Apakah yang
dimaksudkan dengan pelaburan sebenarnya? Pelaburan merupakan meletakkan
sejumlah dana tertentu dengan tempoh tertentu dan mengharapkan pulangan yang tertentu. Ia juga mengambil kira risiko-risiko yang dihadapi sama ada tiada
risiko, berisiko sederhana dan berisiko tinggi.
Apabila disebut
melabur, ia juga mengambil kira jumlah dana yang kita sanggup keluarkan untuk
dilaburkan. Berapakah jumlah duit kita yang kita ingin laburkan sebenarnya?
Berapakah jumlah pulangan dividen yang kita kehendaki pada masa akan datang?
Semakin banyak melabur, maka semakin banyak pulangan dividen yang diperolehi.
Begitu juga dengan tempat pelaburan yang berisiko, semakin tinggi risikonya,
maka semakin tinggi pulangan dividen yang diberi.
Pelaburan juga
dikenali sebagai pendapatan pasif. Ini adalah kerana wang yang bekerja untuk
anda. Sekiranya anda tidak bekerja sekalipun, wang ini akan datang kepada anda
pada tempoh tertentu. Ini adalah hasil usaha anda sendiri yang sanggup
berkorban pada hari ini untuk mendapatkan pulangan pada hari esok.
Seringkali yang
menjadi kesilapan kepada yang ingin melabur ialah mereka beranggapan bahawa
mereka tidak boleh mengambil wang pelaburan tersebut sekiranya untuk digunakan.
Memang benar, wang pelaburan tidak boleh untuk digunakan. Anda perlu
menyimpannya untuk tempoh tertentu untuk mendapatkan dividennya. Sekiranya wang
tersebut anda ingin gunakan, jangan sesekali menggunakannya untuk melabur.
Mungkin ada komitmen lain yang perlu diutamakan.
Apabila anda
mengatakan bahawa anda tidak mahu melabur kerana wang tersebut tidak boleh
diambil. Anda perlu membuat kiraan perbelanjaan anda sebulan. Ini adalah penting
untuk mengetahui lebihan atau surplus
duit anda yang boleh digunakan untuk melabur. Kemudian, tingkatkan jumlah
pelaburan anda dari tahun ke tahun menggunakan sebahagian kenaikan gaji tahunan
anda. Nilai pelaburan anda akan naik berkali-ganda dengan membuat cara
sebegini.
Anda perlu
mengetahui instrumen-instrumen pelaburan yang menawarkan pulangan dividen yang
lumayan. Tempat-tempat pelaburan yang memberi pulangan dividen yang paling
tinggi perlu diberi keutamaan sekiranya anda ingin melabur. Buat potongan gaji
semaksimum mungkin di tempat pelaburan ini. Ini akan memberi faedah berganda
kepada anda.
Seterusnya,
setelah mendapat dividen anda mungkin terfikir apakah hasil pulangan dividen
ini hendak dibuat. Sudah tentu anda akan fikir untuk membeli gadget-gadget atau
barang-barang idaman anda. Tetapi saya tidak berbuat demikian, saya menggunakan
duit dividen tersebut dengan melaburkannya semula ke dalam akaun saham amanah.
Saya pasti saya akan menlipat-gandakan duit saya sendiri melalui usaha sendiri
tanpa mana-mana pinjaman bank. Inilah kuasa strategi pelaburan.
Sebenarnya, apa
yang anda impikan hari esok adalah apa yang anda usahakan hari ini. Sekiranya
besar pengorbanan anda dengan menangguhkan kepuasan anda terlebih dahulu pada hari
ini, maka makin banyak hasil tuainnya pada hari esok. Keputusan terletak pada
tangan anda. Mulakan pelaburan pada hari ini!
Sekian, terima
kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment