Situasi kedudukan kerusi parlimen sekarang adalah seperti berikut;
1. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu 75 peratus dan ke atas – 59 kerusi parlimen.
2. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu sebanyak 55 peratus dan ke bawah – 80 kerusi
parlimen.
3. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu antara 55 peratus – 75 peratus – 52 kerusi parlimen.
Pada masa sekarang, kerusi
parlimen di Malaysia dipengaruhi oleh pengundi yang berasaskan kaum. PH secara
maksimum dijangka hanya boleh menguasai kerusi parlimen antara 80 – 82 kerusi
parlimen sahaja dalam PRU-16.
Dari segi kerusi parlimen mengikut
parti, PAS dan DAP merupakan parti terkuat jika mengikut keadaan sekarang di
mana bilangan kerusi PAS ialah sebanyak 43 kerusi parlimen dan DAP ialah
sebanyak 40 kerusi parlimen.
PAS dijangka akan terus
menguasai negeri pantai Timur dan Utara iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis, dan
Kedah manakala DAP akan terus menguasai kerusi-kerusi di kawasan bandar.
Sudah tentu tiada parti secara
tunggal dapat menguasai parlimen dengan 112 kerusi parlimen. Oleh itu,
mana-mana gabungan ataupun pakatan perlu dibuat jika ingin menubuhkan Kerajaan
Persekutuan.
UMNO ataupun BN boleh bertanding
secara solo dalam PRU-16 akan datang. Jika UMNO – BN masih boleh memenangi
kerusi sekitar 30 – 40 kerusi parlimen dalam PRU-16 akan datang dan bertanding
secara solo, sudah tentu UMNO – BN akan menjadi king maker dan boleh berpakat
dengan mana-mana pakatan ataupun gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan
dalam paca PRU-16 akan datang.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment