Thursday, April 3, 2014

Pertanyaan Pinjaman ASB



Assalamualaikum Tuan.

Saya kurang pasti sama ada pelaburan ASB itu menguntungkan atau tidak. Boleh tak Tuan terangkan mana yg lebih bagus. RM10,000 untuk 5 tahun dengan ansuran bulanan RM200 atau RM10,000 untuk 25 tahun dengan ansuran bulanan RM70?
 
 Shah (Bukan nama sebenar)
 
Jawapan :
 
Wassalam w.b.t.
 
Saya secara individunya tidak suka membuat pinjaman bank untuk melabur. Akan tetapi, dari sudut positif dalam membuat pinjaman bank ialah ia akan mendisplinkan diri kita untuk menyimpan - tidak kira kita ada duit ataupun tidak mahu tidak mahu kita perlu membayar ansuran bank setiap bulan.
 
Saya akan menyebut dari sudut marginnya jika kita ingin membuat pelaburan.
 
 
Kes 1 : Pinjaman RM10,000 dengan ansuran RM200 sebulan selama 5 tahun.
 
Katakan dividen ASB ialah 8% setahun.
 
Keuntungan diperolehi : 8% x RM10,000 = RM800
 
Jumlah ansuran dibayar dalam setahun = RM2,400
 
Margin keuntungan ASB = RM800/RM2,400 x 100% = 33.33%
 
Jumlah bayaran kepada pihak bank = RM200 x 12 bulan x 5 tahun = RM12,000
 
Keuntungan pihak bank = RM2,000
 
Selepas tempoh 5 tahun, pinjaman RM10,000 akan menjadi sepenuhnya milik anda.
 
 

Kes 2 : Pinjaman RM10,000 dengan ansuran RM70 sebulan selama 25 tahun.

 

Katakan dividen ASB ialah 8% setahun.
 
Keuntungan diperolehi : 8% x RM10,000 = RM800
 
Jumlah ansuran dibayar dalam setahun = RM840
 
Margin keuntungan ASB = RM800/RM840 x 100% = 95.23%
 
Jumlah bayaran kepada pihak bank = RM70 x 12 bulan x 25 tahun = RM21,000
 
Keuntungan pihak bank = RM11,000
 
Selepas tempoh 25 tahun, pinjaman RM10,000 akan menjadi sepenuhnya milik anda.
 
Kesimpulan
 
Ini analisis yang saya dapat buat. Setiap tempoh pinjaman ada pro dan cons nya sendiri. Bergantung kepada strategi anda untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 

1 comment:

Unknown said...

Saya buat asb bulan 3.adakah akan dapat dividen pada bulan 1 tahun depan.sebab belum cukup setahun