembelian maksimum RM50 sebulan dan 5 kali mata TreatsPoints untuk setiap RM1 apabila ia digunakan. Sehingga akhir September 2012, 100 pemegang kad ahli American Express yang menggunakan kad ini RM2,000 seminggu akan menerima 20 peratus pulangan balik wang tunai iaitu sehingga RM400 sebulan. Selain itu, sesiapa merupakan pelanggan pertama kali yang mendaftarkan kad kredit Maybank  dan memilih Maybankard 2 Card American Express boleh mendapat bayaran balik tunai sebanyak RM100 apabila berbelanja RM800 atau lebih dalam tempoh 60 hari.

Ada juga tawaran kad kredit yang khusus untuk pembelian petrol. Contohnya, kad kredit Public Bank - Esso Mobil menawarkan rebat 5 peratus bagi pembelian petrol dan juga barangan bukan petrol di Stesen Minyak Esso dan Mobil di seluruh negara dengan pembelian maksimum RM50 sebulan.

Begitu juga dengan kad kredit yang ditawarkan oleh RHB Bank. Bank ini menawarkan 3 jenis kad iaitu RHB Travel Money Card yang menawarkan rebat untuk pembelian petrol, RHB Platinum Card yang menawarkan pulangan balik wang tunai untuk makan malam di hujung minggu termasuk rebat istimewa sekiranya jatuh pada hari jadi pemegang kad dan Tesco-RHB Credit Card yang menawarkan  rebat untuk pembelian barangan runcit di pasar raya Tesco.

Dapat kita perhatikan bahawa banyak tawaran-tawaran istimewa yang  ditawarkan oleh pihak bank bagi menarik perhatian orang ramai bagi menggunakan kad kredit. Kita mungkin terpedaya dengan umpan pulangan wang tunai, mata, atau rebat tertentu. Natijahnya, kita akan menggunakan kad kredit tersebut sehingga tahap maksimum. Kita harus ingat bahawa kad kredit merupakan caj tertinggi yang dikenakan berbanding dengan produk-produk bank yang lain iaitu 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Tuan, Ada kebaikan juga menggunakan kad kredit ini dengan syarat yang ketat iaitu membayar tepat pada masanya dan mengambil peluang keuntungan dengan point/rebet yang ditawarkan. setakat hari ini sy dah berjaya membuat tuntutan point tersebut dengan barangan elektrik tanpa sebarang interest yang dikenakan.

wankamarul701 said...

Memang benar setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukannya. Saya dapati daripada kebanyakan orang yang menggunakan atau telah menggunakan kad kredit ternyata bahawa kad kredit lebih membawa keburukan daripada kebaikan.