 |
| Angkatan Tentera Itali di Tripoli. |
Ketika pemerintahan
Khilafah Uthmaniyah sedang kewalahan dalam mempertahankan wilayah mereka di
Anatolia Timur, mereka menghadapi krisis baru di Laut Tengah. Wilayah Benghazi
dan Tripoli di Libya adalah wilayah kekuasaan Khilafah Uthmaniyah di Afrika
Utara setelah pendudukan Perancis di Algeria (1830) dan Tunisia (1881). Itali
yang merupakan sebuah negara baharu yang ditubuhkan pada tahun 1871 di bawah pemerintahan
Raja Victor Emmanuel III berhasrat untuk menguasai Libya bagi memenuhi
cita-cita kuasa imperialnya.
Itali tahu bahawa
tiada kuasa Eropah yang akan menghalang cita-citanya untuk menguasai Afrika
Utara dengan tindakan ketentetaan setelah membuat perjanjian dengan neutral
dengan British dan Perancis sebelumnya. Itali melancarkan serangan ke atas
Libya pada 29 September 1911 di kota-kota pesisiran pantai.
Manakala angkatan
tentera Uthmaniyah yang menjaga Libya hanyalah 4,200 orang dan tiada sokongan
angkatan tentera laut bagi menghadapi ketumbukan tentera Itali yang berjumlah
lebih daripada 34,000 orang. Menteri Perang Uthmaniyah ketika itu mengakui kepada
tentera-tentetanya bahawa Libya tidak lagi dapat dipertahankan. Pada minggu
pertama Oktober 1911, kota-kota pesisiran pantai Uthmaniyah di Tripoli (Libya
Barat) dan Benghazi (Libya Timur atau dikenali sebagai Cyrenaica) telah jatuh
ke tangan Itali.
Pada waktu yang
sama, kepimpinan Khilafah Uthmaniyah berbelah bahagi terhadap serangan yang dilancarkan
oleh Itali. Wazir dan pemerintah Uthmaniyah merasakan bahawa Libya tidak lagi
dapat dipertahankan dan usaha untuk melancarkan serangan balas ke atas Itali adalah sia-sia sahaja. Manakalan
Gerakan Turki Muda berpendapat mereka tidak boleh menerima kehilangan wilayah
Uthmaniyah tanpa peperangan.
Pada awal Oktober
1911, Mejar Enver yang merupakan pemimpin Parti CUP bertolak ke Salonica untuk
berbincang dengan Jawatankuasa Pusat CUP. Dalam pertemuan ini, beliau mengajak
rakan-rakannya untuk melancarkan perang gerila ke atas Libya di Itali. Pasukan
berkuda terdiri daripada orang-orang Arab dan penduduk Libya yang akan dipimpin
oleh tentera Uthmaniyah untuk melancarkan serangan hendap ke atas tentera dan angkatan
kecil Itali. Jika musuh terlalu kuat, pasukan ini akan menarik diri ke daerag
terbuka dan terus menggangu musuh pada setiap masa.
Para pejuang gerila
ini menggelarkan diri mereka sebagai fedai iaitu pejuang yang rela
mengorbankan diri mereka untuk misi mereka. Walaupun mereka dianggap sebagai
petualang kerana mengingkari arahan pemerintah untuk mempertahankan Libya,
namun kerajaan Uthmaniyah menghantar bayaran bulanan kepada para pejuang di
Libya ini.
Enver menumpukan
usaha untuk melancarkan perang gerila di wilayah timur Benghazi. Angkatan
tentera Itali menumpukan penempatannya di tiga kota pelabuhan Cyrenaica iaitu
Benghazi, Derna, dan Tobruk. Tentangan keras oleh suku kaum Libya berjaya
mencegah tentera Itali daripada bergerak keluar daripada kota-kota pantai itu
ke pedalaman Libya.
Setelah memantau
kedudukan tentera Itali, Enver mendirikan perkhemahannya di dataran tinggi yang
menghadap pelabuhan Derna. 10,000 penduduk di sini membenci kehadiran tentera
penjajah Itali yang seramai 15,000 orang di sini. Tentera Itali di sini menjadi
sasaran utama Enver Pasha. Beliau mengumpul tentera Uthmaniyah, merekrut
pejuang tempatan, dan pengikut Sanussi bagi menentang tentera Itali. Ketika ini,
beliau menubuhkan badan perisikan Uthmaniyah yang pertama yang dikenali sebagai
Teskilat-i Mahsusa (Organisasi Khas).
Banyak suku Arab di
Libya yang bergabung dengan tentera Uthmaniyah. Mereka menghargai Gerakan Turki
Muda yang sanggup turun ke Libya bagi membela penduduk di sini dan
mempertaruhkan nyawa mereka untuk kemerdekaan dari kekuasaan asing. Walaupun
mereka tidak mempunyai bahasa yang sama, ikatan Islam terbukti sangat kuat
antara perwira Turki Muda berbahasa Turki dan suku Libya berbahasa Arab. Sepanjang
berada di Libya, Enver Pasha memperoleh keyakinan besar kemampuan Khilafah
Uthmaniyah menggunakan sentimen agama dalam melawan musuh-musuhnya sama ada di
dalam negeri ataupun di luar negeri.
Antara bulan
Oktober 1911 dan November 1912, para perwira Turki Muda dan suku Arab melakukan
perang gerila yang sangat berjaya melawan pasukan tentera Itali. Walaupun
mempunyai bilangan anggotan tentera yang ramai di samping dilengkapi dengan senjata
moden, pasukan Itali tidak mampu untuk keluar dari benteng pertahanan mereka
untuk menduduki daerah pedalaman Libya.
Tentera Itali yang
terkorban sepanjang tempoh ini ialah seramai 3,400 orang dan 4,000 orang
tercedera dalam tempoh satu tahun ini. Peperangan ini memakan duit
perbendaharaan yang besar di pihak Itali manakala pemerintah Uthmaniyah menghabiskan
sekitar 25,000 Lira Turki sebulan untuk membiayai kegiatan perang Enver dalam usaha
mengepung Derna. Untuk tempoh jangka masa pendek, usaha Gerakan Turki Muda akan
berhasil dan tentera Itali didesak untuk berundur.
Oleh kerana terus
gagal untuk menduduki Libya, Itali menyerang wilayah Khilafah Uthmaniyah di
tempat-tempat yang lain. Pendudukan Itali di Libya akan berhasil melalui
perjanjian damai yang rasmi dengan Khilafah Uthmaniyah.
Untuk menekan
Istanbul agar menuntut perdamaian, angkatan laut menyerang wilayah Uthmaniyah
di Laut Tengah Timur. Musuh Islam ini mengebom pelabuhan Lubnan di Beirut pada
Mac 1912 dan tenteta Itali menduduki Dodecanese (kepulauan laut di Aegean yang
didominasi Rhode dan sekarang merupakan wilayah Greek) pada Mei tahun yang sama.
Pada Julai 1912, angkatan laut Itali mengirim kapal torpedo ke Itali.
Akhirnya, pasukan Itali
memainkan isu di Balkan. Greek, Yunani, Serbia, Montenegro, dan Bulgaria telah
menandatangani perjanjian persekutuan untuk menentang bekas penguasa mereka,
Khilafah Uthmaniyah. Setiap negara ini bercita-cita untuk menguasai wilayah
Khilafah Uthmaniyah yang masih berbaki di Balkan iaitu Albania, Macedonia, dan
Thrace. Putera Mahkota Itali memiliki hubungan penikahan dengan Raja Nicholas I
dari Montenegro dan pemerintah Itali mendorong Montenegro untuk menyatakan
perang terhadap Khilafah Uthmaniyah pada 8 Oktober 1912 manakala negara-negara
Balkan yang lain masih belum mengikut jejak Montenegro untuk berperang.
Taktik Itali pada
kali ini berjaya. Ancaman perang di Balkan menimbulkan konflik di Istanbul dan
Libya. Dengan berusaha untuk mempertahankan wilayah terpencil seperti Tripoli
dan Benghazi, pemerintah Uthmaniyah secara tidak langsung telah melemahkan
penguasaannya di wilayah Balkan.
Sepuluh hari
selepas Montenegro mengisytiharkan perang, Khilafah Uthmaniyah menandatangani perjanjian
damai dengan Itali di mana mereka terpaksa melepaskan wilayah Libya kepada
kekuasaan Itali. Para perwira fedai meskipun berasa malu untuk meninggalkan
rakan-rakan Libya mereka. Para pejuang Libya kini terpaksa melanjutkan perang
gerila tanpa bantuan daripada Khilafah Uthmaniyah. Para pejuang fedai ini
terpaksa kembali ke Istanbul untuk bergabung dalam perjuangan nasional untuk
mempertahankan kedaulatan negaranya untuk terlibat dalam peperangan yang
dikenali sebagai Perang Balkan Pertama.
Sumber: Eugene Rogan,
The Fall of The Khilafah: Perang Besar yang Meruntukan Khilafah Uthmaniyah dan
Mengubah Selamanya Wajah Timur Tengah, 2015.