Tuesday, October 7, 2025

Kita Memarahi Orang Cina Jika Tidak Fasih Berbahasa Melayu tetapi Kita Tidak Marah Orang Melayu Tidak Fasih Berbahasa Cina

Sebagai masyarakat majmuk, kita akan memarahi sekiranya orang Cina sekiranya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun telah tinggal di Malaysia sejak sekian lama.

Akan tetapi, kita tidak akan memarahi orang Melayu sekiranya tidak fasih berbahasa Cina.

Sebaik-baiknya orang Melayu perlu juga fasih berbahasa Cina. Orang Melayu juga perlu juga fasih berbahasa Cina kerana ekonomi Malaysia pada hari ini telah dipegang oleh orang Cina.

Walaupun keadaan telah berubah sekarang jika dibandingkan sebelum tahun 1990-an dahulu, orang Melayu kurang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah cina. Sekarang, orang Melayu sekarang sudah ada menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah kebangsaan aliran Cina. Mungkin ada di kalangan orang-orang Melayu sudah fasih berbahasa Cina tetapi tidak ramai.

Ini bukanlah rasis. Dalam untuk mencapai keseimbangan pembahagian kek ekonomi, orang Melayu juga sepatutnya menguasai Bahasa Cina kerana bangsa ini menguasai dalam lapangan perdagangan dan perniagaan negara ini.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, October 4, 2025

Cuit-Cuit: Awek Israel bagi Warning kepada Aktivis GSF

 


Salah Melabur, Duit Melebur.

Salah Melabur, Duit Melebur. Itu tajuk khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib semalam.

Khatib mengingat para jemaah semua agar berhati-hati dengan zaman sekarang dengan scammer yang banyak memperdayakan duit orang ramai. Contohnya, dividen yang memberi pulangan tinggi, love scam, dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa faktor ekonomi yang selalu menekan membuatkan orang ramai mudah terpedaya untuk terlibat dalam pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal.

Pihak scammer pula mengambil kesempatan ke atas kehidupan orang ramai yang dihimpit dengan tekanan ekonomi, harga barang naik  dengan pelaburan yang tidak masuk akal dengan memperdaya orang ramai.

Akhirnya duit yang dilabur oleh orang ramai melebur di tangan scammer.

Scammer tidak tahu dosa apa itu pahala. Selagi boleh mendapat duit orang ramai melalui tipu daya, selagi itu perkara ini akan dibuat.

Tidak dinafikan bahawa faktor ekonomi memang menekan sekarang. Tetapi peluang membuat wang cara halal pun sangat mudah sekarang. Lihat sahaja media sosial, ramai orang mudah membuat wang sekarang di media sosial dengan menjual barang secara live.

Elakkan pelaburan yang tidak masuk akal yang disediakan oleh pihak scammer yang bersiap-siaga menipu sesiapa sahaja.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, October 2, 2025

Sudah Dijangka Kumpulan Global Sumud Flotilla akan Ditahan oleh Israel

 


Harapan untuk kumpulan Global Sumud Flotilla yang merupakan konvoi pelayaran untuk membawa bantuan kemanusiaan tiba di Gaza yang dijangka pada jam 6.00 petang ini hancur berkecai apabila kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini telah dipintas oleh tentera IDF Israel.

Israel akan menggunakan 1,001 cara untuk menghalang apa-apa bantuan daripada tiba di Gaza. Sememangnya Israel ingin penduduk Gaza mati kelaparan. Dendam kesumat sekian lama masih lagi belum reda oleh bangsa pengganas ini.

Sehingga artikel ini ditulis seramai 15 orang warganegara Malaysia telah ditahan oleh tentera IDF. Saya tidak rasa pihak Israel akan mengancam nyawa mereka dan kita berharap mereka akan dilepaskan dan selamat pulang semula ke tanah air.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com


Wednesday, October 1, 2025

Tidak Mungkin Hamas Menerima Perjanjian Damai yang Dibuat Secara Unilateral antara Amerika Syarikat dan Israel.

 


Semalam, Ketua Pengganas Dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu telah membentangkan 20 syarat untuk mencapai pendamaian di Gaza.

Jika dilihat pembentangan yang dibuat ini, ia dibuat secara sepihak sahaja iaitu di pihak Amerika Syarikat dan Israel sahaja tanpa mengajak mana-mana pihak yang mewakili Hamas. Sudah tentu keadaan ini adalah berat sebelah jika diteliti semua syarat-syarat yang dikenakan.

Antara syarat yang mungkin berat untuk diterima oleh Hamas ialah Hamas mestilah melupuskan senjatanya dan tidak boleh terlibat dalam pemerintahan di Gaza. Sudah tentu syarat ini adalah berat Hamas manakah mungkin Hamas ingin melupuskan senjatanya.

Jika perlu melupuskan senjata mereka, bagaimana Hamas ingin melindungi penduduk-penduduk di Gaza dan mengancam penaklukan Israel di Gaza? Begitu juga Hamas tidak boleh terlibat dalam pemerintahan ataupun politik di Gaza. Bukankah Hamas merupakan parti politik yang sah dipilih oleh penduduk Palestin sendiri? Adalah mustahil Hamas ingin melepaskan kuasa politik di Gaza setelah bertahun-tahun berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka.

Dari sudut yang lain antara syarat yang dibentangkan oleh Ketua-Ketua Pengganas Dunia ini, ia sudah tentu akan menarik minat penduduk Gaza supaya Hamas menerima syarat genjatan senjata ini kerana antara syarat yang lain yang ditawarkan ialah tentera Israel akan berundur secara berperingkat dari bumi Gaza dan dalam masa yang sama Gaza akan dibangunkan semula di atas kemusnahan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan Israel sendiri. Secara halus boleh dilihat agar syarat genjatan ini ingin memancing penduduk Gaza untuk menolak pihak Hamas agar pendamaian dapat dicapai dengan segera.

Akan tetapi, saya tidak fikir Hamas dan penduduk Gaza untuk beralah menerima perjanjian genjatan senjata ini akan peperangan dapat ditamatkan. Sudah tentu Hamas ingin peperangan ini ditamatkan tanpa syarat dengan pihak Israel berundur tanpa syarat.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, September 30, 2025

Pastikan Nutrisi Pemakanan Anak-Anak Mencukupi

Harga barang makin naik saban hari.

Kadang-kadang kenaikan gaji tahunan adalah tidak mencukupi disebabkan kadar inflasi tahunan adalah melebihi nilai gaji tahunan. Dengan kata lain, gaji bulanan adalah tidak dapat menampung kos hidup.

Gaji bulanan diperlukan untuk membayar pelbagai komitmen seperti kereta, rumah, perbelanjaan anak-anak, dan sebagainya.

Dalam pada itu, kita tidak harus memotong perbelanjaan pemakanan anak-anak kerana pemakanan adalah penting untuk tumbesaran anak-anak.

Jika pemakanan anak-anak dipotong sudah tentu mereka perlu berlapar di dalam kelas untuk belajar.

Ini adalah tidak baik untuk mencapai kecemerlangan akademik bagi anak-anak untuk jangka panjang.

Mahu tidak mahu ibu bapa perlu memastikan pemakanan atau nutrisi pemakanan anak-anak adalah mencukupi pada setiap hari.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2025

Anwar Ibrahim, Jangan bagi Minyak Subsidi Bersyarat Jika Ikhlas Ingin Membantu Rakyat.


Anwar Ibrahim ataupun PMX pada awalnya mengumumkan minyak RON 95 diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter. Penjimatan sebanyak 6 sen bagi setiap liter bagi pembelian minyak ini.

Kemudian, pada 22 September 2025 minyak RON 95 dihadkan kepada 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia. Itu pun mesti menunjukkan IC dan lesen di stesen minyak jika ingin membeli dan mengisi minyak.

Tidak cukup dengan itu, negara digegarkan sekali dengan pengumuman bahawa minyak subsidi ini hanya dihadkan pengisian sekali sahaja sehari pada 23 September 2025.

Ini bermakna jika rakyat Malaysia telah mengisi minyak subsidi RM1.99/ liter, maka ia perlu mengisi minyak dengan harga RM2.60/ liter untuk kali kedua. Perkara ini sudah tentu membebankan rakyat Malaysia jika bergerak untuk jarak jauh seperti pulang ke kampung dan sebagainya.

Ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, adakah Anwar Ibrahim ikhlas ingin menolong rakyat Malaysia? Ada baiknya minyak RON 95 dikekalkan pada harga RM2.05/ liter sahaja.

Rasanya tidak berbaloi jika teriakan reformasi selama puluhan tahun oleh Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak hanya memberi minyak subsidi secara bersyarat kepada rakyat Malaysia.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Jika PAS dan DAP Merupakan Parti Terkuat di Semenanjung Malaysia Sekarang Maka UMNO akan Menjadi King Maker dalam PRU-16 Nanti

Situasi kedudukan kerusi parlimen sekarang adalah seperti berikut;

1. Kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu 75 peratus dan ke atas – 59 kerusi parlimen.

2. Kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu sebanyak 55 peratus dan ke bawah – 80 kerusi parlimen.

3. Kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu antara 55 peratus – 75 peratus – 52 kerusi parlimen.

Pada masa sekarang, kerusi parlimen di Malaysia dipengaruhi oleh pengundi yang berasaskan kaum. PH secara maksimum dijangka hanya boleh menguasai kerusi parlimen antara 80 – 82 kerusi parlimen sahaja dalam PRU-16.

Dari segi kerusi parlimen mengikut parti, PAS dan DAP merupakan parti terkuat jika mengikut keadaan sekarang di mana bilangan kerusi PAS ialah sebanyak 43 kerusi parlimen dan DAP ialah sebanyak 40 kerusi parlimen.

PAS dijangka akan terus menguasai negeri pantai Timur dan Utara iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis, dan Kedah manakala DAP akan terus menguasai kerusi-kerusi di kawasan bandar.

Sudah tentu tiada parti secara tunggal dapat menguasai parlimen dengan 112 kerusi parlimen. Oleh itu, mana-mana gabungan ataupun pakatan perlu dibuat jika ingin menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

UMNO ataupun BN boleh bertanding secara solo dalam PRU-16 akan datang. Jika UMNO – BN masih boleh memenangi kerusi sekitar 30 – 40 kerusi parlimen dalam PRU-16 akan datang dan bertanding secara solo, sudah tentu UMNO – BN akan menjadi king maker dan boleh berpakat dengan mana-mana pakatan ataupun gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dalam paca PRU-16 akan datang.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Wednesday, September 17, 2025

Perdana Menteri daripada PAS Memberi Mesej bahawa Tiada Lagi Parti Melayu yang Dapat Melindungi Hak-Hak Orang Melayu

Bismillah.

Muktamar PAS yang berlangsung pada 15 – 16 September 2025 yang mencadangkan supaya Perdana Menteri pasca PRU-16 akan datang adalah perlu datang daripada PAS. Hal ini memberi mesej yang jelas bahawa tiada lagi parti-parti Melayu yang dapat melindungi hak-hak orang Melayu di negara ini.

Isu-isi yang timbul seperti URA yang melibatkan Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa pimpinan Melayu di peringkat Pusat sama ada daripada UMNO dan PKR sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan isu-isu orang Melayu. Selain itu, projek-projek mewah yang dijalankan di Pulau Pinang yang didominasi oleh pimpinan DAP yang mendapat peruntukan kewangan yang besar daripada Kerajaan Pusat seperti dalam membuat Penang Hill, LRT, dan sebagainya menunjukkan Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Kewangan tidak mampu untuk membuat apa-apa di dalam kerajaan sekaligus menunjukkan bahawa kuasa politik orang Melayu sudah mula berkurangan. Ini mengukuhkan tanggapan bahawa PAS sahaja dilihat sekarang yang mampu untuk melindungi kepentingan-kepentingan orang Melayu pada masa akan datang.

PH pimpinan Anwar Ibrahim gagal untuk melaksanakan apa janji-janji reformasinya seperti yang dilaungkan dahulu sewaktu menjadi pembangkang. Ini membuatkan orang mengatakan bahawa pentadbiran Najib suatu ketika dahulu adalah lebih baik daripada sekarang. Pentadbiran Anwar Ibrahim seolah-olah mentadbir kerajaan secara Pak Man Telo iaitu memotong subsidi rakyat bagi memberi projek kepada kroni. Realitinya, rakyat terus hidup melarat dengan kos kehidupan yang meningkat dari masa ke semasa.

Dengan mengambil kata-kata azimat Tun Abdul Razak, “Jika berlaku apa-apa kepada UMNO, PAS adalah menjadi pilihan orang Melayu.” Realitinya ini yang berlaku. UMNO selepas kalah dalam PRU-14 pada tahun 2018 dilihat sudah tidak bermaya lagi untuk bangkit semula. Lebih dari itu, UMNO dilihat berlagak seolah-olah masih memegang majoriti di parlimen. Jika ada pun ada pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin memulihkan semula UMNO, ia dilihat sebagai tidak menyeluruh dan gagal untuk menambat semula hati orang Melayu untuk menyokong parti ini.

Jika melihat kedudukan kerusi parlimen sekarang, PAS dan DAP merupakan parti terkuat di seluruh Malaysia di mana PAS masih dilihat mampu untuk menguasai negeri-negeri Pantai Timur dan Utara dan DAP dilihat terus mampu untuk menguasai kerusi-kerusi parlimen di kawasan bandar. Untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan selesa, PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Oleh itu, bertanding secara solo adalah mustahil bagi PAS jika ingin mentadbir Persekutuan. Sehubungan dengan itu, PAS perlu menguatkan kedudukan parti sekutunya dalam Perikatan Nasional khususnya Bersatu dalam usaha untuk memenangi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang.

Dalam keadaan ini UMNO sudah tentu berada dalam dilemma sama ada untuk bersekutu dengan PN atau PH dalam PRU-16 akan datang. Mahu tidak mahu UMNO hanya akan menjadi penumpang sahaja dalam kerajaan kerana tidak mampu lagi untuk memenangi kerusi Parlimen dengan majoriti besar sepertimana zaman kegemilangan dia dahulu. Zaman itu sudah pun berlalu bagi UMNO melainkan dia hanya akan menjadi king maker ataupun kerusi penentu bagi mana-mana gabungan dalam PRU akan datang jika parti ini bertanding secara solo.

Kesimpulannya, PAS mempunyai peluang yang cerah dalam PRU akan datang untuk membentuk Kerajaan Persekutuan sekiranya ia berjaya memainkan isu-isu yang membelenggui rakyat pada masa ini. Kerajaan PH pada hari ini seolah-olah lesu dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul yang memperlihatkan ianya tidak kelihatan berwibawa dalam menyelesaikan isu-isu semasa rakyat.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Monday, September 8, 2025

Masa Muda adalah Masa Terbaik untuk Menyimpan Wang dengan Banyak

 


Masa muda adalah masa terbaik untuk menyimpan wang kita dengan sebanyak mungkin di awal kerjaya kita sebelum kita mendirikan rumah tangga. Apabila kita telah berumah tangga dan beranak-pinak, maka ia memerlukan banyak komitmen untuk bayaran komitmen kita seperti rumah, kereta, dan belanja anak-anak.

Semestinya sewaktu muda dan belum berumah tangga, kita perlu menjana pendapatan pasif kita sebanyak mungkin. Tidak kira sama ada Tabung Haji, ASB, Koperasi, dan sebagainya. Insya Allah, kelak, pendapatan yang dapat dijana daripada pendapatan pasif ini yang dapat menampung perbelanjaan kita kelak khususnya setelah berumah tangga.

Saya teringat suatu ketika dahulu, ada rakan sekerja yang lebih senior supaya mencarum dengan jumlah yang tinggi pada setiap bulan dalam Koperasi. Untuk jangka panjang, ia boleh menjana pendapatan pasif pada masa hadapan dan sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan anak-anak kita. Hakikatnya, itulah yang berlaku. Rasa-rasanya ada benarnya juga pendapat ini iaitu kita perlu menjana pendapatan pasif sebanyak mungkin sewaktu di awal kerjaya kita.

Kita perlu berkorban untuk hari ini untuk mendapat kekayaan pada hari esok. Jika kita hanya tahu bermewah-mewah sahaja di awal kerjaya kita kerana baru mendapat pendapatan tetap, nescaya ia akan membawa mudarat kepada kewangan kita pada masa hadapan.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, August 8, 2025

Tangga Krai di Kuala Krai

 

Tangga Krai terletak dipinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pejabat Majlis Daerah Kuala Krai Utara dengan ketinggian 81 bilangan anak tangga. Pembinaanya adalah di antara tahun 1927 dan 1929 dengan dikenali sebagai Tangga Bradley sempena nama Tuan Bradley, ketua jajahan semasa itu dan telah ditukar nama kepada Tangga Krai pada tahun 1994. Tangga Krai digunakan sebagai pengkalan / tempat persinggahan orang ramai dari kawasan pedalaman Kuala Krai dengan menggunakan perahu / motorbot. JPS menggunakan Tangga Krai untuk menyukat aras air Sungai Kelantan pada musim tengkujuh secara manual dan aras air di Tangga Krai akan menjadi aras rujukan semasa musim banjir bagi kawasan-kawasan lain.

Sumber: Universiti Malaysia Kelantan Institutional Repository (UMK IR) 

Wednesday, June 11, 2025

Nasyid yang Betul-Betul Menyentuh Hati Mengenai Kematian


Sudah tentu tidak kira sama ada nasyid ataupun lagu, ianya mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada para pendengarnya. Nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Far East yang bertajuk 'Menanti di Barzakh' memang betul-betul menyentuh hati dan kalbu saya. Ianya mengisahkan mengenai kematian yang kita pasti akan alami semua. Tidak kurang dari itu juga ia juga mengingatkan kita kepada ahli-ahli keluarga terdekat yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Saya mengajak pembaca semua, cubalah kita dengar bait-bait nasyid ini. Sesungguhnya ia betul-betul menyentuh jiwa dan hati kita.

Wallhua'alam

Friday, May 23, 2025

Cuit-Cuit: Harga Tiket Konsert Lady Gaga di Singapore

Lagu Die With a Smile

Lagu Bad Romance.

Lady Gaga sedang mengadakan konsertanya di Singapura pada 18, 19, 21, dan 24 Mei 2025. Sekali tengok harga tiket ianya boleh mencecah sehingga RM5,000 lebih! Oleh itu, tidak hairanlah kutipan tiket bagi penyanyi pop dari Amerika Syarikat ini boleh mencecah ratusan juta dollar bagi satu konsert. Untuk konsert di Singapura pada kali ini, penyanyi pop Amerika ini dijangka memperolehi kutipan kasar sebanyak 250 juta SGD (Singapore Dollar)! Banyak tu!



Harga Tiket Konsert Lady Gaga Mengikut Tempat Duduk (Sumber: viagogo.com)



Wednesday, May 14, 2025

Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas?

 


Sejak zaman purba, emas telah menjadi simbol kekayaan dan lambang kemegahan. Ia digunakan oleh pemerintah, pedagang dan bangsawan sebagai mata wang, perhiasan dan alat tukar utama dalam perdagangan. Walaupun zaman telah berubah dan sistem kewangan moden telah diperkenalkan, emas tetap kekal sebagai aset yang bernilai dan diyakini oleh masyarakat seluruh dunia. Keupayaannya untuk mengekalkan nilai menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin melindungi kekayaan dalam jangka panjang.

Salah satu kelebihan utama emas ialah peranannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Apabila nilai mata wang jatuh akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan, harga emas cenderung untuk meningkat. Ini menjadikan emas sebagai aset yang sesuai untuk mengekalkan kuasa beli seseorang dalam tempoh ekonomi tidak menentu. Ramai pelabur menyimpan emas sebagai langkah berjaga-jaga ketika krisis kewangan melanda.

Emas juga merupakan aset yang sangat mudah dicairkan. Ia boleh dijual dengan cepat dan diterima di hampir semua negara tanpa banyak syarat. Sama ada dalam bentuk jongkong, syiling atau barang kemas, emas sentiasa mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Ini memberikan kelebihan kepada pemiliknya kerana emas boleh ditukar kepada wang tunai pada bila-bila masa ketika diperlukan, terutamanya semasa kecemasan.

Selain itu, emas dianggap sebagai pelaburan jangka panjang yang stabil. Tidak seperti saham atau mata wang kripto yang boleh mengalami turun naik mendadak, harga emas biasanya menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam jangka masa panjang. Ini memberikan ketenangan kepada pelabur konservatif yang mengutamakan keselamatan modal berbanding keuntungan segera.

Kelebihan lain yang dimiliki oleh emas ialah sifatnya sebagai aset fizikal yang bebas daripada hutang dan risiko kredit. Emas tidak bergantung kepada prestasi mana-mana syarikat atau kerajaan, dan tidak akan menjadi tidak bernilai akibat kegagalan pihak ketiga. Ia tidak memerlukan kontrak, tidak terjejas oleh inflasi buatan, dan tidak tertakluk kepada sistem perbankan.

Emas juga mempunyai nilai sejagat. Tidak kira di mana seseorang berada, emas tetap diterima dan dihargai. Ini membolehkan pemilik emas membawa kekayaan mereka merentasi sempadan negara tanpa perlu bimbang akan nilai tukaran mata wang tempatan. Nilai emas ditentukan secara global dan ini memberikan kestabilan serta keyakinan kepada para pelabur.

Permintaan terhadap emas pula kekal konsisten sepanjang masa. Ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan pelaburan, malah digunakan dalam industri pembuatan, perubatan dan teknologi. Tambahan pula, bekalan emas adalah terhad kerana proses perlombongannya memerlukan masa, kos dan tenaga yang tinggi. Faktor-faktor ini membantu mengekalkan nilainya dari semasa ke semasa.

Dalam dunia pelaburan, emas memainkan peranan penting dalam strategi diversifikasi. Ia tidak bergerak seiring dengan pasaran saham atau pasaran hartanah. Oleh itu, apabila nilai aset-aset lain jatuh, emas sering kali mengekalkan nilainya atau meningkat. Ini membantu mengimbangi kerugian dan melindungi pelabur daripada risiko yang berlebihan.

Emas juga sering dijadikan sebagai bentuk simpanan dan warisan yang boleh diberikan kepada generasi akan datang. Ia tidak rosak, tidak tamat tempoh, dan tidak menyusut seperti nilai mata wang. Ramai ibu bapa menyimpan emas sebagai bentuk harta pusaka yang mudah diagihkan dan kekal bernilai walaupun selepas puluhan tahun.

Akhir sekali, emas adalah aset fizikal yang tidak bergantung kepada sistem teknologi atau digital. Dalam era moden yang bergantung kepada teknologi dan terdedah kepada serangan siber serta penipuan, emas kekal sebagai aset yang selamat dan nyata. Ia boleh dipegang, disimpan dan digunakan tanpa memerlukan sebarang sistem digital, menjadikannya antara bentuk simpanan paling kukuh dalam apa jua keadaan.


https://wankamarul701.blogpsot.com

Sejarah Penggunaan Mata Wang di Tanah Melayu selepas Tahun 1900

 


Monday, April 21, 2025

Dosa-Dosa adalah Penghalang untuk Rezeki Datang kepada Kita, Maka Solat Sunat Tasbih adalah Salah Satu Penawarnya


Apa yang menghalang rezeki datang kepada kita ialah dosa-dosa kita sendiri yang kita lakukan secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Oleh itu, dalam usaha untuk menghapuskan dosa-dosa kita ialah salah satunya ialah dengan mengamalkan solat sunat tasbih.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas:

"Jika engkau lakukan (solat tasbih ini), maka Allah akan mengampunkan dosamu, yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang tersembunyi dan yang terang, yang kecil dan yang besar, yang sengaja dan yang tidak disengajakan."

Menurut Ustaz Shamsuri Ahmad, untuk mendapat kekuatan roh dalam agama, kita perlu mengamalkan solat sunat dan salah satunya ialah mengamalkan solat sunat. Antara solat-solat sunat yang boleh dilakukan ialah solat sunat tasbih, tahajud, witir, sebelum subuh dan sebagainya. Menurut beliau lagi kita tidak akan mendapat kekuatan dalam beragama jika hanya mendengar ceramah pada setiap malam serta mengaji al-Quran. Ianya perlu disertai juga dengan amalan-amalan lain seperti puasa sunat mengikut kemampuan kita serta mengamalkan solat sunat.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com


Tuesday, April 8, 2025

Central Market Suatu Ketika Dahulu...


Foto berusia lebih 100 tahun ini memaparkan para penjaja yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan sekitar luar Pasar Kuala Lumpur.

Pasar basah ini dibangunkan Yap Ah Loy pada 1888 di tapak yang kini dikenali sebagai Central Market atau Pasar Seni yang merupakan sebuah lokasi strategik di lembah pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang, yang dahulunya menjadi pusat pertemuan dan pelabuhan utama para pelombong bijih timah.

Sumber: Selangor Gazette.

 

Thursday, March 6, 2025

Kepada Siapakah Lagu 'Rindu PadaMu' Nyanyian Yasin Sulaiman Ditujukan?

 


Kepada siapakah lagu Rindu PadaMu nyanyian Yasin Sulaiman ditujukan. Jika didengar sekali imbas, ianya ditujukan kepada wanita? Sebenarnya, lagu ini ditujukan kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan cinta yang suci dan abadi. Perkara saya dapati apabila membuat ChatGPT.





Wallhua'lam.

Monday, March 3, 2025

Wilayah Kekuasaan Khilafah Umaiyah yang Lebih Besar daripada Khilafah Uthmaniyah

 


Hari ini (3 Mac 2025) genaplah 101 tahun Khilafah Uthmaniyah dibubarkan secara rasminya pada 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal Attaturk. Bermakna 101 tahun juga umat Islam tiada pemimpin mereka yang menjadi pelindung mereka. Ibarat anak-anak ayam yang dikejar musang. Umat Islam mempunyai 3 kerajaan Islam yang terbesar selepas kepimpinan para Sahabat yang dikenali sebagai Khulafa’ ar-Rasyidin iaitu Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah.


Jika disoroti sejarah antara Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah, Kerajaan Umaiyah sebenarnya adalah lebih besar daripada Kerajaan Uthmaniyah di mana keluasan Daulah Umaiyah ialah 11.1 juta km persegi berbanding keluasan Daulah Uthmaniyah iaitu seluas 5.2 juta km persegi. Dari segi tempoh pemerintahan pula, Daulah Uthmaniyah adalah lebih lama iaitu selama 623 tahun berbanding Daulah Umaiyah iaitu hanya selama 89 tahun.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Sultan Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membuka Kota Konstantinople sepertimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai sebaik-baik pemimpin walaupun ekspedisi untuk membuka Kota Konstantinople bermula daripada pemimpin Kerajaan Umaiyah iaitu Muawiyah sendiri sebagai pendiri kerajaan ini.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Wednesday, February 26, 2025

Untuk Podcaster-Podcaster yang Menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai Tetamu Jemputan

 


Pada masa sekarang banyak podcast disiarkan di Youtube dengan pihak penganjur menjemput tetamu-tetamu undangan mereka dan tidak kurang juga yang menjemput tetamu bertaraf VVIP untuk meminta pandangan mereka berkenaan dengan sesuatu isu semasa, berkongsi pandangan mengenai kepakaran atau minat mereka dan sebagainya. Namun, apa yang saya berasa skeptikal apabila pihak penganjur menjemput negarawan negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam siaran podcast mereka.

Apabila melihat podcast-podcast yang baru disiarkan dalam Youtube dengan tetamu undangan ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, saya berasa skeptikal dalam siaran podcast ini kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir adalah isu-isu lama atau basi yang sudah biasa kita dengar.

Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh podcaster-podcaster ialah penyelesaian ekonomi oleh beliau ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/98 dan langkah-langkah kawalan modal yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara, hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Tun Daim Zainuddin, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, dan boleh dikatakan semua soalan ini telah diceritakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku memoir beliau yang bertajuk Doktor Umum.

Untuk podcaster-podcaster yang berada di luar sana jika ingin menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu undangan mereka, cubalah tanya soalan-soalan kepada beliau mengenai isu-isu yang masih belum didengar ataupun tidak diketahui oleh penonton bagi mengetahui pandangan daripada beliau yang masih belum didengar. Para penonton memang mengalu-alukan para podcaster untuk membuat siaran bersama Tun Dr. Mahathir tetapi janganlah semata-mata menjemput negarawan ini sekadar untuk menaikkan bilangan subscriber untuk channel mereka dengan bertanyakan soalan-soalan yang orang awam sudah tahu dan maklum mengenai negarawan ini.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, February 15, 2025

Apa-Apa pun Solat Berjemaah di Awal Waktu Merupakan Tulang Belakang Utama untuk Kita Murah Rezeki

 


Zaman sekarang merupakan zaman media sosial. Segala apa yang baik dan buruk itu segala-galanya dikongsi dalam media sosial pada zaman sekarang.

Dari satu sudut yang lain, ada pengguna-pengguna media sosial berkongsi mengenai amalan-amalan murah rezeki yang kadang-kadang kita tidak biasa dengarnya sebelum ini. Antaranya ialah membaca Surah al-Kauthar 1,000 kali sehari setiap hari, membaca selawat jibril antara 1,000 – 3,000 kali sehari, dan sebagainya.

Saya tidak nafikan amalan-amalan murah rezeki yang dianjurkan oleh agama. Akan tetapi, amalan murah rezeki yang paling utama bagi kita ialah menunaikan solat berjemaah. Saya tertarik dengan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin yang berkongsi tip untuk kita murah rezeki. Antara poin utama dalam buku ini untuk kita murah rezeki ialah menunaikan solat berjemaah di awal waktu selain daripada berkongsi dengan tip-tip lain seperti bersedekah, mengamalkan solat sunat tasbih, dan sebagainya.

Beliau menceritakan pengalamannya yang hanya bekerja di peringkat bawahan pada mulanya. Setelah dia menjaga solat 5 waktu secara berjemaah pada setiap hari, akhirnya dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus dengan mendapat elaun minyak percuma.

Pengalaman peribadi saya sendiri merasakan apabila kita menjaga solat 5 waktu setiap hari secara berjemaah, ianya akan memberi aura tersendiri dalam kehidupan kita. Sudah tentu Allah s.w.t. yang memberi aura tersebut kepada kita. Apabila kita  menunaikan solat berjemaah di masjid, sudah tentu kita membawa pulang rahmat dari masjid ataupun rumah Allah s.w.t. pulang ke rumah kita.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, February 9, 2025

Rahsia Mempunyai Anak yang Ramai Walaupun Menghidapi Penyakit Jantung Berlubang

 


Ada seorang jiran di kampung saya yang merupakan seorang wanita. Mulanya, pada awal perkahwinan dia, dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bersalin ataupun melahirkan anak kerana dia menghidapi masalah penyakit jantung berlubang. Lalu dia bertanya dirinya, “Apakah hikmah perkahwinan jika dia berkahwin tetapi tidak melahirkan anak?”

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., dia dikurniakan dengan 5 orang anak selepas itu. Namun, apakah rahsianya masih boleh melahirkan 5 orang anak walaupun menghadapi masalah jantung berlubang? Rahsianya ialah dia sentiasa membaca al-Quran. Setiap kali selepas menunaikan solat fardhu, dia akan membaca 1 – 2 juzuk al-Quran. Kiranya dalam sebulan, dia akan berjaya mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 – 4 kali! Hebat bukan? Oleh itu, tidak hairanlah dia masih boleh melahirkan anak dan dikurniakan umur yang panjang walaupun menghidapi penyakit jantung berlubang.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, February 6, 2025

Ingatkan Panas Hingga ke Petang, Rupa-Rupanya di Kencing pada Waktu Tengahari!

 


Tempoh genjatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru ini yang dijangkakan berlangsung selama 52 hari rupa-rupanya hujan di tengah siang. Genjatan senjata yang dimeterai antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru ini sudah tentu disebabkan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Pembebasan tebusan-tebusan Israel oleh Hamas dalam keadaan selamat dan siap diberikan cenderahati oleh pejuang pembebasan Palestin ini atas nama genjatan senjata rupa-rupanya telah dikencing oleh Donald Trump dan Benjamin Nentanyahu. Terbaru Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengambil Semenanjung Gaza dan melaksanakan usaha pembangunan semula Gaza serta tentera Amerika Syarikat akan ditempatkan di sini sejurus pertemuannya dengan Benjamin Nentanyahu.

Sudah tentu keadaan ini mencetuskan kemarahan umat Islam. Di manakah maruah penduduk Gaza khususnya dan umat Islam amnya apabila kenyataaan ini dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat? Menurut Trump lagi, negara-negara umat Islam yang lain perlu menerima pelarian penduduk Gaza nanti apabila usaha ‘ethnic cleansing’ akan dibuat nanti. Seolah-olah penduduk Gaza ini tiada nilai apabila diminta untuk meninggalkan tanah air mereka nanti.

Sebab itu saya berasa pelik bantuan-bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk secara beramai-ramai untuk membantu penduduk Gaza tanpa ada sekatan oleh penduduk Israel setelah perjanjian genjatan senjata ditemeterai. Jika sebelum ini, penduduk Israel bersifat kebinatangan apabila merosakkan makanan yang dibawa masuk oleh trak-trak bantuan kemanusiaan untuk membantu penduduk Gaza. Rupa-rupanya ada niat tersembunyi oleh negara-negara musuh Islam ini membiarkan sahaja bantuan-bantuan ini masuk ke Gaza terlebih dahulu.

Sudah tentu walaupun kenyataan Trump ini bersifat retorik dan sekiranya ianya benar-benar berhasrat untuk menghalau penduduk Gaza, sudah tentu pejuang-pejuang Palestin khususnya Hamas akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air mereka selepas ini. Tidak perlulah kita mengadakan genjatan senjata dengan Israel ataupun apa-apa perjanjian sekalipun. Ada baik kita renungi ayat al-Quran berikut;

Sekali-kali tidak akan REDHA orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan hidup mereka. al-Baqarah, 120.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, February 1, 2025

Berapakah Komisen Menjadi Agen Hartanah?

 


Sudah tentu kita akan tertanya-tanya, berapakah komisen menjadi agen hartanah? Sememangnya menjual itu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Berikut adalah bacaan rambang saya komisen yang diperolehi untuk rumah yang dapat dijual;

Rumah berharga RM200,000 – Komisen RM6,000.

Rumah berharga RM300,000 – Komisen RM9,000.

Rumah berharga RM400,000 – Komisen RM12,000.

Rumah berharga RM500,000 – Komisen RM15,000.

Rumah berharga RM600,000 – Komisen RM18,000.

Rumah berharga RM1 juta     - Komisen RM30,000.

Banyak tu! Akan tetapi, menjual itu memang susah. Kalau benda ini senang ramailah orang yang menjadi agen hartanah untuk menjual rumah. Sekali dapat, memang berbaloi-baloi makan komisen! Anda ada berani untuk menceburi bidang hartanah?

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

 


Wednesday, January 29, 2025

Daripada 50 Pasang Kasut, Hanya 2 Pasang Kasut Sahaja Tidak Makan oleh Anai-Anai!

 


Kasut First Lady Filipina, Imelda Marcos Sebanyak 3,000 Pasang yang Dimakan oleh Anai-Anai.

Teringat saya suatu ketika dahulu sewaktu mengikuti ceramah Tumbuk Rusuk oleh penceramah yang bernama Mohd. Firdaus bin Ramlan. Ceramah ini adalah cerita mengenai beliau yang pernah dimasukkan ke dalam penjara kerana mengambil rasuah di mana beliau ketika itu merupakan seorang hakim. Dalam ceramah beliau banyak yang boleh dikatakan banyak peristiwa-peristiwa ajaib atau pelik yang berlaku ke atas beliau yang makan duit haram iaitu duit rasuah. 

Antara kisah menarik yang saya ingat sehingga sekarang ialah kisah kasut-kasut beliau yang ada beliau beli sebanyak 50 pasang. Ditakdirkan selepas beliau keluar dari penjara dan pulang ke rumah, dia mendapati daripada 50 pasang kasut di rumah, hanya 2 pasang kasut sahaja yang terselamat daripada dimakan oleh anai-anai! 48 pasang kasut lagi rosak kerana dimakan oleh anai-anai! 

Menurut beliau 2 pasang kasut ini ialah kasut yang dibeli menggunakan duit bulan gaji pertama beliau sewaktu mula-mula bekerja dan 1 pasang lagi merupakan kasut hantaran perkahwinan beliau. Subhanallah, mudah sahaja Allah s.w.t. menunjukkan kuasanya kepada kita semua amnya apabila kita membeli, makan, dan minum menggunakan duit sumber yang haram. Daripada kisah teladan ini, marilah kita bersama-sama mencari sumber pendapatan kita yang halal. Cepat atau lambat, Allah s.w.t. pasti akan membalasnya jua.

Wallhua'lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, January 24, 2025

Pembiayaan Bank Islam dan Pinjaman Bank Konvensional – Nampak Sama tetapi Sebenarnya Tidak Serupa

 


Jika kita melihat pembiayaan Bank Islam dan pinjaman yang disediakan oleh bank-bank konvensional, boleh dikatakan Bank Islam ini sebenarnya sama sahaja dengan bank konvensional kerana ianya tetap mengambil keuntungan ke atas setiap pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam mereka.

Sebenarnya, ianya berbeza apabila kita perhalusi perkara ini. Apa yang membezakan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional ialah lafaz akad apabila pembiayaan ataupun pinjaman ini diberikan.

Saya berikan contoh mudah. Katakan Ali ingin meminjam motor Abu dan Abu mensyaratkan agar Ali perlu memulangkan motor yang dipinjamnya dalam keadaan minyak motor penuh walhal minyak asal motor ialah separuh sahaja. Di sini, wujud unsur riba kerana Ali perlu memulangkan motor tersebut dalam keadaan lebih dari nilai asal motor tersebut.

Bagi mengelak wujudnya unsur riba dalam kes pinjaman motor ini, Abu perlu menyewakan motornya itu kepada Ali dengan nilai sewaan Ali perlu mengembalikan minyak motor tersebut adalah penuh walhal minyak asal motor tersebut adalah tinggal separuh.

Inilah contoh mudah untuk membezakan antara pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional. Apa yang penting ialah lafaz akad tersebut antara pemberi pinjaman dan pinjaman. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai pembiayaan-pembiayaan Islamik yang banyak disediakan di luar sana. Memadailah kita memahami contoh asas apa yang berlaku dalam pembiayaan Islamik berbanding pinjaman konvensional.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, January 23, 2025

Rewards Point Kad Kredit – Kad Kredit Hong Leong Bank Sutera vs Kad Kredit HSBC Platinum: Mana Lebih Untung?


Jika anda menggunakan kad kredit, ianya akan memberi pulangan sama ada dalam bentuk cash back ataupun rewards points. Jika cash back, anda akan mendapat potongan ataupun diskaun jika membuat pembelian tertentu. Contohnya, jika anda menggunakan membuat perbelanjaan sebanyak RM1,000 dan mendapat cashback sebanyak 5%, maka anda mendapat pulangan tunai sebanyak RM50 setiap bulan ataupun RM600 setahun... Banyak tu! Jika mendapat ganjaran points, anda boleh menebus barang-barang ataupun baucar oleh pihak pengeluar kad kredit.

Baiklah, pada kali ini saya cuba membuat perbandingan antara kad kredit Hong Leong Bank Sutera dan kad kredit HSBC Platinum kerana kedua-dua kad kredit ini memberi ganjaran points yang menarik juga untuk pengguna. Cuba kita perhatikan dan bandingkan ganjaran points seperti berikut;


Ganjaran Points untuk Hong Leong Bank  Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita perhatikan ganjaran points HLB Sutera, ianya memberi ganjaran 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian online seperti Shopee dan Grab. Selain itu, ianya memberi ganjaran sebanyak 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dining outlets seperti di KFC dan McDonald’s. Jika anda selalu memeri barang-barang dan makan di sini, memang untunglah, berganda-ganda dapat points setiap RM1 dibelanjakan. Akan tetapi, terdapat pengecualian bagi points yang dikenakan oleh HLB Sutera seperti FPX Transactions. Jika anda membayar yuran universiti secara online menggunakan kad kredit secara FPX Transactions, anda tidak akan mendapat points. 

Ganjaran Points HSBC Platinum (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita melihat ganjaran points di atas bagi HSBC Platinum, ianya memberi points maksimum bagi setiap pembelian contactless iaitu sebanyak 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Dengan kata lain, kalau mengisi minyak sekali pun, anda masih memperohi 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Ini tidak terdapat pada HLB Sutera. Untuk pembelian selain contactless iaitu pembelian secara online, ianya menawarkan sebanyak 5 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Sudah tentu, jika pembelian secara online, HLB Sutera menawarkan points yang lebih menarik. Selain itu, HSBC Platinum ini tiada pengecualian pembelian untuk mendapatkan points sepertimana HLB Sutera.


Annual Fee Waived untuk HLB Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HLB Sutera sebanyak RM120, anda perlu berbelanja sebanyak RM15,000 dalam tempoh setahun. Banyak juga nak kena maintain jika tidak mahu kena annual fee. 

Annual Fee Waived untuk HSBC Platinum  (Sumber: Ringgit Plus)

Manakala untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HSBC sebanyak RM240, anda perlu berbelanja sebanyak RM2,000 sahaja dalam tempoh setahun dan perlu swipe sekali pada setiap bulan jika menggunakan HSBC Platinum.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa HSBC Platinum memberi ganjaran points yang menarik berbanding HLB Sutera. Selain itu, komitmen tahunan HSBC Platinum lebih rendah iaitu sebanyak RM2,000 sahaja setahun berbanding dengan HLB Sutera iaitu memerlukan pembelian sebanyak RM15,000 untuk mendapatkan annual fee waived. Sudah jika perbelanjaan harian, kita akan banyak membuat pembelian secara contactless berbanding membeli barang-barang secara online. Sudah tentu kelebihan ini akan jatuh kepada HSBC Platinum.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com