Semalam, Ketua Pengganas Dunia
iaitu Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump dan Perdana Menteri Israel,
Benjamin Nentanyahu telah membentangkan 20 syarat untuk mencapai pendamaian di
Gaza.
Jika dilihat pembentangan yang
dibuat ini, ia dibuat secara sepihak sahaja iaitu di pihak Amerika Syarikat dan
Israel sahaja tanpa mengajak mana-mana pihak yang mewakili Hamas. Sudah tentu
keadaan ini adalah berat sebelah jika diteliti semua syarat-syarat yang
dikenakan.
Antara syarat yang mungkin
berat untuk diterima oleh Hamas ialah Hamas mestilah melupuskan senjatanya dan
tidak boleh terlibat dalam pemerintahan di Gaza. Sudah tentu syarat ini adalah
berat Hamas manakah mungkin Hamas ingin melupuskan senjatanya.
Jika perlu melupuskan senjata
mereka, bagaimana Hamas ingin melindungi penduduk-penduduk di Gaza dan
mengancam penaklukan Israel di Gaza? Begitu juga Hamas tidak boleh terlibat
dalam pemerintahan ataupun politik di Gaza. Bukankah Hamas merupakan parti
politik yang sah dipilih oleh penduduk Palestin sendiri? Adalah mustahil Hamas
ingin melepaskan kuasa politik di Gaza setelah bertahun-tahun berjuang untuk
mempertahankan tanah air mereka.
Dari sudut yang lain antara
syarat yang dibentangkan oleh Ketua-Ketua Pengganas Dunia ini, ia sudah tentu
akan menarik minat penduduk Gaza supaya Hamas menerima syarat genjatan senjata
ini kerana antara syarat yang lain yang ditawarkan ialah tentera Israel akan
berundur secara berperingkat dari bumi Gaza dan dalam masa yang sama Gaza akan
dibangunkan semula di atas kemusnahan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan
Israel sendiri. Secara halus boleh dilihat agar syarat genjatan ini ingin
memancing penduduk Gaza untuk menolak pihak Hamas agar pendamaian dapat dicapai
dengan segera.
Akan tetapi, saya tidak fikir
Hamas dan penduduk Gaza untuk beralah menerima perjanjian genjatan senjata ini
akan peperangan dapat ditamatkan. Sudah tentu Hamas ingin peperangan ini
ditamatkan tanpa syarat dengan pihak Israel berundur tanpa syarat.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment