Saturday, October 4, 2025

Salah Melabur, Duit Melebur.

Salah Melabur, Duit Melebur. Itu tajuk khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib semalam.

Khatib mengingat para jemaah semua agar berhati-hati dengan zaman sekarang dengan scammer yang banyak memperdayakan duit orang ramai. Contohnya, dividen yang memberi pulangan tinggi, love scam, dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa faktor ekonomi yang selalu menekan membuatkan orang ramai mudah terpedaya untuk terlibat dalam pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal.

Pihak scammer pula mengambil kesempatan ke atas kehidupan orang ramai yang dihimpit dengan tekanan ekonomi, harga barang naik  dengan pelaburan yang tidak masuk akal dengan memperdaya orang ramai.

Akhirnya duit yang dilabur oleh orang ramai melebur di tangan scammer.

Scammer tidak tahu dosa apa itu pahala. Selagi boleh mendapat duit orang ramai melalui tipu daya, selagi itu perkara ini akan dibuat.

Tidak dinafikan bahawa faktor ekonomi memang menekan sekarang. Tetapi peluang membuat wang cara halal pun sangat mudah sekarang. Lihat sahaja media sosial, ramai orang mudah membuat wang sekarang di media sosial dengan menjual barang secara live.

Elakkan pelaburan yang tidak masuk akal yang disediakan oleh pihak scammer yang bersiap-siaga menipu sesiapa sahaja.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

No comments: